Monday, 22 December 2008

My standing ovation is for you guys.....

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan cemerlang bagi majlis Have A Heart Project yang julung2 kali diadakan oleh penduduk Kampung Seri 360 ini. Walaupun ini merupakan projek sulung bagi kita semua, namun dengan persiapan yang begitu rapi, ianya seolah2 satu projek yang sudah lama kita kendalikan. Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat membantu secara langsung, hanya menjadi seorang pemerhati dari jauh, namun rasa bangga itu tidak pernah jemu tatkala melihat kejayaan ini. Tahniah buat Mem yang kini berada di Dubai, kerana mencetuskan idea ini, Mek, CK & Cik Nad yang menjadi nadi kepada acara ini dan kepada kesemua yang lain, samada terlibat secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Tahniah sekali lagi.

Tuesday, 16 December 2008

The Day The Earth Stood Still.....



Masih saya ingat lagi peristiwa yang berlaku pada 26 haribulan Disember 2004. Pada hari tersebut, saya berada di Tanjung Bungah, Pulau Pinang untuk menghadiri satu kursus seminar yang dianjurkan oleh tempat saya bekerja. Sebagai penyelaras bagi penginapan dan tempat seminar, saya telah pergi ke Pulau Pinang sehari lebih awal, iaitu pada 25 haribulan Disember 2004 (Sabtu). Saya bersama seorang lagi rakan sekerja telah bertolak ke Pulau Pinang dari Perlis dengan menaiki kenderaan sendiri selepas waktu Zohor. Ketika menghampiri Jambatan Pulau Pinang, keadaan adalah begitu sesak sekali dengan beratus-ratus kenderaan yang ingin memasuki bahagian pulau. Mungkin ramai yang ingin mengambil kesempatan sempena dengan cuti yang panjang untuk beriadah di Pulau Pinang. Saya telah menghabiskan masa selama lebih sejam untuk melalui Jambatan Pulau Pinang pada hari tersebut. Selepas Asar, kami telah mendaftarkan diri di Tanjung Bungah Beach Hotel. Lokasi ini dipilih memandangkan kosnya yang agak berpatutan disamping terdapat persisiran pantai di hadapan hotel tersebut. Rombongan rakan-rakan sekerja yang lain (lebih kurang 30 orang) telah sampai pada waktu malam dengan menaiki sebuah bas khas.

Pada keesokkan harinya, kursus seminar ini telah bermula selepas kami semua bersarapan pagi. Cuaca pagi itu sungguh baik sekali. Dari luar bilik seminar kami, dapat kami lihat pemandangan pantai dan air laut yang begitu indah sekali. Sekitar jam 9.00 pagi, salah seorang rakan saya yang tidak dapat menghadiri seminar ini kerana kurang sihat, dan berada di bilik hotelnya, telah menelefon saya dan bertanyakan samada saya merasai satu gegaran. Dia kata bahawa dia telah merasai satu gegaran kuat di dalam biliknya, tetapi saya kata kami semua di dalam bilik seminar tersebut tidak merasai apa2, mungkin disebabkan oleh bilik seminar yang agak besar dan ucapan dari penceramah yang menggunakan pembesar suara, telah membuatkan kami tidak merasai apa2 gegaran langsung. Kursus seminar ini kemudiannya telah tamat pada pukul 11.30 tengahari, ketika itu ada cadangan dari rakan-rakan yang lain agar mengadakan acara sukaneka di pantai. Tetapi memandangkan cuaca yang agak terik ketika itu, ketua program mengatakan adalah lebih baik untuk kami menikmati makan tengahari dan terus balik semula ke Perlis (waktu mendaftar keluar adalah pada pukul 12.30 tengahari). Memandangkan saya sebagai penyelaras penginapan, saya dan seorang lagi rakan adalah orang yang terakhir dari rombongan kami untuk mendaftar keluar. Selepas sudah menunaikan solat Zohor di hotel tersebut, kami telah pergi ke bahagian pendaftaran bagi memulangkan kesemua kunci-kunci bilik dan membuat pembayaran. Ketika melakukan proses ini, kami dikejutkan dengan jeritan orang yang berada di bahagian luar hotel dengan mangatakan bahawa ombak-ombak kuat telah datang dan menghala ke arah hotel tersebut (waktu tersebut lebih kurang 1.45 tengahari). Jarak hotel tersebut dari gigi pantai adalah sejauh 100 meter, tetapi ombak-ombak tersebut telah mengenai bahagian hotel, dan warna ombak tersebut adalah begitu keruh sekali. Ketika itu, saya dapat melihat dengan jelas dua orang nelayan yang terkapai-kapai, setelah sampan kecil mereka telah terbalik dipukul oleh ombak-ombak tersebut.

