Friday 31 December 2010

Selamat datang 2011...

Salam semua,

Alhamdullilah, sekali lagi kita diberikan nikmat olehNya untuk merasai kedatangan tahun baru, kali ini tahun 2011. Maknanya semakin hampirlah pinjaman umur kita di dunia ini sebelum dijemput kembali olehNya. Bagi tahun 2010, banyak kenangan manis dan pahit telah ku alami, semoga kesemuanya dapat ku jadikan panduan untuk menghadapi tahun baru yang mendatang.


Bagi tahun baru ini, azam aku ingin menjadi seorang yang lebih beramal, disenangi oleh sahabat2 dan juga menjadi seorang yang lebih prihatian kepada orang lain, Insya-Allah. Aku juga ingin menyiapkan pengajian PhDku dalam tahun 2011 ini, Insya-Allah...

Kepada sahabat2ku sekelian, semoga anda semua menanam azam untuk menjadi insan yang lebih baik dan semoga tahun baru ini membawa lebih keberkatan dan kebahagiaan berbanding dengan tahun2 yg lepas...


Moga sembuh seperti sediakala, Insya-Allah...

Salam semua,

Petang tadi aku ke City Hospital, Birmingham setelah dimaklumkan oleh Dr. Mustafa yang keadaan isteri Saudara Awang bertambah teruk sejak dimasukkan ke sana beberapa hari yang lalu (akibat jangkitan paru-paru). Kebetulan  pula, aku berada tidak jauh dari hospital tersebut. Bila sampai sahaja di sana, ku lihat telah ada ramai sahabat yang sudah hadir. Inilah satu prinsip yang aku sangat-sangat hormati bagi masyarakat Melayu di sini. Jika seseorang itu ditimpa sesuatu musibah di sini, pasti mereka itu akan dibantu, samada dari segi  sokongan, kewangan,  idea-idea dan lain lagi. Aku hanya dapat menunggu dan berbual-bual dengan beberapa sahabat di kawasan  'lounge' yang terdapat di Critical Care Unit (CCU), memandangkan orang paling rapat dengan pesakit sahaja yang dibenarkan masuk. Sebelah malamnya pula, kami sempat membuat solat hajat dan bacaan Yassin di rumah salah seorang sahabat. Kami sentiasa berdoa agar Allah akan menyembuhkan kembali isteri Saudara Awang seperti sediakala, Insya-Allah...



p/s: Teringat suatu memori ketika dahulu, iaitu semasa aku menjadi salah seorang Penolong Pengetua Kolej Kediaman bagi universiti yang aku bekerja. Ada satu hujung minggu tu, aku dikejutkan dengan berita kematian  2 orang pelajar yang menghuni kolej kediaman yang aku jaga akibat kemalangan. Jadi, aku  diminta oleh pihak hospital bagi membuat pengecaman status jenazah-jenazah terbabit. Kemudian, aku tidak berupaya untuk memaklumkan berita tersebut kepada keluarga mereka, jadi aku meminta jasa baik seorang sahabat yang lebih senior untuk berbuat demikian, Alhamdullilah, dia bersetuju untuk berbuat demikian dan kemudiannya semua urusan berjalan dengan baik. Pengalaman ini akan aku kenang sepanjang hayat. Semoga roh mereka akan di tempatkan dikalangan para solihin, Amin...


Wednesday 29 December 2010

Well done, guys!

I couldn't feel any happier today as Malaysia finally won the 2010 AFF Suzuki Cup. It was their first win in this major tournament, which previously was known as the Tiger Cup. As for the match itself, I watched it online with my housemate via MyP2P website. It was intensed when Indonesia won a penalty kick in the first half, and to be honest, it was a terrible chance to score from that spot by the Indonesian captain. I guess, if they had scored the penalty, it would be a different game after all. 


