Monday, 4 October 2010

The King of Fighters


Suatu ketika dahulu, aku adalah seorang kaki video game yang tegar, nasib baik xder pusat pemulihan untuk orang tegar camni. Ketika masih di sekolah rendah lagi aku kagum dengan permainan video game, masa aku berumur 12 tahun tu aku dah mula bermain video game Super Mario melalui sistem Nintendo NES. Itupun masa tu bermain kat pasaraya The Greatwall kat bandar Kajang (pasaraya tu dah lama tutup dah), bermain secara bayar ikut jam, selalu sejam atau 2 jam. Dah tak ingat berapa kadar bayaran masa tu, rasanya mungkin dalam RM3 sejam kot. Lepas pasaraya The Greatwall tu ditutup, tak lama lepas tu dibuka pulak satu pusat video game yang proper, yang mana kesemua video gamenya adalah stail arked, yg kena masukkan duit syiling untuk bermain. Pusat tu dulu menjadi tumpuan budak2 sekolah untuk melepak, ada jugak yang ponteng sekolah kat situ. Kebanyakkan penggunjungnya adalah budak2 sekolah dari Kajang High School, termasuklah aku sebab sekolah tu terletak berhampiran. Masih aku ingat lagi, masa tingkatan 3 dulu, aku mula pergi ke kelas tusiyen, kononnya untuk memantapkan lagi prestasi PMRku. Masa tu kelas tusiyen bermula pada jam 2 hingga 5 petang pada setiap hari Sabtu. So, kadang2 tu  aku keluar ke bandar dengan lebih awal sedikit, sebelum tuisyen start biasanya akan singgah kat situ dulu. Kadang2 biler leka bermain tu dah tak sedar dah pukul 2 lebih, so terpaksalah ponteng kelas tusiyen untuk hari tersebut. Pusat game tu kalau cuti sekolah mmg penuh sgt dengan orang, orang yang menghisap rokok pun ramai, kalau balik rumah, baju mesti berbau rokok walaupun aku tidak merokok. Bertambah meriah lagi sbb ader mesin judi kuda dan meja2 snooker, time tu mmg kira 'heaven'lah tempat tu. 

Ok, berbalik semula kepada tajuk di atas, King of Fighters adalah salah satu video game yang membesar bersamaku. Aku mmg minat sangat dgn video game berkategori fighting, tatau naper, tapi cam best jer biler dapat kalahkan opponents dengan menggunakan special moves. Sebelum berkecimpung dengan game ni, game 'Street Fighter' terkenal terlebih dahulu. Masa mula2 main 'Street Fighter' tu kira hooked jugaklah. Kalau kat sekolah, kehebatan bermain game ni akan sentiasa menjadi topik perbualan. Antara karakter2 'Street Fighter' yg selalu menjadi pilihan adalah Ryu, Ken & Guile. Tak lama pada tu, dalam tahun 1994, keluar pulak video game 'King of Fighters '94'. Formatnyer adalah sedikit berbeza jika dibandingkan dengan  game 'Street Fighter'. Setiap pemain diberi pilihan 3 karakter untuk berentap dengan 3 karakter yg lain, so formatnya dikira 3 on 3. Team yg paling best time tu bagi aku adalah team 'Art of Fighting' yg terdiri dari Ryo Sakazaki, Robert Garcia dan Takuma Sakazaki. Since tahun 1995, game ni dah boleh pilih 3 karakter yg kita suka, tak kira dari mana2 team pun. Masih ingat lagi yg versi tahun 95 ni mmg grafik dan mutu permainan sgt menarik berbanding dgn tahun sebelumnyer. Versi game ni yg paling latest adalah 'King of Fighters XIII',  dikeluarkan pada tahun ni. Sejak tahun 2004 game ni dah tak guna simbol tahun pada tajuk game tu, tapi dinyatakan bilangan versi. My all time character is definitely Iori Yagami. Dia punyer combo moves mmg terbaiklah!




Tujuan sebenar aku menulis entry ni sbb dapat info yg full movie version of this game akan keluar tak lama lagi. Biler tgk promo trailer, aku rasa amat kecewa dengan filem tersebut. Bayangkanlah biler membesar bersama2 dengan permainan video ni, tapi biler filem tak sama dengan karakter yg ada dan perjalanan cerita  yg berbeza dgn apa yg ada di dalam game tersebut, mmg frustrated sgt.2 Tak percaya? Cuba tgk trailer filem tersebut kat bawah ni:


Sumpah aku takkan tgk filem ni. Rasanya pengarah ni jugak yg mengarahkan filem Dragon Ball Evolution, which failed misreably.

p/s: Ader saper2 yg lain minat ngan game ni jugak tak?











1 comment:

Mrs Jaja said...

aritu tgk cite legend of chun li kat HBO...:p