Setelah menyelesaikan segala urusan pembayaran tersebut, kami telah keluar dari hotel dengan kadar segera. Dari jauh kami dapat lihat bahawa keadaan adalah begitu kelam kabut sekali. Keadaan di jalan adalah begitu sesak sekali, ketika melalui kawasan Tanjong Tokong, kami bercadang untuk berhenti dan melihat dengan mata sendiri akan kesan kemusnahan yang telah dilakukan oleh ombak-ombak tersebut. Gambar-gambar tersebut menceritakan peristiwa yang berlaku pada hari kejadian:


Gambar Tsunami pertama yang berjaya kami ambil (pukul 2.15 petang)


Keadaan jalan pada ketika itu.


Orang ramai yang meninjau tempat kejadian.


Beberapa buah sampan yang berada di tengah-tengah jalan.


Saya di hadapan sebuah sampan di tengah jalan.


Ketika ini, kelihatan ombak-ombak sedang melanda semula.


Sederet gerai di tepi jalan yang musnah sama sekali.


Jalan utama di Tanjong Tokong pada hari kejadian.


Orangramai yang terpinga-pinga dengan apa yang telah berlaku.


Kesan kemusnahan disepanjang jalan tersebut.


Orangramai yang cuba membersihkan kembali jalan tersebut.


Pemandangan jalan dan persisiran pantai.


Orangramai tengah membantu mangsa-mangsa yang terlibat.


Sebuah kedai yang musnah.


Sebuah kenderaan yang turut musnah.


Keadaan beberapa buah rumah di situ.


Rumah yang ranap sama sekali.


Kesan kemusnahan yang besar dalam sekelip mata.


Sebuah ambulans yang tiba di tempat kejadian.


Orangramai sedang menyelamatkan diri.


Orang yang semakin ramai di tempat kejadian.


Bergambar bagi kali terakhir sebelum meneruskan kembali perjalanan ke Perlis.


Ketika selamat keluar dari kawasan Tanjong Tokong (yang ni kat Gurney Drive).

p/s: Al-Fatihah kepada mereka yang telah terkorban ketika bala bencana ini, semoga roh-roh mereka akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin. Semoga peristiwa ini juga menjadi iktibar bagi mereka yang masih hidup. Wallahualam.....


Friday, 12 December 2008

Life's reality.....


"Sometimes, the things that seemed so near, yet they seemed so far to be reached".....


Wednesday, 10 December 2008

Thursday, 4 December 2008

Been tagged!


7 Fakta tentang anda

1. Nama penuh: Midhat Nabil bin Ahmad Salimi, nama Midhat Nabil ni diberikan oleh seorang kenalan ayah. X sure maksud sebenar nama Midhat tu, mysterious gitu...

2. Lahir di Kuala Lumpur, tapi membesar di Kajang, Selangor. Ayah orang Kelantan, tapi mak orang Penang. Pernah keje kat Perlis, tapi skrg ni menetap dan belajar di UK.


3. Ada 7 orang adik-beradik semua, anak yg kedua, lelaki yg paling sulung.


4. Tahun ni dah 30 tahun (dah lama hidup rupanya) .

5. Suka sgt makan Laksa Penang, kalau makan tiap2 hari pun takder masalah.


6. Dulu sgt pemalu ngan pompuan, pernah sekali mak suruh beli barang kat kedai, pastu tgk cam ramai jer budak2 pompuan kat situ, terus balik rumah dan cakap kat mak barang yg dia suruh beli tu dah habis dah (skrg ni dah ok, kot.....)