On the second half, the pressure was building on the Indonesian team, moreover when Safee scored for Malaysia, making the aggregate 4 - 0 in Malaysian favour.  It was a Malaysian win to throw away. Then, in a very desperation move, Indonesia did scored 2 goals to make the aggregate 4 - 2. Unfortunately for them, the aggregate stood when the referee blew the final whistle and they we go, a great great win for our national side. One word best to describe this wonderful celebration: Malaysia Boleh!!!

Tuesday 28 December 2010

Moved into a new house...

Salams all,

Hope all of you are in best health with your loved ones.

My previous house's contract expires at the end of this month, so I and my other housemate needed to find a new house. Luckily for us, there's another Malaysian brother here who offered us to stay with him, since he's staying alone now as his family went back to Malaysia for good. Our new house is not far from the previous one. Here are some pics to elaborate on the conditions of this wonderful house, Alhamdullilah...

My new comfy bedroom.

Peeking out of my bedroom window.

If you really focus on it, you can see Aston Villa's stadium (Villa Park) at the back. It's just a stone's throw away from my new house. Quite a wonderful view, would be nicer if it's Old Trafford, of coz...

The living hall.

Our kitchen.

From now on, here is where my 'Katak' will be parked...

Infront of the house.

Recently, I have changed my rear lights to the fully LED ones. I guess it looked much better with them on it.

This was how the rear lights looked before changing it.

Ok guys, I would like to wish the very best in whatever you do, remember to give your very best. Happy New Year in advance too, Wassalam...


Saturday 25 December 2010

Sumber inspirasi...

Alhamdullilah, aku telah dipertemukan kepada sebuah blog berilmiah yang ditulis oleh Dr. Afandi Ahmad. Blognya berkisar kepada suka dan duka di dalam pengajian PhDnya. Apa yang menarik, beliau berjaya menghabiskan PhDnya di dalam tempoh 3 tahun sahaja, memang satu pencapaian yang amat membanggakan! Semoga kejayaanya ini menjadi sumber inspirasiku bagi menghabiskan pengajianku kelak, Insya-Allah. Boleh juga dijadikan sumber inspirasi dan perangsang bagi sesiapa sahaja yang tengah meneruskan pengajian masing-masing.


Blog Dr. Afandi Ahmad: Afandiahmad1679

Thursday 23 December 2010

Kisah aku dan Yao...

Kat sini aku ada seorang kawan baik. Nama dia Yao Yu, tetapi aku lebih senang untuk panggil dia Yao sahaja. Dia berasal dari bandar Tianjin, yang terletak di Mainland China. Aku mengenali dia ketika kami sama2 buat Masters di sini, kemudian kami sama2 menyambung PhD, so dah lebih 4 tahun aku kenali dia. Dia datang dari sebuah keluarga yang berada. Ayah dia mempunyai sebuah kilang, manakala emaknya pula menjadi pengerusi bagi sebuah kolej swasta di China. Sejak kitaorg berkawan, macam2 yang telah kami bualkan. Antara perkara yg selalu dibualkan oleh Yao kepadaku adalah mengenai agama.

Aku, Yao dan 2 orang lagi classmate Masters yg berasal dari Vietnam. Gambar kenangan ketika aku buat jamuan ringkas (keuw tiew sup) sempena habis pengajian Masters.

Yao tidak mempunyai apa2 pegangan agama, kerana dia kata di negara China, hampir keseluruhan generasi baru adalah berfahaman komunis, dan kewujudan Tuhan tidak ader dalam kamus kehidupan seharian mereka. Yao amat gemar untuk menghabiskan masa terluang dengan aku. Ada saja aktiviti yg kitaorg selalu lakukan, seperti pergi ke pusat bandar Birmingham bersama2. Ader ketikanya dia datang melawat aku di rumah. Ada sekali tu, aku kata terpaksa berhenti berbual sekejap, kerana aku hendak menunaikan solat. So, dia dengan penuh khusyuk memerhatikan aku bersolat. Selepas itu, panjang perbualan kami mengenai agama. Dia kata sebelum berjumpa dengan orang Islam (kat China dia tak pernah berjumpa lagi dengan orang Islam walaupun terdapat minoriti penganut agama Islam di sana), dia ada persepsi yg buruk melalui pembacaannya dari media2. Setelah dia mengenali beberapa orang Islam, termasuk kawan baiknya dari Arab Saudi, baru persepsi buruk itu dapat dikikis. 

