Saturday, 29 January 2011

Match of the Day

Aston Villa vs. Manchester City, 22nd of January 2011 (Saturday), Kick Off (K.O.) 5.30 p.m.

Dapat satu tiket murah yang dijual kat Guild of Student, University of Birmingham (harga sebenar £30 / RM150, tapi student price cuma £15 / RM 75 jer).

Tempat duduk aku yang tak jauh dari padang perlawanan. Ada gak rasa nak ceroboh masuk padang tu, sure akan jadi famous punyer, tapi siap ader warning, kalau saper2 masuk padang masa perlawanan akan didenda £1,000 (RM5,000), terus tak jadi nak buat...

Referee malam tu Howard Webb, yang jadi referee World Cup Final antara Holland dan Spain hari tu.

Gareth Barry sedang nak amek free kick. Dia ni dikira sebagai traitor untuk pasukan Villa. Dulu dia main untuk Villa sebelum berpindah ke Manchester City. Kesian dia, tiap kali bola sampai jer kat kaki dia, mesti kena booo...

Carlos Tevez kat depan gol Villa. Dialah pemain yang paling kecik kat atas padang masa tu. Asyik kena buli jer, tak baik tau...

Aku pergi game ni sebab nak tengok Darren Bent beraksi. Dia baru jer join team Aston Villa dari Sunderland untuk £18 juta pound dan ni merupakan game pertama dia untuk Villa. Dulu ada gak ikut perkembangan dia, dari dia bermain untuk Charlton Athletic (team tu dah kena relegated ke division bawah beberapa musim yang lalu), kemudian berpindah ke Tottenham Hotspurs dan lepas tu ke Sunderland. Aku masuk lewat 20 minit (tapi nasib baik seating dah ader nombor). Biler aku baru jer nak masuk stadium, penjaga tiket tu cakap Bent baru jer score (minit ke 18), tapi aku cakap kat dia mungkin ader gol lagi, tapi rupa2nya hanya tulah gol tunggal bagi perlawanan tersebut... T_T

Aku tak tahu ni binatang apa, tapi dia berkeliaran ketika waktu rehat biler habis first half.

Skrin besar stadium. Kalau dapat bawak balik skrin ni ke rumah, mesti best...

Tu tempat duduk eksklusif sikit, harga pun lagi giler...

Waktu rehat 15 minit, ramai yg melarikan diri ke toilet atau membeli air. Masa game tengah lawan tu, ada sorang makcik belakang aku ni, siap bertongkat sebab kaki dia patah, tapi dia punyer jerit mengalahkan orang lelaki. Mungkin salah sorang pemain Villa tu sedara dia atau memang dia dah mabuk. Janji x kacau aku sudah...

Aku dengan rambut Medussa aku. Sumpah sangat sejuk masa tu (kalau tak silap 1oC, hidung jadi beku).

Attendance seramai 37,815. Kapasiti penuh Villa Park adalah 42,788. So, ramai gak yg ponteng tengok... Game malam tu, Aston Villa 1 - 0 Manchester City.

Apa2 pun, aku masih lagi sorang penyokong Manchester United yg tegar, since 1995. Glory Glory Man United...
 
 
 

Thursday, 27 January 2011

Siapakah Melchizedek?

Di dalam kitab Taurat (Old Testament di dalam kitab Injil/Bible) ada dinyatakan mengenai seorang karakter yang penuh misteri yang bernama Melchizedek. Dia dikatakan sebagai seorang raja dan juga paderi tertinggi yang menduduki bandar Jerusalem di Israel pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. ada dinyatakan berjumpa dengannya di bandar tersebut selepas pulang dari satu peperangan. Petikan ayat dari kitab Taurat yang paling menarik mengenai Melchizedek adalah:

"Without father, without mother, without descent, having neither beginning of days, nor end of life; but made like unto the Son of God; abideth a priest continually." Hebrews 7:3

Melchizedek memberikan Nabi Ibrahim a.s. sebuku roti dan minuman ketika baginda berjumpa dengannya. Sumber gambar: Wikipedia

