Wednesday 31 August 2011

Perutusan Raya.....

Salam semua,

Sebenarnya dah 2 minggu dah saya balik ke Malaysia, tetapi semenjak dua minggu tu jugaklah saya busy dengan macam2. Oleh itu, dikesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & Batin buat semua yang mengenali diri saya. Semoga Raya bagi kita semua lebih meriah untuk tahun ni, Insya-Allah.....



Image credit: Nizam83.wordpress.com

p/s: Nanti saya akan mengadakan majlis rumah terbuka di rumah parents saya, akan saya maklumkan kemudian (mungkin hujung minggu, minggu ketiga atau keempat bulan Syawal). Harap dapat berjumpa dengan semua rakan-rakan nanti.....


Thursday 14 April 2011

This is totally hilarious.....



Btw, this was taken from a fucking Jews' comedy show. Yeah, fuck you Jews!

Tuesday 22 March 2011

Keje part-time...

Kat UK ni, barulah first time aku makan kat kedai Subway. Dulu kalau kat Malaysia tak pernah lak perasan akan kedai ni, kalau terperasan pun, agak janggal bagi aku untuk makan roti pada waktu makan tengahari atau makan malam. 2 hari lepas, aku bercadang untuk makan tengahari di Subway. Alhamdullilah, di bandar Birmingham ni terdapat banyak kedai2 Subway yang Halal. Kalau aku makan kat situ, biasanya akan order menu yang sama ajer, 'a foot long Italian Herbs & Cheese with Meatballs Marinara, sampaikan orang yang keje kat situ dah tahu aper aku nak order. Hari tu biler aku nak pergi makan kat sana, ada seorang lelaki yang masuk ke dalam dahulu sebelum aku. Nampak dia perhatikan menu2 yang ader, tetapi kemudiannya dia hanya order secawan teh panas. Agak pelik bagi aku kalau orang pergi ke sana semata2 nak membeli secawan teh panas. Dia boleh jer beli kat cafe tepi jalan kalau nak.

"Are you the manager here?", tanya dia kepada orang yang bertugas di kaunter.

"No, the manager has just left a while ago. May I know why?", tanya pekerja kaunter tu.

"Is there any vacancy here?", tanya lelaki itu lagi.

"None at the moment. But, if you leave your CV here, I'll forward it to the manager, maybe he can take it from there", jawab pekerja kaunter itu.

"Great! I'll come back the first thing in the morning tomorrow with my CV. Cheers!", jawabnya dengan gembira sambil mencatatkan sesuatu ke dalam buku nota kecilnya.

"Yes, What would you like to order? Meatballs?", tanya pekerja kaunter tu kepadaku.

"Yes, please... You got that right", kataku sambil tersenyum.

Sambil makan roti tu, aku teringat kembali akan lelaki tadi. Mungkin dia betul2 tengah desperate untuk mencari keje. Mungkin juga sebelum tu dia dah bertanyakan di banyak tempat. Wallahualam. Beberapa hari sebelum tu, aku ada terlihat di warta berita yang mengatakan kadar unemployment di UK kini adalah di paras yang tertinggi sejak 17 tahun yang lalu. Alhamdullilah, aku masih lagi bekerja sebagai part-time cleaner di universiti aku, dapatlah aku gunakan duit tu untuk pergi melancong atau membeli barang yang lebih mahal yang aku ingini.

Biler berceriter pasal keje part-time ni, dah banyak keje part-time yang aku buat suatu masa dahulu. Lepas aku habis duduki peperiksaan SPM, aku dan rakan sebelah rumah aku telah bekerja sebagai waiter di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Aku dan rakanku itu bekerja di bahagian banquet dan biasanya kami akan bekerja apabila ada function seperti wedding atau makan malam tahunan sesuatu organisasi. Kalau bekerja tu, akan mengambil masa dari waktu tengahari (untuk menyediakan tempat berlangsung  seperti susun meja, utensil, preparation untuk dewan, dsb) sehinggalah selesai majlis itu yang boleh menganjak ke pukul 1, atau 2 pagi. Lepas habis berkemas tu, kadang2 pukul 3 atau 4 pagi baru aku akan sampai di rumah. Kalau aku keje full untuk seminggu, hanya hujung minggu jer aku dapat berjumpa dengan ayahku, sebab dia akan keluar bekerja selepas subuh dan balik pada waktu malam. Aku hanya dapat bertahan selama sebulan ajer untuk keje kat hotel tu, rasa cam tak larat nak carry on. Member aku tu masih teruskan bekerja di situ lagi.