Satu hari dia datang berjumpa denganku, dan menyatakan kawan baik senegaranya telah memeluk agama Kristian. Aku tanyakan sebab mengapa dia telah convert ke Kristian, dan Yao menyatakan bahawa kawannya telah kata, apabila dia memasuki gereja, hati dia berasa tenang. Untuk makluman, kat sini gerakan missionaries amat kuat sekali untuk menarik golongan pelajar dari negara China untuk convert ke agama Kristian, sebab mereka tidak mempunyai pegangan agama,  so agak mudah untuk menggoyangkan pegangan hidup mereka. Aku berkata kepada Yao, kenaper tidak suruh kawan dia tu untuk cuba memasuki sebuah masjid di sini dan cuba buat perbandingan.

Selang beberapa waktu, aku ader menerima satu panggilan dari Yao. Perbualan antara kami adalah lebih kurang berikut (setelah dialih bahasa):

Yao: Nabil, ko free tak hujung minggu ni?

Aku: Free jugak, naper?

Yao: Aku ingat aku nak pergi tengok masjidlah. Ko boleh tolong bawak aku pergi tak?

Aku: Masjid? Betul ko nak pergi ni?

Yao: Betul, aku nak tengok sendiri macamana keadaan dalaman masjid.

Aku: Ok, kalau macam tu kita pergi hari Sabtu ni...

So, pada satu hari Sabtu, aku dan Yao telah pergi ke sebuah masjid yang terletak di bandar Birmingham ini.  Masjid yg dimaksudkan adalah Ghamkol Sharif Central Jamia Mosque. Yao beriya2 benar hendak melihat kawasan dalaman sebuah masjid.

 Yao bergambar di luar masjid.

 Di hadapan masjid.

 Yao di hadapan masjid tersebut.

 Kawasan mimbar masjid.

 Yao yg kelihatan malu2 di ruangan utama solat.

 Tempat untuk mengambil wudhuk.

 Aku menunjukkan kepada Yao cara2 untuk mengambil wudhuk.

 Ruangan utama solat.

 Yao menghabiskan sedikit masa dengan melihat mimbar masjid dengan lebih dekat.

Foto kenangan bersama gambar 'Dome of the Rock Mosque' di dalam masjid tersebut.

Semenjak dia berkawan lebih rapat dgn aku, dia berjanji untuk tidak lagi memakan daging babi dan minum arak, katanya untuk menghormati persahabatan kami, walaupun aku x paksa. Baru2 ni, mak dia ada melawat ke kawasan minoriti Islam di China, iaitu di Ningxia (yang dihuni kebanyakkannya oleh bangsa Hui yang beragama Islam) dan dia berpesan kepada maknya supaya membeli senaskah Al-Quran untuk bacaannya kelak. Semoga Allah memberikan hidayahNya padamu, wahai sahabatku, Insya-Allah...

Tuesday 21 December 2010

Freshhh... Uhuk2...

Apabila aku tertidur dan lupa untuk menggosok gigi, keesokan harinya bila aku terbau bau mulutku, saat tu sukar untuk digambarkan. Priceless!


Pic soure: Drooling Cat

p/s: janganlah lupa untuk menggosok gigi sebelum masuk tido, supaya esok pagi kita tidak terasa seperti di awang2an...

Monday 20 December 2010

Bestnyer...

Bestnyer kalau waktu2 macam ni boleh buat BBQ, teringat akan aktiviti BBQ setiap kali tiba waktu summer kat sini...

