Friday, 29 October 2010

European Bioenergy Expo and Conference (EBEC) 2010

Bersama papan tanda ke arah conference tu.

Pemandangan di luar dewan conference tersebut.
 Dah memasuki musim luruh, dedaun mula berguguran...
Banner conference terbabit. Hadirkan diri sebab supervisor x dapat datang, dia outstation pulak. 
Tapi oklah, tiket masuk dia bayarkan.
 Dekat kaunter e-ticket.
 Pas masuk.
 Sebelum masuk dewan.
 Di dalam dewan, di ruangan discussion.
 Antara booth2 yang ada.
 Sebuah mesin untuk menukarkan sisa2 buangan berasaskan kayu ke sumber tenaga yang baru (biogas).
 Lagi mesin2 converter untuk pelbagai waste treatment.

Paling best dalam expo, boleh dapat banyak goodies, masa ni muka dah mula mengantuk...

Poster yang menjelaskan serba ringkas mengenai pengunaan bioenergy.

Satu quotation dari Pakcik Charles Darwin. Aku x suka pakcik ni...

Company Chesterfield, satu company yang otai dalam teknologi biogas.

Biogas reactor columns.
 Booth diaorg ni yang paling cool sekali.

Sebuah kereta yang menggunakan biofuel.

Sebuah kereta lain yang menggunakan sisa buangan makanan untuk menggerakan kereta tersebut (biomass).

Masa untuk balik. Bersama dengan kereta second hand yang baru dibeli beberapa bulan yang lepas. Beli kereta ni hasil duit simpanan bekerja sebagai part-time cleaner di sini selama hampir 4 tahun. Ditambah pula dengan duit dari jualan kereta yang terdahulu dan sedikit duit dari elaun pengajian yang diterima sepanjang pengajian di sini. Walaupun aku bekerja cuma 3 jam sehari untuk 5 hari seminggu, tapi bayaran yang diterima hampir RM2,000 sebulan kalau convert ke currency Malaysia (belum tambah dengan bonus lagi). Sebab tu ramai rakyat Malaysia yang gemar untuk bekerja di sini (bayangkanlah gaji kalau bekerja sebagai seorang doktor atau engineer kat sini, mesti loaded punyer). Lepas nie kena fikir pasal custom tax pulak untuk bawak kereta ni masuk ke Malaysia...

Dengan no. plat UK. Nombor di plat tu (52) membawa maksud kereta tersebut didaftarkan dalam tempoh di antara September 2002 hingga Februari 2003.

Dengan custom made built in HP computer plus 7" touch screen monitor.

Antara lagu2 mp3 yang ada dalam simpanan.

Ada built in bluetooth handsfree sekali.

Warna Gunmetal Grey.
Dipintas di lebuhraya oleh versi yang terbaru, 370Z.

Cantiknyer.

p/s: Kalau kita hendakkan sesuatu benda, boleh berusaha sendiri, tidak perlu untuk ambil jalan ringkas. 4 tahun bukan lama sangatkan? Tapi apa2 pun, bersyukurlah dengan apa yang kita ada buat masa ini, mungkin kita akan mendapat yang lebih baik di masa hadapan, wallahualam.....


Friday, 22 October 2010

Thursday, 21 October 2010

What's wrong with you guys???

Two Malaysian Gays Claimed Refugee Status In UK

Two Malaysian gays have been granted aslyum in the UK early August 2010. They are  30 year-old Seow Shih Yung, from Penang and  25 year-old Wong Yu Xiu, from Petaling Jaya. UK had granted the status to these two Chinese Malaysia men based on their fear of persecution on grounds of their sexual orientation.


As most Malaysian gays know that under Section 377 of the Malaysian Penal Code, in an offence classified as "carnal intercourse against the order of nature", a convicted person may be punished with imprisonment of up to 20 years and also liable to fine or whipping.

According to their lawyer, both were in a homosexual relationship while in Malaysia, and moved to the UK because they feared that they were not able to practise homosexual relationship openly in Malaysia.

  
p/s: Being gays are totally wrong. Aren't both of you were born as men? Then be it!

