Saturday 25 September 2010

Salam perantau.....

Salam semua,

Berjumpa lagi selepas beberapa dekad dengan tiada post entry yang terbaru. Harap jangan risau akan kekeringan post2 yang terbaru semenjak dua menjak ni, kalau aku hilang dengan begitu lama pun, harap tidak melaporkan kehilanganku ke Balai Polis Banting, kerana aku masih bernafas seperti biasa di sini.

Ok, bercakap mengenai suasana raya, kami di sini berhari raya setarikh dengan raya di Malaysia, iaitu pada hari Jumaat, 10 September 2010. Kami mendapat makluman mengenai tarikh hari raya ini daripada Malaysian Students Department (MSD), London. Kalau kat TV mmg xder segmen pengumuman oleh penyimpan mohor besar... 

Alhamdullilah, tradisi takbir raya dari rumah ke rumah masih diamalkan di sini pada malam menjelang  hari raya, so terasa kemeriahan walaupun berjauhan dengan keluargaku. Insya-Allah raya tahun ini akan menjadi raya terakhirku di bumi permaisuri ini, semoga tahun depan dapatku beraya dengan famili, memohon maaf dan mencium tangan kedua parentsku, bergaya dengan adik beradik, berkunjung ke rumah sanak saudara dan membuat persiapan raya secukupnyer.

Antara gambar-gambar kenangan hari raya bagi tahun ini:

Sepanjang malam2 Ramadhan diisi dengan Tadarus Al-Quran, dengan tempat untuk bertadarus dirotate diantara ahli2 tadarus.

Giliran bertadarus dirumah bujangku.

Hidangan ala kadar yang disediakan bagi ahli2 tadarus yang hadir.

Takbir raya pada malam menjelang hari raya, 9 September 2010.

Takbir raya diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Yunus, yang berjubah dan memakai kopiah berwarna putih (pelajar PhD jurusan agama). Ketika ini bertakbir di rumah Bro Rosli.

Bergambar pada pagi hari raya sebelum menunaikan sembahyang raya. Malam raya bermalam di rumah famili ini untuk merasai kemeriahan menyediakan juadah untuk pagi raya (aku tak tolong apa2 pun, sorry yer, he he he...)

Pagi raya berkumpul di rumah famili Nik sebelum menunaikan sembahyang raya. Juadah disediakan secara pot luck (masing2 membawa sedikit makanan).

Beriadah di pagi raya...

Antara tetamu2 yang hadir.

Tuan rumah yang segak mengenakan pakaian raya serba hijau.

Kanak2lah yang paling gembira di pagi raya...

 Open house pertama 1 Syawal.

Macam2 ader...

Sessi beramah mesra dengan kucing tuan rumah kedua...

Open house pada hari raya kedua.

Majlis Mega Raya Birmingham di Cadbury Room, University of Birmingham, UK.

Ucaptama oleh Tuan Penghulu Birmingham, Al-Fadhil Ustaz Zainur (pelajar PhD jurusan agama).

Antara tetamu2 yang hadir.

 Ucapan oleh Dr. Sani Amril yang baru sahaja menamatkan pengajian PhDnya pada minggu pertama Syawal. Tahniah diucapkan...

Penyampaian cenderahati kepada Dr. Sani.

Diadakan juga upacara mencukur jambul bagi seorang bayi yang baru dilahirkan disini...

Jamuan bermula...

Sessi bergambar bagi kaum lelaki.


p/s: Kalau ader kekuatan, jangan lupa untuk puasa 6 yer...



Sunday 5 September 2010

Kembali bersiaran...

Pertama sekali, sudah agak lama aku tak ke udara (macam DJ radiolah pulak, macam pernah dengar jer ayat ni?), actually tidak membuat sebarang entry yang terbaru untuk beberapa ketika. Oleh itu, aku ingin memohon maaf jika ada yang sentiasa ternanti2kan entry yang terbaru (macamlah ada orang yang ternanti2kan, tak sedar diri). Nak kata disebabkan sibuk, ada jugak betulnyer, tapi rasanya faktor malas yang lebih utama. Ya..., disebabkan keMALASanlah yang membuatku semakin kurang untuk berblogging semenjak dua tiga menjak ni. Tapi kemalasan ini dilandaskan kepada faktor yang aku semakin hari semakin sibuk dengan dateline2 yang tertentu. Kini sedang di dalam fasa menulis untuk thesis akhir PhDku, banyak cabaran2 yang perlu ditempuhi. Even kalau nak menulis untuk satu mukasurat pun, perlu mencari maklumat sebanyak yang mungkin. Pastu biler dah hantar rough draft kat supervisor (bukan supervisor kat kilang tu), biasanya ada jer pembetulan yang perlu dibuat.