 Acara wajib setiap kali tiba waktu summer bagi masyarakat Melayu Malaysia di sini. Turut kelihatan Yang Berbahagia Dr. Ustaz Fatris Bakaram yang akan dilantik menjadi mufti bagi Republik Singapura pada 1 haribulan Januari 2011 nanti (bercermin mata dan berkemeja hijau)...

 Team pembakar2 sate.

 Aktiviti BBQ yang selalu diadakan di Kingsbury Water Park, Cannock Chase, Warwickshire. Terletak lebih kurang sejam perjalanan dengan menaiki kereta dari bandar Birmingham.

Kelihatan aku yg berpura2 sibuk di situ... Nak bergambar punyer pasal daaa...

 Kaum Hawa tgh sibuk menyediakan juadah makanan...

 Pertandingan sukaneka untuk kanak2...

Acara kemuncak, pertandingan bolasepak bagi kaum bapa @ lelaki (sbb aku tak kawen lagi, ha ha ha)...


Sunday 19 December 2010

Salju di danau rindu...

Salam semua,

Lagu nyanyian Mamat Exists ni mmg bertepatan dengan keadaan aku sekarang ni. Pertama sekali sebab musim sejuk dah tiba agak awal bagi tahun ni (paling awal dalam tempoh 17 tahun). So, bagi diaorg yg meraikan Hari Krismas kat sini mmg gembira sgt2 sebab akan adanya 'White Christmas'. Keduanya, sebab aku rindukan akan parentsku, adik-beradikku, anak2 sedara yg tak pernah aku jumpa secara live, kucingku dan seseorang yg kini berada di Malaysia.

Bercakap mengenai salji yg telah turun dengan lebat bermula pada hari Sabtu yg lepas, byk pengangkutan awam telah terjejas, ini termasuklah penutupan hampir keseluruhan lapangan terbang di seluruh UK pada hari Sabtu,  perjalanan keretapi yg tergendala dengan teruk dan juga perkhidmatan bas yg amat terhad sekali. Pihak polis pun dah mengeluarkan arahan agar tidak keluar memandu, kecuali jika mempunyai urusan yg amat penting. Suhu pada waktu malam skrg ni kadangkala akan mencecah - 10 oC, so malam2 mmg aku akan buka heater dengan suhu yg paling maksimum, tido siap pakai jaket dan selimut yg tebal. Kalau waktu siang pula, masih terasa akan kesejukkannya, terpaksa memakai beberapa lapis pakaian, tidak termasuk baju thermal. Ada sesetengah org UK sendiri pun tak sanggup untuk menghadapi cuaca ni, so, mereka pergi bercuti ke negara2 yang beriklim sederhana seperti Spain dan Miami, Florida.

Lagi satu, waktu Maghrib bagi musim sejuk ni pun dah awal. Skrg ni pukul 4 ptg dah mula gelap. So, kadangkala terasa waktu begitu cepat berlalu. Kalau waktu musim panas dahulu, waktu Maghrib pernah nak masuk hampir pukul 10 malam, adakalanya aku sempat bermain bolasepak pada pukul 9 malam dan ketika itu keadaan masih lagi cerah.

Esok akan aku gagahkan juga untuk ke uni. Ada lagi keje yg perlu dibuat sebelum cuti Krismas yg panjang. Bukan aku xleh buat keje kat rumah, tapi kalau buat keje kat rumah ni, byk sgt temptations yg akhirnya akan membuatkanku tidak mebuat apa2 keje pun. Sebagai contoh, kalau aku buat keje kat dalam bilik, akan timbul perasan mengantuk dengan mudah, dan memandangkan katil dah sedia ada, kemungkinan untuk tido tu adalah sgt2 tinggi. Selain tu, boleh jer melepak atau main game di ruang tamu. So, kalau pergi uni tu dan buat keje disamping rakan2 satu department, boleh mengurangkan risiko2 tersebut. Biler kat department, boleh gak bertanya kat kawan2 jika tak faham ataupun pergi ke library untuk mencari maklumat yg lanjut.