Dia dikatakan dijadikan tanpa kehadiran seorang ayah dan ibu, tiada permulaan dan pengakhiran baginya, seorang yang seolah-olah seperti anak Tuhan dan menjadi seorang paderi buat selama-lamanya. Ada sesetengah pendapat dari golongan Islam mengatakan bahawa individu ini adalah Sam, iaitu salah seorang anak Nabi Nuh a.s. yang terselamat daripada bencana banjir besar yang dasyat suatu ketika dahulu. Penafsiran mengenai yang dikatakan tidak dijadikan dengan kehadiran seorang ayah dan ibu serta tiada permulaan dan pengakhiran adalah merujuk kepada dakwah yang dibawakannya sehinggalah dia berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s. dan menyerahkan urusan dakwah itu kepada baginda. Maklumat lanjut mengenai ini boleh dibaca di sini. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa individu misteri ini sebenarnya adalah Malaikat Jibrail a.s., di mana dia adalah yang bertanggungjawab dan berterusan menyampaikan wahyu bagi sekelian para nabi dan rasul sejak permulaan kejadian manusia untuk dijadikan panduan bagi sekelian manusia di atas muka bumi ini.

Raja Melchizedek sedang memberikan restunya kepada Nabi Ibrahim a.s. sekembalinya baginda dari satu peperangan. Sumber gambar: Link

Antara video-video yang berkaitan dengan karakter misteri ini adalah:

Spirit of Truth (Melchizedek)

Sheikh Ahmed Deedat, seorang pendakwah Islam berucap mengenai Melchizedek.

Walaupun siapa sebenarnya diri karakter misteri ini, adalah lebih elok untuk tidak memikirkan sedalam-dalamnya mengenai beliau, ada perkara lain di dalam agama Islam yang lebih baik untuk difikirkan. Hanya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua mengenai apa yang saya perolehi ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Wallahualam bissawab...

Wednesday, 26 January 2011

Tunisia, damaimu di sana...

Sebelum ini, pasti kita semua dah maklum akan keadaan huru-hara yang berlaku di negara Tunisia. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perasaan ketidak puas hati oleh sebahagian besar rakyatnya yang terus dihimpit oleh masalah kemiskinan, kurangnya peluang perkerjaan yang semakin meruncing, tiada kebebasan untuk bersuara, kenaikan harga-harga barang yang berterusan dan juga rasuah yang semakin berleluasa di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi negara tersebut. Rusuhan dan keadaan huru-hara yang telah berlaku ini telah menyebabkan presidennya,  Zine El Abidine Ben Ali lari meninggalkan negara tersebut dan mendapatkan perlindungan di negara Arab Saudi setelah 23 tahun berkuasa di Tunisia. Tetapi tahukah anda apakah pencetus utama kepada kebangkitan ini? Mungkin ada yang tidak mengetahuinya...


Mohamed Bouazizi adalah seorang peniaga sayur dan buah-buahan secara kecil-kecilan di jalanan di bandar Sidi Bouzid. Dia menggunakan kereta sorong bagi menjual hasil barangannya itu. Walaupun berpendapatan sangat rendah melalui pekerjaan ini, dia masih lagi mampu untuk menyara keluarganya, termasuk ibunya dan seorang adik perempuannya yang tengah belajar di sebuah universiti ketika itu. Malangnya, pada 17 Disember 2010, pihak polis dan pembandaran tempatan telah cuba untuk merampas kereta sorongnya, dengan alasan dia tidak mempunyai lesen untuk menjual. Dia hanya mempunyai pekerjaan itu sahaja dan memandangkan dia telah banyak kali memohon untuk mendapatkan pekerjaan, termasuk untuk berkhidmat sebagai seorang askar, tetapi permohonannya telah ditolak, maka hanya itulah peluangnya yang ada untuk mendapatkan duit bagi menyara keluarganya. Dikatakan bahawa pihak polis tersebut telah meminta wang rasuah darinya agar kereta sorongnya tidak dirampas, tetapi Bouazizi tidak mempunyai duit untuk berbuat demikian. Berang dengan tindakannya ini, seorang pegawai perbandaran, Feyda Hamdi yang turut serta dalam cubaan rampasan itu telah menampar dan meludah kepada Bouazizi, sementara dua pembantunya telah memukul Bouazizi. Timbangan elektroniknya telah dirampas, sementara sayur dan buah-buahannya telah dicampak di atas jalan raya. Lebih malang lagi, Feyda Hamdi telah mencaci ayah Bouazizi yang telah meninggal dunia.