Kemudian, pada satu hari, aku telah berjumpa dengan seorang rakan sekolahku di bandar Kajang. Setelah berborak seketika, dia mengatakan yang dia tengah bekerja sebagai seorang part-time operator pengeluaran di kilang Denso yang terletak di Bangi. Dia mengajak aku untuk bekerja sekali dengan dia, yang akhirnya aku bersetuju. Aku dapati, kebanyakkan operator pengeluaran di kilang tersebut adalah terdiri dari Mat2 Bangla, so suka atau tak suka terpaksalah aku campur sekali dengan diaorang, especially biler balik keje tu, yang mana aku akan naik bas ramai2 ngan diaorang tu untuk ke bandar Kajang.  Kat dalam bas tu, driver siap pasang lagu Hindi kuat2, siap diaorg ikut nyanyi sekali. Kat situ aku hanya keje untuk 2 bulan sahaja, sebab masa tu aku dapat tahu yang farmasi Guardian akan dibuka di Plaza Metro Kajang dan ada iklannya yang sedang mencari pekerja.

So, aku telah menghadiri temuduga sebagai seorang pembantu jualan, dan on the spot mereka telah menerima aku untuk bekerja. Ketika itu, aku berminat sangat untuk bekerja dengan Guardian kerana aku rasa dapat menambahkan pengetahuan mengenai ubat2an yang aku memang minat sejak dari kecil. Sebelum Guardian di Plaza Metro Kajang dibuka, semua stok barangannya terletak di warehouse di Jalan Chow Sow Lin, Cheras. Jadi, tiap2 hari aku dan seorang lagi staf akan menumpang kereta ahli farmasi, Dr. Sharifah untuk pergi ke sana dan membuat stock-take. Hampir 2 minggu jugak kitaorg buat stock-take sebelum semua stock tersebut dibawa ke Plaza Metro Kajang dan akhirnya farmasi Guardian di buka di situ. Ketika aku bekerja lebih 2 bulan di situ, aku disapa oleh seorang lelaki ketika dia membuat bayaran. Dia memperkenalkan dirinya sebagai pemilik sebuah kedai roti dan kek yang terletak tidak jauh dari farmasi aku bekerja. Dia kata dia ingin untuk mengambil aku bekerja di kedainya dan akan memberikan gaji yang lebih tinggi berbanding dengan apa yang aku dapat sekarang ni. Aku katakan tidak dapat memberikan jawapan pada ketika itu juga, jadi aku menjawab akan difikirkan dahulu tentang itu dan akan memaklumkan padanya sehari dua lepas itu. Keesokan harinya, aku telah pergi ke kedai lelaki berkenaan dan mengatakan aku terpaksa menolak pelawaan kerjanya. Aku katakan yang aku sudah seronok bekerja di sana, dengan  terdapat ramai staf lain yang baik hati termasuklah Dr. Sharifah. Tapi sebenarnya, pengetahuan yang aku dapat selama bekerja di situ adalah lebih aku utamakan berbanding dengan gaji yang lebih tinggi itu. Aku boleh jer nak cari kerja yang menawarkan gaji yang lebih tinggi sedikit, tetapi pengalaman bekerja di tempat yang dapat menambahkan pengetahuan mungkin agak sukar sedikit. Dia agak kecewa sedikit dengan jawapan  yang aku berikan, tetapi selepas itu dia masih membeli barang di Guardian dan kami masih bertegur seperti biasa.

Apabila memasuki bulan ketiga bekerja, aku telah mendapat tawaran belajar di ITM (sebelum ditukar nama ke UiTM), jadi aku nyatakan hasratku pada Dr. Sharifah yang aku akan berhenti pada penghujung bulan itu. Dr. Sharifah apabila mengetahui akan berita itu, memang menggalakkan aku untuk sambung belajar, malah dia gembira melihat seorang stafnya dapat melanjutkan pelajaran. Sebelum aku melanjutkan pelajaran, Dr. Sharifah dan rakan2 staf yang lain telah membuat sebuah jamuan kecil bagiku. Honestly, aku sangat gembira semasa bekerja di farmasi Guardian, banyak pengalaman telah aku timba, dari segi pengetahuan mengenai ubat2an yang aku dapat, melayani pelbagai karenah2 pelanggan yang ada ketikanya ok dan jugak tidak, pergaulan mesra dengan staf2 lain yang serasi serta melatih diri aku untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Itulah diantara keje2 part-time yang pernah aku buat selain dari menjual kuih ketika cuti sekolah menengah, he he he...


p/s: Sekarang ni rasanya memang susah untuk mendapatkan keje dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Oleh itu, pastikan tidak memilih sangat pekerjaan buat sementara waktu, dan jika ingin berhenti keje, pastikan sudah mendapat tawaran lain sebelum berhenti. All the best & good luck!