Dijangkakan keadaan sejuk melampau ni akan berterusan ke bulan depan. Kalau teruk sgt, nampak gayanya terpaksalah aku cancel plan untuk shopping bersempena dgn 'Boxing Day' kat Liverpool nanti. Arghhh, kemungkinan nak terperap kat rumah jer sgt tinggi waktu cuti ni... T_T   Oklah, rasanya sekian dulu dari bilik berita buat sementara waktu. Kalau ader apa2 perkembangan terbaru akan diupdatekan nanti. Until then, take care and all the best, Wassalam...

Kat hadapan rumah. Rumah ni aku tinggal ngan sorang lagi brader bujang yg jugak membuat PhD.

 Laluan pejalan kaki yg dipenuhi salji.

 Seseorang yg sedang membersihkan laluan di hadapan rumahnya.

Kelihatan sebuah menara masjid di hujung jalan. Masjid tersebut masih di dalam pembinaan dan ianya merupakan sebuah masjid Syiah...

Thursday 16 December 2010

Kenapa Zimbabwe?

Salam semua,

Semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Kat sini, bermula hari ni, salji dah mula turun semula, so akan timbul masalah kalau nak keluar pergi ke mana2, sebab keadaan jalan yang licin akan menambahkan lagi risiko pemanduan.

Tidak perlu pasangkan air-cond lagi...

Berbalik pada tajuk entry di atas, sebelum ni pun dah ada yang bertanya padaku, kenapa memilih 'Zimbabwe' sebagai sebahagian dari nama blogku. Aku menjawab, ada alasan yang tersendiri untuk itu. Baru2 ni Cik Lagenda Budak Hitam ada bertanya balik mengenai persoalan tersebut. So, rasanya kali ni baik aku jawab sebab yang sebenar untuk pemilihan nama tersebut.

Terima kasih pada yg bertanya

Sebenar2nya aku adalah 100% orang Malaysia, yg lahir kat KL 3 dekad yang lalu. So, tak timbul persoalan jika ada yang ingat aku dah tak suka negara asal aku balik. Siap dulu ada yg mmg ingat aku ni org Zimbabwe, tapi belajar Bahasa Malaysia T_T   Aku memang sayangkan Malaysia, di situlah aku dilahirkan,  dibesarkan dan macam2 lagi yg aku lalui. Famili aku pun semua berada di sana, infact, mmg aku tgh rindu nak balik Malaysia sekarang ni...

Malaysiaku @ 1Malaysia

Pemilihan nama tersebut berkisar pada peristiwa aku berkawan dengan seorang pelajar PhD dari Zimbabwe ketika aku membuat Masters di sini pada tahun 2006. Seperti yg korang tahu, negara Zimbabwe adalah negara yg termiskin di dunia. Maklumat lanjut boleh baca kat sini. Biler kita membaca media, selalu akan mendapat gambaran yang buruk mengenai negara tersebut. Tetapi mamat tersebut tabah jer menjalani kehidupan seharian. Dia kalau tak silap aku, mendapat biasiswa dari satu funding kat UK ni. Tetapi dia still buat keje part-time sebagai store assistant kat sebuah kedai runcit yg terletak kat dalam kampus universiti. Dia kini dah pun bergelar Dr. pada pertengahan tahun ni, dan sekarang ni bekerja dengan sebuah company yg terkenal kat sini.

Susah sikit kalau nak melukis bendera ni guna tangan...