Bouazizi dengan perasaan yang begitu marah telah pergi ke pejabat pegawai daerah selepas peristiwa itu, tetapi, pegawai tersebut telah enggan untuk berjumpa dengannya. Kemudian dia telah bertekad untuk membakar dirinya setelah permintaan untuk berjumpa dengan pegawai tersebut tidak menjadi kenyataan dan dia telah membeli setin minyak gasolin. Dia telah membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan kerajaan di bandar Sidi Bouzid. Walaubagaimanapun, Bouazizi tidak meninggal ketika itu, tetapi dia telah cedera parah dengan kesan terbakar yang begitu teruk dan dikejarkan ke sebuah hospital. Dia telah meninggal dunia 18 hari kemudiannya. Berita mengenai tindakan beraninya ini telah mendapat liputan meluas di Tunisia, dan gerakan anti-kerajaan kemudiannya telah berjaya menyingkirkan presiden Tunisia yang disifatkan sebagai seorang yang penindas. Kejadian ini juga telah menjadi pemangkin kepada gerakan anti-kerajaan yang telah berlaku semalam di negara Mesir...


His brother, Salem Bouazizi, was quoted as saying: "Freedom is expensive and my brother paid the price of freedom" and "[he] has become a symbol of resistance in the Arab world."


 
Source: Wikipedia

Friday, 21 January 2011

Better trying than nothing.....

Did this man really earn $1m on YouTube simply by asking for it?

By Daniel Bates



A comedian who made a YouTube appeal for somebody to give him $1million claims the request has been answered by a mystery benefactor.

Craig Rowin made a series of YouTube pleas for the cash, which have been viewed tens of thousands of times.

‘Millionaires, listen up, I have a proposition. You have millions and millions of dollars. Please give me a million,’ he said.

‘I don’t need it for anything specific, but I think it would be awesome. I haven’t thought that through yet. I might at least go on a trip to start’.


If you don't ask...: Craig Rowin made an appeal to be given $1million - just so that he could have an 'awesome' time

Incredibly, it appears some philanthropist was taken in by the appeal and has stumped up the cash.

Rowin said he was ‘flabbergasted’ to receive a letter and a phone call from the man identifying himself as Benjamin who offered to hand over the entire sum.

However, he has been forced to repeatedly deny the entire episode is a stunt to boost his profile.

And he plans to prove the offer is genuine once and for all on February 2, when Benjamin will hand over the cheque in person at a theatre in Manhattan.

‘It still hasn't sunk in yet,’ the 27-year-old said.

‘Do I deserve it? I have no idea. Maybe not. But there's so much wealth - let me have a chunk.’


Persistence pays off: After failing to attract any donations, Rowin made another appeal

In his Youtube appeal, he listed and asked dozens of wealthy individuals, including Lady Gaga, Warren Buffett, Nelson Mandela, James Earl Jones, and actor Will Smith's kids, who he claimed could make him rich if they wanted to.

He also appealed to the Chilean miners for money and apologised if they weren't millionaires.

His latest YouTube video shows him wearing a tuxedo and bow tie with a bottle of champagne on a table.

‘I’m back but I’m not going to ask for a million dollars, because of this,’ he said before playing a voice recording from his benefactor.

‘Hi Craig, Benjamin, I was hoping to catch you in person,’ the caller said.

‘I want to talk about how to make you a millionaire.’

Rowin also showed off a notarized letter from Benjamin’s lawyer saying that he would owe him nothing in exchange for the $1million.

‘On February 2 I will be a one millionaire, ‘ he said on the video clip.

‘Now here is a couple of seconds for you to resent me.’

On the YouTube caption Rowin wrote that he will no longer be asking for cash - but included an email address for anybody who wanted to ‘give me another one million dollars’.