Thursday 17 March 2011

Kita & teknologi nuklear.

Salam semua,

Sejak akhir2 ini, ramai orang yang berasa risau, malah melenting dan melatah akan situasi loji nuklear yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami yang terletak di Fukushima, Jepun. Tempias ini juga berlaku di kalangan orang di Malaysia. Persoalan besar, adakah teknologi nuklear itu selamat.? Jawapannya, ya dan tidak. 'Ya', jika ianya digunakan sebagai alternatif sumber tenaga (menjana elektrik) dan 'tidak' jika ianya digunakan untuk menghasilkan senjata2 nuklear. Pada pendapat saya, ramai yang risau kerana terbayangkan betapa dahsyatnya akan peristiwa pengeboman nuklear di bandar Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia yang Kedua. Kesannya memang begitu teruk sekali, malah ramai rakyatnya yang terkorban (lebih dari 150,000 orang) dan kesan radiasi yang dikeluarkan telah berpanjangan untuk beberapa generasi yang akan datang.

Sumber gambar: (Link)

Untuk pengetahuan, di dalam penghasilan senjata2 nuklear, pihak terbabit akan memaksimumkan penggunaan bahan nuklear, kebiasaanya Uranium (U-235) bagi senjata2 tersebut untuk memberikan impak yang besar. Ini berbeza dengan jumlah Uranium yang digunakan di dalam loji2 nuklear di seluruh dunia. Jumlah yang digunakan adalah seminimum yang mungkin. Sebagai perbandingan, bom nuklear (Little Boy) yang telah digunakan untuk mengebom bandar Hiroshima menggunakan sebanyak 64 kg Uranium, manakala untuk kegunaan loji nuklear adalah sekurang-kurangnya 50 kg bagi setiap reaktor. Selain daripada itu, gred Uranium yang digunakan untuk senjata nuklear adalah Uranium yang diperkaya tinggi (Highly Enriched Uranium) berbeza dengan gred yang digunakan di loji2 nuklear (Low Enriched Uranium). Uranium yang diperkaya tinggi mempunyai faktor pemusnah yang sangat tinggi (menyebabkan tindakbalas berantai yang lebih mudah dan berpanjangan) berbanding dengan gred yang satu lagi.

 Sumber gambar: (Link)

Agak mustahil jika negara Jepun tidak memikirkan tentang bahaya teknologi nuklear sebelum mereka membangunkan loji2 nuklear mereka. Sebelum pembangunan sesebuah loji nuklear, beberapa piawaian ketat haruslah dipatuhi sebelum mendapat kelulusan untuk dibina. International Atomic Energy Agency yang bernaung di bawah United Nation (UN) akan memantau sesuatu projek yang  akan melibatkan penggunaan bahan nuklear (terutamanya loji elektrik berasaskan nuklear) serta dibantu oleh agensi2 nuklear tempatan bagi sesuatu negara itu. Penjanaan kuasa elektrik yang berasaskan kepada arang batu dan minyak mentah dikebanyakkan negara di dunia ketika ini akan menyumbang kepada 'Global warming' di dalam jangkamasa yang panjang disebabkan oleh penghasilan gas karbon dioksida, CO2 yang akan menipiskan lapisan ozon. Satu maklumat yang menarik, jumlah tenaga elektrik yang sama dapat dihasilkan oleh 1 kg Uranium berbanding dengan 17,000 kg arang batu [sumber]. Bayangkan betapa jimatnya dalam menghasilkan tenaga elektrik dengan menggunakan Uranium dan teknologi ini adalah dikira sebagai 'Green Technology'.

Sumber gambar: (Link)

Hari tu kecoh juga di Malaysia, kata nak mulakan loji nuklear kita sendiri, tetapi sampailah ke hari ini masih lagi di dalam perancangan. Kalau nak teruskan juga dengan pembakaran arang batu, kita kena fikirkan akan teknologi untuk mengurangkan pelepasan gas CO2 ke udara. Teknologi yang berasaskan 'Carbon capture & storage' pun masih baru lagi di UK ni, jadi kemungkinan teknologi ini akan sampai ke Malaysia berpuluh tahun akan datang. Sebagai kesimpulan, pada pendapat peribadi saya, tidak salah untuk membangunkan teknologi nuklear bagi penjaaan elektrik, sekiranya segala piawaian  ketat dapat dipenuhi dan memastikan tahap keselamatan pada loji itu sendiri dan juga masyarakat sekeliling adalah pada paras yang tertinggi.