Wednesday, 20 October 2010

PHD Comics

Salam semua,

Aku sangat suka membaca komik2 ni, yang berkaitan dengan pengajian PhD seseorang. Frankly speaking, kebanyakkan dari komik2nya memang menggambarkan keadaan sebenar ketika seseorang melalui fasa yang mencabar ini. Selain itu, ia dapat menghiburkan hati di kala 'tensi' datang menyerang. Chayook2, kena berusaha dengan lebih kuat lagi! Gambate!!






The Humorous Link: PHD Comics


Friday, 8 October 2010

Collateral Murder - Killings of 2 Reuters journalists

Salam,

Laman web WikiLeaks membongkar rahsia2 kerajaan dari seluruh dunia yang tidak ingin disalurkan kepada pengetahuan umum. Salah satu dokumen yang mendapat liputan meluas adalah 'Collateral Murder' - pembunuhan 2 wartawan Reuters dan beberapa orang awam di Iraq pada 12 Julai 2007 oleh dua buah helikopter Apache milik tentera Amerika Syarikat. Video pembunuhan wartawan ini disalurkan kepada pihak WikiLeaks oleh seorang tentera AS yang bertugas di Iraq, dan dia kini dipenjarakan di atas penyaluran dokumen tersebut. 


 Link bagi WikiLeaks: WikiLeaks



Video tersebut dilampirkan di bawah:


Tuesday, 5 October 2010

Uncyclopedia

Salam semua,

Masih makan satay dan minum air sirap lagi? Kalau yer, teruskan dengan aktiviti tersebut. Korang semua mesti dah biasa guna Wikipedia untuk cari apa2 maklumat kan? Dia dah jadi cam first reference jer bagi kebanyakkan orang, selain dari guna search engine seperti Google atau Yahoo. Maklumat2 yg terdapat di Wikipedia dipantau akan standardnya oleh pengendali website tersebut. Tapi tahukah anda terdapat satu 'spoof' website yg seakan2 menyerupai website Wikipedia? Mungkin ada yg dah tahu, kalau belum, website tersebut adalah Uncyclopedia. Seperti website Wikipedia, yg maner sesaper sahaja boleh membuat entry di sana, tetapi mutu dan ketepatan fakta dikawal rapi, tetapi bagi website Uncylopedia, dia lebih kepada lawak jenaka bagi perkara yg sama yg terdapat di website Wikipedia (dah terbelit2 lidah aku ni). First of all, cuba korang tgk logo bagi kedua2 website ni:





Logo Wikipedia


Logo Uncyclopedia


Kita tgk perbezaan di antara default homepage bagi kedua2 website tersebut:


Homepage Wikipedia


Homepage Uncyclopedia


Nampak lebih kurang sama kan? Tetapi yg tak bestnyer pasal Uncyclopedia ni, walaupun dia hanya untuk lawak semata2, tetapi ader juga entry2 yang dilawakkan yg tak sepatutnya dilawakkan. Contohnya seperti entri2 mengenai agama Islam, Nabi Muhammad, negara Malaysia dan byk lagi. Cuba korang tgk perbezaan yg sgt ketara di antara entri2 yg sama tajuk tetapi di dua website yg berlainan:



Wikipedia - Islam


 Uncyclopedia - Islam


Wikipedia - Prophet Muhammad


Uncyclopedia - Prophet Muhammad


Wikipedia - Malaysia


Uncyclopedia - Malaysia


Aku rasa orang yg membuat entri2 kat Uncyclopedia ni mesti dah takder keje lain ataupun yg dah kena reject dari menulis entri2 kat Wikipedia. Apa2 pun harap korang jangan ambil peduli sgt kat website Uncyclopedia ni, yg ori, Wikipedia kan ader? Kalau korang tak explore lagi Uncyclopedia, boleh explore melalui link ni:



Monday, 4 October 2010

The King of Fighters


Suatu ketika dahulu, aku adalah seorang kaki video game yang tegar, nasib baik xder pusat pemulihan untuk orang tegar camni. Ketika masih di sekolah rendah lagi aku kagum dengan permainan video game, masa aku berumur 12 tahun tu aku dah mula bermain video game Super Mario melalui sistem Nintendo NES. Itupun masa tu bermain kat pasaraya The Greatwall kat bandar Kajang (pasaraya tu dah lama tutup dah), bermain secara bayar ikut jam, selalu sejam atau 2 jam. Dah tak ingat berapa kadar bayaran masa tu, rasanya mungkin dalam RM3 sejam kot. Lepas pasaraya The Greatwall tu ditutup, tak lama lepas tu dibuka pulak satu pusat video game yang proper, yang mana kesemua video gamenya adalah stail arked, yg kena masukkan duit syiling untuk bermain. Pusat tu dulu menjadi tumpuan budak2 sekolah untuk melepak, ada jugak yang ponteng sekolah kat situ. Kebanyakkan penggunjungnya adalah budak2 sekolah dari Kajang High School, termasuklah aku sebab sekolah tu terletak berhampiran. Masih aku ingat lagi, masa tingkatan 3 dulu, aku mula pergi ke kelas tusiyen, kononnya untuk memantapkan lagi prestasi PMRku. Masa tu kelas tusiyen bermula pada jam 2 hingga 5 petang pada setiap hari Sabtu. So, kadang2 tu  aku keluar ke bandar dengan lebih awal sedikit, sebelum tuisyen start biasanya akan singgah kat situ dulu. Kadang2 biler leka bermain tu dah tak sedar dah pukul 2 lebih, so terpaksalah ponteng kelas tusiyen untuk hari tersebut. Pusat game tu kalau cuti sekolah mmg penuh sgt dengan orang, orang yang menghisap rokok pun ramai, kalau balik rumah, baju mesti berbau rokok walaupun aku tidak merokok. Bertambah meriah lagi sbb ader mesin judi kuda dan meja2 snooker, time tu mmg kira 'heaven'lah tempat tu. 

Ok, berbalik semula kepada tajuk di atas, King of Fighters adalah salah satu video game yang membesar bersamaku. Aku mmg minat sangat dgn video game berkategori fighting, tatau naper, tapi cam best jer biler dapat kalahkan opponents dengan menggunakan special moves. Sebelum berkecimpung dengan game ni, game 'Street Fighter' terkenal terlebih dahulu. Masa mula2 main 'Street Fighter' tu kira hooked jugaklah. Kalau kat sekolah, kehebatan bermain game ni akan sentiasa menjadi topik perbualan. Antara karakter2 'Street Fighter' yg selalu menjadi pilihan adalah Ryu, Ken & Guile. Tak lama pada tu, dalam tahun 1994, keluar pulak video game 'King of Fighters '94'. Formatnyer adalah sedikit berbeza jika dibandingkan dengan  game 'Street Fighter'. Setiap pemain diberi pilihan 3 karakter untuk berentap dengan 3 karakter yg lain, so formatnya dikira 3 on 3. Team yg paling best time tu bagi aku adalah team 'Art of Fighting' yg terdiri dari Ryo Sakazaki, Robert Garcia dan Takuma Sakazaki. Since tahun 1995, game ni dah boleh pilih 3 karakter yg kita suka, tak kira dari mana2 team pun. Masih ingat lagi yg versi tahun 95 ni mmg grafik dan mutu permainan sgt menarik berbanding dgn tahun sebelumnyer. Versi game ni yg paling latest adalah 'King of Fighters XIII',  dikeluarkan pada tahun ni. Sejak tahun 2004 game ni dah tak guna simbol tahun pada tajuk game tu, tapi dinyatakan bilangan versi. My all time character is definitely Iori Yagami. Dia punyer combo moves mmg terbaiklah!




Tujuan sebenar aku menulis entry ni sbb dapat info yg full movie version of this game akan keluar tak lama lagi. Biler tgk promo trailer, aku rasa amat kecewa dengan filem tersebut. Bayangkanlah biler membesar bersama2 dengan permainan video ni, tapi biler filem tak sama dengan karakter yg ada dan perjalanan cerita  yg berbeza dgn apa yg ada di dalam game tersebut, mmg frustrated sgt.2 Tak percaya? Cuba tgk trailer filem tersebut kat bawah ni:


Sumpah aku takkan tgk filem ni. Rasanya pengarah ni jugak yg mengarahkan filem Dragon Ball Evolution, which failed misreably.

p/s: Ader saper2 yg lain minat ngan game ni jugak tak?