Source: People:  Daily Mail Online UK

Monday, 17 January 2011

Jejak Kasih... (Bahagian Akhir)

Keesokan petangnya aku telah berjumpa dengan Kak Shu, seperti yang dijanjikan. Dia menyerahkan duit yang hendak dipinjamkan kepadaku ketika di dalam bas. Aku banyak kali mengucapkan terima kasih kepada dia dan berjanji untuk membayarnya kembali. Sementara untuk sampai ke rumah masing-masing, kami berbual panjang...

"Nabil punya kursus tu belajar apa yer?", tanya Kak Shu dengan penuh minat.

"Belajar tentang aplikasi kimia di dalam industri. Teknik-teknik berasaskan kimia yang selalu digunakan dalam kilang-kilang industri...", jawabku penuh yakin.

"Ooo, Akak tak tahu sangat pasal Kimia ni. Kalau Nabil nak tahu, Akak memang minat dengan subjek Matematik".

"Ye ker? Saya pula tak minat dengan Matematik, selalu dapat markah rendah aja, he he he...", aku ketawa kecil.

"Tapi seminat-minat Akak dalam Matematik pun, Akak terkilan sebab Akak tak dapat melanjutkan pelajaran. Banyak faktor yang Akak kena fikir dan korbankan. Keluarga Akak bukan orang yang berada dan Akak ada adik-beradik yang ramai...", katanya dengan panjang lebar.

"Sebab tu Akak minat jadi seorang agen insurans, selain dari mencari rezeki yang halal, dapat Akak gunakan kemahiran Matematik Akak pada masa yang sama", tambahnya lagi.

"Emmm, Akak memang tak nak sambung belajar lagi ker? Boleh aja buat part-time kat UiTM Arau tu kalau Akak nak. Kursus perakaunan dan perbankan pun ada ditawarakan kat UiTM Arau tu...", kataku.

"Insya-Allah Nabil, tapi bukan dalam waktu terdekat ni kot. Nabil pula nak buat apa lepas habis Diploma ni? Nak kerja ker?".

"Tak, Insya-Allah saya nak sambung ke peringkat degree. Cuma tak tahu nak pilih degree yang mana satu?".

"Maksud Nabil?", tanya Kak Shu kehairanan.

"Bukan apa, sebelum ni, kalau sesiapa sahaja menamatkan pelajaran dalam Diploma Kimia Perindustrian, biasanya dia akan sambung dengan degree Kimia Gunaan. Tapi sebelum saya buat praktikal hari tu, Ketua Program kata degree Chemical Engineering akan mula ditawarkan di UiTM Shah Alam pada pengambilan yang akan datang. Cuma dia berpesan, kalau hendak ambil degree Chemical Engineering, pengetahuan Matematik kena kukuh, sebab terdapat banyak subjek-subjek yang melibatkan pengiraan. Sebab tu saya berbelah bagi, saya lebih berminat dengan kursus yang mengandungi banyak subjek yang memerlukan bacaan dan hafalan. Kalau masuk bab mengira ni, saya lemah sikit. Memang ada niat di hati nak buat Chemical Engineering, tapi rasa tarafnya terlalu tinggi untuk saya. Kalau dapat buat Kimia Gunaan pun saya dah suka..".

"Apalah Nabil ni, belum cuba dah kata susah. Kita kenalah cuba dahulu, baru tahu susah ke tak. Kalau awal-awal lagi dah kata susah, memang akan jadi susah pun. Betul tak?", kata Kak Shu yang cuba memberi nasihat.

"Tapi saya tak mahulah Kak Shu, saya tak nak ambil risiko. Kalau saya ambil degree Kimia Gunaan, saya rasa saya lebih berkeyakinan untuk berjaya, berbanding kalau saya ambil degree Chemical Engineering. Saya rasa Kimia Gunaan tu lebih mudah berbanding dengan Chemical Engineering tu. Dengar perkataan "Engineering" tu memanglah rasa megah, tapi kalau pengakhiran dia tak semegah dengan nama degree tu, nanti Nabil akan rasa malu...", kataku yang bukan menolak penuh nasihat Kak Shu itu.