Yang membuatkan aku terdetik untuk menggunakan nama 'Zimbabwe' adalah kerana dari kecekalan dia sepanjang aku berkawan dengannya. Bayangkan dengan persepsi orang terhadap negara dia, tapi dia tak ambil kisah langsung pasal semua itu. Sebenarnya, aku mmg suka mengambil iktibar2 kecekalan seseorang untuk menjadi kekuatan diri.  So, aku cuba untuk meletakkan diri aku pada kedudukan dia, agar tidak terbuai2 oleh kesenangan yg aku nikmati selama ini. Seseorang yang serba kekurangan tidak semestinya tidak akan berjaya, dan begitulah sebaliknya. Dulu2 pernah jugak aku membaca mengenai kisah mengenai orang kampung yg makan pun sekadar cukup makan jer, dengan bilangan anak yg begitu ramai, tetapi Alhamdulillah kesemua anak2nya telah berjaya di dalam akademik. Famili yg kaya raya pun, belum tentu kesemua anak2nya akan berjaya. Dalam hal ni, aku rasa 'keberkatan' adalah faktor utama (ni dah luar tajuk sikit).

Bayangkan yg budak2 ni adik-beradik kita... T_T

Lagi satu, semiskin2 Zimbabwe pun, kalau korang nak tahu, diaorg pernah memenangi beberapa pingat emas di sukan olimpik, yang terbaru sekali di Sukan Olimpik Beijing 2008 melalui acara renang. Walaupun pemenang pingat emas tersebut adalah orang putih (Kirsty Coventry) yang dilahirkan di Zimbabwe, dia tidak pernah berasa kesal untuk mewakili negara kelahiran dia tu, malah bangga dalam melakukannya. Ini telah membuka mata dunia terhadap negara Zimbabwe. Ada negara2 yang maju, cukup dengan fasiliti bertaraf dunia, tapi masih tidak mampu untuk memenangi sebarang pingat emas olimpik sehinggalah ke hari ni.

Kirsty Coventry

Lagi satu faktor menarik mengenai negara Zimbabwe adalah kadar penganggurannya. Ia mempunyai kadar pengganguran yg tertinggi di dunia (tapi tak tahulah kalau negara dia ada ladang anggur yg terbesar di dunia), iaitu sebanyak 95%. Ini bermakna hampir keseluruhan rakyatnya tidak bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan mungkin sedikit sangat yg bekerja di sektor swasta. Selain daripada itu, mereka terpaksa bekerja sendiri untuk meneruskan kehidupan masing2. Salah satu pekerjaan rutin bagi orang Zimbabwe adalah dengan berniaga, ini termasuklah menjual hasil2 yang diperolehi sendiri (sayur2an, ternakan 2 dan juga hasil2 dari sungai). Kalau aku ditakdirkan untuk menjadi salah sorang rakyat Zimbabwe, rasanya aku akan menjadi seorang penangkap udang (udang dari sungai, sebab Zimbabwe bukan terletak di kawasan pesisir pantai), rasanya itulah pekerjaan yg sesuai untuk diriku, selain dari fakta yang aku memang suka makan udang (kalau tak laku untuk jual, aku boleh makan sendiri).

"Akak, belilah udang saya ni, terbaik dari ladang, opppsss, terbaik dari sungai belakang rumah saya tu"...

Maka, macam tulah tertimbulnya untuk menggunakan nama 'Peraih Udang dari Zimbabwe'. Tataulah kalau2 ada org Zimbabwe yg bangga dengan aku ni. Kalau nak suruh aku endorse apa2 barang diaorg pun boleh jer, aku takkan amek apa2 bayaran pun, he he he...

Besarnya nilai duit ni, kalaulah nilai dia dalam $ atau £, pakcik kayo...

Tuesday 14 December 2010

Lega... Alhamdullilah...