Ceriterku yang terbaru since the last 3 months, adik pompuanku ada datang ke UK ni, kebetulan dia ada kursus selama sebulan kat sini, so hilanglah  sikit rasa rindu kat famili. aku tu. Last sekali balik Malaysia masa adik lelaki kawen pada bulan Jun 2008 yang lalu. Kadang2 biler rasa stress ada jugak rasa macam nak tumpang kapal kargo yang akan pergi ke Malaysia, biarlah lama, janji akan sampai kat sana.

Untuk kisah Ramadhan kat sini, kitaorg rata2 berpuasa lebih kurang 16 jam sehari, satu pengalaman yang baru bagiku. Tapi Alhamdullilah dapat juga diteruskan tiap2 hari, cuaca yang baik (tak panas, tak sejuk) banyak membantu. Selain itu, ketika waktu berbuka puasa dan makan seperti dah 30 hari tak makan juga sangat membantu. Terima kasih kepada kawan2 dan famili2 di sini yang sentiasa menjemput saya dan rakan2 bujang yang lain untuk berbuka puasa sesama mereka, sangat terharu dengan jemputan tersebut. Untuk makluman, komuniti Melayu di sini juga telah mengadakan majlis Iftar secara besar2an pada setiap hari Sabtu di dewan serbaguna University of Birmingham. Tiap2 minggu menu hidangan akan berbeza, sebagai contoh, menu utama untuk Sabtu adalah Nasi Kerabu, dan minggu sebelumnya adalah bertemakan makanan laut (seafood). Tugasan memasak menu utama akan dirotate untuk tiap2 famili bagi setiap minggu, sementara yang bujang2 tu, tugasan dia hanya untuk sediakan air minuman dan buah2an. Kadang2 rasa cam bersalah gak, sebab nilai yang disumbangkan tak sama dengan apa yang famili sumbangkan (menu utama). Tapi yang penting niat kena ikhlas.

Pada hari Jumaat lepas (3 September) aku dan rakan2 mendapat jemputan untuk berbuka puasa dan meraikan ahli2 XPDC Merdeka KL-London 1 Malaysia "Demi Anak Yatim". Memang respeklah dengan diaorg tu (4 orang ahli rombongan kesemuanya), rileks jer naik motor Kawasaki Versys 650 dari Kuala Lumpur sampailah ke London.


Perjalanan diaorg tu merangkumi jarak sejauh 20,941 km dan mengambil masa selama 62 hari. Seronok betul mendengar kisah2 menarik sepanjang perjalanan yang telah mereka tempuhi semasa sessi perjumpaan tersebut. Kebetulan pula, XPDC mereka ini disokong oleh Islamic Relief, satu badan kebajikan yang mana worldwide headquartersnyer terletak  di Birmingham, UK. Untuk makluman, ahli2 rombongan tersebut sudah pulang ke Malaysia pada hari Sabtu yang lepas (4 September) dengan menaiki pesawat MAS dan motor2 mereka telah selamat dihantar pulang melalui perkhidmatan kargo. Tak boleh bayangkan kalau perbualan tersebut berlaku:


Kawan: Hai, lama tak nampak, bercuti ker?

Ahli XPDC: A ah, baru sampai Malaysia ni. Pergi London hari tu.

Kawan: Ooo. Pergi sana naik flight Air Asia ker? Servis dia ok tak?

Ahli XPDC: Tak, pergi sana naik motor jer, best betul...

Kawan: Naik motor? Ko ni lawak betullah...

Ahli XPDC: Betul aper naik motor... Tak nak caya sudah...



Ni gambar kenangan aku bersama2 dengan ahli rombongan XPDC tersebut (muka aku ditandakan dengan satu bulatan merah, cam dah jadi suspek utama jer). Mula2 si photographer suruh aku duduk kat depan, tapi aku insisted gak nak berdiri kat belakang. Dalam hatiku berkata, kalaulah aku berdiri kat belakang, muka  aku mesti nampak dengan lebih jelas lagi, tetapi yang sebaliknyer telah terjadi. Tulah balasan bagi orang yang degil dan tak nak mendengar kata, padan muka! Maklumat lanjut mengenai XPDC menarik tersebut boleh didapati dari blog ni:



Ok, rasanya setakat ni dululah tentang perkembangan aku yang terkini. Mengenai persiapan raya pula, baju raya still akan pakai yang 2 tahun lepas punyer, songkok ngan kain sampin pun samer, kuih raya jauh api dari ovenlah akan dibuat, harapkan ihsan orang lain jer, ha ha ha... So, basically, memang tak prepare apa2 pun untuk raya tahun ni, oh dear!

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan, walaupun dah terlewat sangat, Selamat Berpuasa.....dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin (yang ni sangat advanced) kepada semua rakan2 bloggers dan sesiapa sahaja yang membaca blog yang dah masuk angin ni. Selamat maju jaya jugak, dalam apa2 perkara yang anda buat, buatlah yang terbaik! (hanya relevan kepada perkara2 yang baik sahaja).


Ikhlas tapi jauh,

Nabil

p/s: Jemputlah datang beraya ke rumah, boleh naik bas no. 8A atau 14A dari city centre Birmingham.....