"Oklah, yang boleh buat keputusan ini hanya Nabil seorang sahaja. Kak Shu tak boleh buat apa-apa. Cuma Kak Shu nak berpesan yang jangan awal-awal lagi dah menganggap sesuatu tu susah kalau kita sendiri belum menghadapinya. Ingat tu Nabil, pesan Akak ni".

"Ok, saya akan ingat pesan Kak Shu ni sampai bila-bila. Terima kasih".

Semenjak itu, aku dah mula kurang berjumpa dengan Kak Shu, kalau berjumpa pun mesti ketika menaiki bas yang sama untuk pulang ke Arau. Sesekali, ada ketikanya kawan baik di kilang sudi untuk menghantarku pulang, lebih-lebih lagi jika hari itu hujan. Ada sekali tu, aku terserempak dengan Kak Shu dari jauh di tengah bandar Kangar. Dia seperti menerangkan sesuatu kepada seseorang, mungkin mengenai insurans yang ditawarkan oleh syarikatnya. Aku terus memerhati dengan penuh minat. Kelihatan dia bercerita dengan penuh minat, sambil mengeluarkan beberapa dokumen dari fail yang dibawanya. Ketika itu, aku berasa sebak kerana dia bersusah payah untuk mencari rezeki dan sanggup untuk meminjamkan duitnya kepadaku tidak lama dahulu.

Kadangkala, apabila aku sampai di stesen bas Kangar untuk balik ke Arau, mataku sesekali akan melilau dan cuba untuk mencari jika Kak Shu berada di situ. Ketika aku hampir menamatkan latihan praktikalku, aku bernasib baik kerana menaiki bas sekali lagi bersama-sama dengan Kak Shu. Dia memohon maaf kepadaku kerana keadaannya yang menjadi begitu sibuk semenjak kebelakangan itu, kerana itulah juga, aku tidak berjumpa dengannya di stesen bas tersebut. Di dalam perjalanan itu, dia menyatakan hasrat untuk mengambilku sebagai adik angkatnya. Aku berasa sangat gembira kerana selama ini aku tidak mempunyai seorang kakak angkat pun. Pabila aku telah menamatkan latihan praktikalku, pihak pengurusan kilang telah memberikanku satu cek yang meliputi elaun-elaun yang sepatutnya aku terima selama aku membuat praktikal di situ. Selepas cek itu ditunaikan di bankku beberapa hari kemudiannya, aku telah menelefon Kak Shu untuk memaklumkan yang aku ingin membayar balik duit pinjaman yang diberikan kepadaku. Tetapi Kak Shu menolak untuk menerimanya kembali, walaupun aku berkeras juga hendak membayarnya. Aku terkejut dan berasa sedikit kecewa dengan penolakkannya. Dia juga memberitahuku bahawa tugasnya kini menjadi semakin sibuk, adakalanya keadaan memerlukannya membuat kerja-kerja outstation, seperti pergi ke negeri Kedah dan ibupejabat di Kuala Lumpur.

Selepas dari itu, aku meneruskan pengajian bagi semester terakhir Diplomaku di UiTM Arau dan memandangkan aku duduk di dalam kampus ketika itu, peluang untuk aku berjumpa dengan Kak Shu memang tiada langsung. Cuma sesekali, aku akan menelefonnya dan bertanyakan khabar berita terbarunya. Apabila aku hampir untuk menduduki peperiksaan akhirku, Kak Shu berkata dia ingin berjumpa denganku. Selang beberapa hari kemudian, dia telah datang ke UiTM Arau dan memberi kata-kata semangat kepadaku bagi menempuhi peperiksaan yang bakal menjelma. Dia juga ingin melihatku menyambung pengajian di dalam kursus Kejuruteraan Kimia, yang mana aku tidak berani lagi berjanji kepadanya pada ketika itu. Dia juga berkata yang dia akan berpindah ke pulau Langkawi dan akan bekerja di sana dalam masa beberapa hari lagi. Dia juga berkata mungkin perjumpaan kali itu adalah perjumpaan yang terakhir buat aku dan dia. Bila aku mendengar sedemikian, aku berasa sayu di dalam hati. Aku mungkin tidak akan jumpa lagi dengan seorang yang telah banyak berjasa dan membantuku di waktu aku ditimpa kesusahan. Pesanan terakhir Kak Shu kepadaku adalah supaya aku belajar sebaik mungkin kerana dia tidak mahu aku menjadi seperti dia. Ayat itu terus ku genggam dan menjadi perangsang buatku selepas itu. Tidak lama kemudiannya, aku telah berjaya menamatkan pengajian Diplomaku dan paling penting sekali, aku telah berjaya diterima masuk untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di UiTM Shah Alam. Aku dah bertekad untuk memilih kursus ini kerana aku tidak mahu menjadi seorang yang cepat berputus asa.