Salam semua,

Maaf kerana tidak berblogging untuk seketika. Ini kerana terdapat 'dateline' yang perlu dipenuhi pada hari ini. Baru sebentar tadi menghantar chapter 'Literature Review' ke 'supervisor'. 'Literature Review' ni merupakan salah satu chapter terpenting bagi sesebuah tesis PhD, selain daripada chapter 'Results & Discussion'. Honestly, penulisan chapter inilah yang paling mencabar sekali buatku, sebab dia merangkumi asas kepada keseluruhan progress PhD yang sedang berjalan. Banyak paper2 journal yang perlu dibaca bagi menggarap isi2 penting. Membaca tu satu hal, memahami kandungan paper2 journal tu pulak adalah satu lagi perkara yang perlu di atasi (bayangkan terpaksa membaca lebih kurang 80 paper2 journal untuk menyiapkan chapter ini). Supervisor aku selalu berpesan yang apabila kita di peringkat pengajian Doktor Falsafah, pengetahuan kita mestilah meluas, bukan lagi setakat yang asas2 sahaja. Kita mesti berani melontarkan idea ataupun kritikan ketika membahas mengenai sesuatu isu.


Apabila aku berbincang dengan supervisor aku, dia kini lebih berminat untuk mendengar pandangan aku mengenai perkara yang dibincangkan, bukan seperti dahulu, yang kebanyakkan maklumat diberikan olehnya. Katanya, ini untuk menyiapkan diri aku bagi menghadapi viva (self defense) PhD nanti. Bagus jugak cara dia tu, cuma diri aku kena selalu bersedia dengan memperbanyakkan pengetahuan lagi.


Pic source: Link

Tadi pun dah dapat balik satu chapter yang terdahulu. Alhamdullilah dia berpuas hati dengan kandungan chapter tersebut. Cuma terdapat beberapa penambaih baikan yang perlu dibuat bagi chapter tersebut sebelum dapat dikumpulkan untuk menjadikan sebuah tesis yang lengkap.


Pic source: Link

Punyer kalut dengan dateline hari ni sampai x sempat nak makan tengahari, ni pun dah pukul 7 petang. Kena cari kedai makan kejap lagi. Lately pun tido x menentu, so kena ganti balik. Harap lepas ni tak sesibuk macam ni. Oh ya, waktu Krismas nanti, especially 26 haribulan ni dipanggil sebagai 'Boxing Day', hari tu biasanya diadakan jualan akhir tahun yang sangat menarik di seluruk UK. Aku bercadang nak pergi shopping kat Cheshire Oak Designer Outlet nanti, salah satu kawasan membeli belah barangan dari jenama2 terkenal yang terbesar di UK.



Oklah, harap kawan2 sekelian berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Ingat, tiada yang mustahil di dalam dunia ni dengan izinNya, rebutlah peluang yang ada selagi boleh.

All the best & good luck.

Wassalam.


Tuesday 7 December 2010

Seriously, this is a cute way of being close to nature.....

Panda costumes used to fool four-month-old cub

Researchers at the Wolong Giant Panda Research Centre have been dressing up in panda outfits in an effort to fool a cute panda cub.

Spot the real panda: researchers in panda costumes check the body temperature of a panda cub (Reuters) 
Spot the real panda: researchers in panda costumes check the body temperature of a panda cub (Reuters)
The four-month-old cub is the first to be trained for reintroduction into the wild by the Hetaoping Research and Conservation Center for the Giant Panda in Wolong National Nature Reserve in Sichuan province, China.

A Giant Panda proves to be remarkably adept at removing lids. (AP) 
A Giant Panda proves to be remarkably adept at removing lids. (AP)

But for the baby panda to be reintroduced successfully, the cub’s environment must have absolutely no human influence, which is where the panda outfits come in.

While these pictures may appear to be of caring panda parents, they are in fact researchers in disguise.
Researchers from the centre wear the furry panda outfits to hide their human shape when checking the cub’s progress.

The baby panda is monitored by hidden cameras, but researchers have had to handle the cub to undertake physical examinations in order to monitor weight and body temperature.

The cub now weighs 8,270 grams, and is said by the research centre to be quite healthy.


Source: Metro UK