7. Pernah masuk hospital sebab tangan melecur terkena air panas dari cerek air kat dapur (masa umur 6 tahun).



7 Nama pangilan anda


1. Nabil (nama rasmi)

2. Bil (kawan2 rapat)


3. Marvel (masa kat Kajang High School dulu)


4. Kancil (masa kat UiTM Shah Alam dulu)


5. Nabz (member2 hip hop)


6. Milo


7 perkara yang berharga


1. My parents

2. My siblings


3. My cat (Papan, jaga dia since dia ni kecik, skrg ni masih hidup lagi walaupun dah tua bangka)


4. My friends (yes, including u who are reading this)


5. My brain


6. Masa (sesuatu yg takkan datang kembali)

7. Kenangan2 indah yg lalu



7 perkara yg menakutkan anda di dunia ni


1. Hidup yg tak diberkati oleh Allah S.W.T.

2. Mati tanpa sempat bertaubat (mati tiba2)
.

3. Biler naik kapalterbang dan kapalterbang tu terhempas.

4. Kalau terlibat dalam accident yg ngeri.

5. Mendaki bukit dan terjatuh, terus mati.

6. Dibaham buaya ataupun ular sawa.


7. Hidup tanpa org2 yg tersayang di sekeliling.



7 Lagu yang punya kenangan @ memberi kesan mendalam pada anda


1. Roxette - Vulnerable (lagu kenangan masa first time bercinta dulu).

2. Guns N Roses - November Rain (Slash punyer guitar solo dalam lagu tu mmg world class).

3. Saujana - Keluarga Bahagia (pasal lagu nilah mula suka dgr lagu2 nasyid).

4. Eminem - Lose Yourself (lagu hip hop yg terbaik bagi sy, cayalah!).

5. Black Dog Bone - Cahaya di Aidilfitri (lagu sedih setiap kali menjelang Hari Raya, sbb mungkin suatu hari nanti akan mengalami suasana ni).

6. Prodigy - Breathe (lagu rasmi biler study dulu, lagu nilah yg kasi semangat setiap kali rasa malas nak study, sampai skrg ni masih dgr lagi lagu ni, terima kasih Prodigy!).

7. Coldplay - The Scientist (mmg minat giler ngan kumpulan ni, baru jer tgk konsert diaorg kat sini dua hari yg lepas).


7 Ayat yg kerap disebut oleh anda


1. "susah2 ajer....."

2. "ye ker?....."


3. "oh....."


4. "ehem ehem....."


5. "wow!....."


6. "la la la....."


7. "orang lain kot....."


7 Perkara yg Buat anda berkecil hati


1. Biler byk keje kena buat dalam suatu masa yg singkat.

2. Kena marah tanpa sebab.


3. Orang yg tak hargai apa yg kita dah buat.


4. Tak dapat memenuhi apa yg dihajati.


5. Biler tgk org dalam kesusahan, tapi org yg sepatutnya boleh membantu, tapi dia tak membantu.


6.
Orang yg seksa binatang.

7. Orang yg tak faham2.



7 cara memujuk anda


1. Belanjer jer makan Laksa Penang, guarantee akan ok balik (itu jer caranya, takder yg lain).


7 perkara pertama anda


1. First time kena tampar ngan cikgu masa darjah 5, sebab tak bawak recorder (seruling) untuk kelas muzik. Ada jumpa balik cikgu tu 6 tahun lepas kat pasar malam, dan cerita pasal peristiwa tu sambil mintak maaf, rupa2nya dia dah tak ingat lagi.

2. First time gaduh masa darjah 6, sebab kalah main guli, tapi kawan tu main tipu. First time gaduh ramai2 masa Form 3, geng Melayu lawan geng India.


3. First time jatuh cinta masa berumur 24 tahun, ngan classmate masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu. Ex tu skrg ni bekerja di Ipoh, Perak.


4. First time accident kereta pada tahun 2001 kat Bandar Baru Bangi, sebab bawak laju. Masa tu pinjam kereta ayah, dan lepas tu ayah tak kasi bawak kereta selama setahun (accident ni first and last).

5. First time ke luar negara masa berumur 9 tahun (ikut ayah sambung belajar di US selama 2 tahun).

6. First time kena pau (ragut) kat Stesen LRT Central Market (tahun 2002), kawasan sekitar tu mmg bahaya, cilake punyer mamat gian tu, tak sempat nak kejar.

7. First time beli Handphone, masa study Diploma kat UiTM Perlis. Duit pinjaman PTPTN tu bukannyer buat beli buku pun.


p/s: gambar kat atas tu diambil masa duduk kat university accommodation suatu masa dahulu dan tengah berkemas sebab nak pindah (dah habis tempoh tinggal), penat giler masa tu.....