Malangnya, berita gembira ini tidak dapat aku sampaikan sendiri kepada Kak Shu. Aku telah benar-benar kehilangan jejaknya pada ketika itu. Aku ada cuba menghubungi pejabat lamanya di Kangar, tetapi mereka berkata yang dia telah bertukar kerja dari pulau Langakawi dan mereka tak pasti dia bekerja di mana sekarang ini. Jadi, nukilanku ini ingin menyampaikan perasaan berterima kasihku kepada seseorang yang bernama Kak Shu yang pernah hadir di dalam hidupku sebelum ini. Diharapkan agar kalau Kak Shu atau sesiapa sahaja yang mengenali Kak Shu yang membaca nukilanku ini untuk menghubungi aku. Bantuan dan nasihat yang telah Kak Shu berikan tak mungkin akan terbalas olehku. Dikesempatan ini juga, aku ingin memohon maaf kepada Hasliza, rakan sepraktikalku di kilang simen tersebut, kerana kecuaianku, duit yang sepatutnya menjadi miliknya telah hilang.

Aku percaya semua yang telah berlaku ini ada hikmahnya dan Allahlah sebaik-baik perancang, Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Kepada sesiapa yang telah menjumpai sampul surat tersebut, aku telah menghalalkan dan memaafkannya, mungkin duit itu lebih kamu perlukan pada saat dan ketika itu. Kalau semua ini tidak berlaku, tidaklah aku akan mengenali Kak Shu suatu ketika dahulu. Ya Allah, aku sangat bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan olehMu kepadaku sehinggalah ke hari ini, moga aku menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara suatu hari kelak, Insya-Allah...

Wassalam...


Ikhlas,

Midhat Nabil Ahmad Salimi,
Final Year PhD. Student in Chemical Engineering,
School of Chemical Engineering,
University of Birmingham, United Kingdom.
17th of January 2011

............................................................................................................

Lihat ke arah sana,
Serakan warna dan berarakan...awan,
Pabila terik-panas,
Segera hadirnya memayungi.. diri.

Pabila kau dahaga,
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya,
Pabila kau katakan,
Akulah awan itu yang kau mahu.

Begitulah awan nano,
Setia melindungi diri,
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu.

Begitulah awan nano,
Sering saja tak terduga hadir,
Dan tak akan tercapai... jejarimu.

Kasehnya,
Kaseh tiada banding setia tiada tara,
Bagaimanapun jua.

Awan kekaseh sebenarmu sayang,
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo

Lihat diriku ini,
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan,
Sehingga tak mungkin terlupa,
berikan belas sedari... dulu.

Sehingga tak mungkin termampu saksi,
Setitispun air matamu...kasehku,
Sehingga kau katakan,
Akulah awan itu yang kau rindu.

Akulah awanmu yang sedia,
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu.

Akulah awanmu yang sering kau rindu,
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu.

Kasehku,
Kaseh tiada banding setia tiada tara,
Bagaimanapun jua.

Aku pelindung dirimu sayang.
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo

Begitulah awan nano,
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu.

Begitulah awan nano,
Sering saja tak terduga hadir,
Dan tak akan tercapai.. jejarimu.

Kasehku,
Kasih tiada banding setia tiada tara,
Bagaimanapun jua.

Aku pelindung dirimu sayang,
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...woooo-woo..

Lirik Lagu Awan Nano - Hafiz AF7
Sumber: Link