Monday 22 February 2010

Atas permintaan ramai.....

Salam semua,

Harap sekelian rakan2 blogku berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana sudah agak lama tidak ke udara (cam penyampai radio lak). Bukannya disebabkan oleh faktor kegawatan sejagat, tetapi memang kerana ada masalah dengan blogku ini. Kalau dah sign in tu, tak boleh nak post new entry, asyik kata kena 'Sign In' lagi, walaupun dah berbuat demikian. Selain tu, sekarang ni dah masuk tahun terakhir untuk menghabiskan pengajianku kat sini (cari alasan nampak?), so memang kurang sikit masa untuk berblogging seperti dulu (dulu pun macamlah tulis byk entry...). Apa2 pun saya mmg tak pernah lupa untuk bertandang ke blog rakan2 jika berkesempatan (mmg berkesempatan pun tiap2 hari), ada juga meninggalkan komen2 kat situ, so, bolehlah agak yg saya ni masih lagi bernafas kat sini.

Sejak ramai yang bertanya ke mana saya menghilangkan diri (ramai ker yg bertanya, cam Jaja sorang jer?), maka terpaksalah saya gagahkan jua untuk menulis satu entry yg baru. Sedar tak sedar (nasib baik sedar diri), inilah first entryku untuk tahun 2010, dah nak dekat habis bulan Februari ni rupa2nya... Perasan gak yang ada di antara rakan2 kita yg telah mendirikan rumahtangga semenjak 3 menjak ni. Tahniah kepada Along dan Zool, semoga berbahagia ke anak cucu. Camner Zool, mantap tak biler dah kawen ni? Marvelous kan? (maksud aku tentang sikap kasih sayang dan tanggungjawab biler dah berdua ni, ehem2)

Takder byk yg nak aku citerkan, cuma pada awal bulan lepas ada ikut rakan2 untuk bermain ski kat Scotland. Inilah first time nak bermain ski dan yg lebih penting sekali nak ke Scotland. Padahal, ada org yg baru jer sampai kat sini, tapi dah pernah pergi ke Scotland. Untuk makluman, cuaca sejuk yang melanda pada bulan lepas merupakan antara yang tersejuk pernah direkodkan. Selang beberapa hari lepas kitaorg balik dari Scotland, suhu yg dicatatkan pada sebelah malam di sana adalah - 22 oC, lagi sejuk dari suhu freezer peti ais tu, dan ini merupakan suhu tersejuk semenjak 100 tahun yang lepas.

 
Ni gambar yang diambil oleh satelit NASA yg menunjukkan seluruh UK diselaputi oleh salji tebal pada 7 Januari 2010 yg lepas (cam dah jadi masa zaman Ice Age dulu jer).


Perjalanan dari bandar Birmingham ke tempat bermain ski (atas lagi dari bandar Aberdeen, Scotland), mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan dengan berkereta. Masa perjalanan bertambah apabila salji lebat turun semasa dalam perjalanan dan juga biler berhenti beberapa kali untuk berehat. 

 
Pemandangan sewaktu di dalam perjalanan ke tempat ski (masa ni salji tgh turun dgn sgt lebat).

 
Keretaku mengetuai rombongan sebab dia 4x4.

 
Sekeliling memutih sejauh mata memandang.

 
Sedang membantu menukar tayar kereta sorang kawan yg pancit.


Terpaksa berhenti dan menukar laluan sebab jalan dihadapan tak dapat dilalui lagi.

 
Terperasan ada seekor musang yg kena langgar (bukan aku yg langgar, sumpah!). Kitaorg check sekejap, didapati mangsa sudah tidak bernyawa lagi, mungkin post mortem pun tak perlu.

 
Dah nak sampai tempat ski tersebut. Subhanallah, sgt indah ciptaanMu...

 
Dah selamat tiba di destinasi. Diharapkan penumpang2ku berasa selesa disepanjang perjalanan tersebut. Terima kasih kerana menggunakan Lambat Express, 'hari ini bertolak, tahun depan pun tak tentu akan sampai'...

 
Budak2 yg paling seronok (kitaorg yg dah besar ni pun sama jer).


Sudah tidak ada gunanya lagi di sini.


Berlatar belakangkan tempat eskelator untuk peluncur2 ski.

 
Kaum wanita sedang leka bermain gelungsur salji.

 
Aku yg terjatuh ketika menggelungsur (itulah akibat kalau nak tunjukkan skill2 walaupun tak diminta).


Geng2 ekstrim (bukan aiskrim).

 
Sedang mencilok slide budak2 biler diaorg tak perasan.

 
Menunjukkan suhu yg melampau.

 
Ramainya umat kat sini...

 
Antara ahli2 rombongan yg turut serta.

 
Sorang kawan sedang mencuba Snowboarding.

 
Sorang lagi kawan yg turut mencuba Snowboarding.

 
Kembali semula ke apartment penginapan. Muka masing2 jelas menunjukkan kepenatan.

Itulah sedikit sebanyak yg berlaku pada awal bulan lepas (awal tahun baru). Pengalaman bermain ski bersama2 dengan member2 yang ngam ini akanku ingati sampai biler2. Kalau pergi sorang2 takkan sama keseronokkannya dengan pergi beramai2.

Oklah, rasanya sampai di sini dulu, kalau ada apa2 update lagi, akan diupdatekan kemudian (boleh caya ker?). Diharapkan rakan2 sekelian sentiasa sihat sejahtera dan semoga maju jaya dalam apa jua perkara yg dilakukan, Insya-Allah.

Wassalam,

Nabil - University of Birmingham, UK.