Sumber gambar: (Link)

p/s: saya bukan pakar nuklear langsung, nukilan ini ditulis berdasarkan pembacaan saya selama ini (dulu memang ada cita2 nak jadi seorang pakar nuklear, tapi rasa macam susah sangat, jadi saya bertumpu pada bidang yang lain). Kalau nak tahu, negara Israel memang pasti telah ada senjata2 nuklear [sumber], kenapa pula pihak antarabangsa nak ambil tindakan ke atas negara Iran yang belum terbukti menghasilkan senjata2 nuklear?

Sumber gambar: (Link)

Peace yo!!



Tuesday 15 March 2011

Japan, be strong!

Disasters had struck upon you and many lives have been perished. But the strength of survival is deep within you. Japan, be strong!

 意 志 堅 強 !!!!


Picture source: Flickr - Photo Sharing!




Sunday 27 February 2011

For once only...

Only once in my life, I'm gonna support my town which I'm living at the moment, that's even when they finally made through to the 2010/2011 Carling Cup Final and will face Arse-nal. Come on Blues, give your long awaiting fans a suprise to pounder with!!!



Btw, next Tuesday will be a mouth watering match between Chelshit (I guess I spelt it right here) and Manchester United. Bring it on, United!!!






Wednesday 2 February 2011

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2011 - "Sambutan untuk semua"

Subject: [NaqibNet-Operasi] [HEBAHAN] SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DATANG LAGI!!!!!!!!!!








Salam semua yang dihormati sekalian,



HIDAYAH CENTRE, PERKIM GERAK DAN MACMA

berbesar hati menjemput anda semua ke



MAJLIS SAMBUTAN

TAHUN BARU CINA 2011




"Sambutan untuk semua"



di

RESTORAN CINA MUSLIM MOHD CHAN ABDULLAH

PUSAT BANDAR MELAWATI, KL.



PADA :

12.02.2010 (Sabtu)



JAM :

12.00 tghri - 3.00 petang



TARGET:

400 orang tetamu





Sehubungan dengan itu,

kami berbesar hati menjemput kalian

untuk membawa :






mad'u @ kawan sekerja @ jiran tetangga

@ kawan seperniagaan yang bukan Muslim

untuk datang ke majlis yang penuh meriah ini.




Anda hanya perlu beri kami :




a) NAMA ANDA & NO TEL

b) NAMA SAHABAT BUKAN MUSLIM ANDA & NO TEL



TUJUAN :



a) Untuk memudahkan kerja-kerja penyediaan pendaftaran

b) Untuk memudahkan penyediaan HADIAH ISTIMEWA

untuk sahabat anda yang akan disantuni



MAKLUMAT ANDA DAN SAHABAT BUKAN MUSLIM ANDA BOLEH DIHANTAR KE

joanneslukas@yahoo.com @ SMS KE 0133040834 @ 0341089669

SEBELUM 04/02/2011 (JUMAAT)



atau hubungi :

012 - 648 0680 / 012-2794990

(Bro. Mohd Chan Abdullah)



017-3667126
(Bro. Zun 'Arif Hakim)




019-2455569

(Sis. Su)



SEGALA KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI DAN

KAMI UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KERJA DAKWAH KITA.





------------------------------------------undangan istimewa dari -----------------------------------------------







MOHD CHAN ABDULLAH



Cordially invites

YBhg Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan Haji/Puan Hajah/Tuan /Puan




------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ----

to

CHINESE NEW YEAR OPEN HOUSE

MACMA, HIDAYAH CENTRE & PERKIM GERAK



Theme:

HAPPY CHINESE

NEW YEAR 2011



"A celebration for all"



Date

12 February 2011 (Saturday)



Time:

12.00 noon – 3.00pm



Venue:

RESTORAN MAKANAN CINA MUSLIM

MOHD CHAN ABDULLAH

PUSAT BANDAR MELAWATI


Dress : Casual / Chinese Traditional



T & C : MUST bring 1 @ 2 @ 3 mad'u (Chinese - non muslim)

to the event



Kindly, reply the invitation by : 04th February 2011 (Friday)



Contact person :

012 - 648 0680 / 012-2794990

(Bro. Mohd Chan Abdullah)




017-3667126
(Bro. Zun 'Arif Hakim)




019-2455569

(Sis. Su)

Tuesday 1 February 2011

Happy Birthday my dear sister...

Happy Birthday to my one & only little sister, Dr. Madihah Rauza. May Allah bless you always in your life. All the best & good luck.


Gambar kenangan ketika dia melawat aku pada tahun lepas dan mengikuti kitaorang untuk perlawanan bolasepak diantara pasukan Persatuan Malaysia Manchester menentang Persatuan Malaysia Birmingham di Manchester. Perlawanan berkesudahan seri 3 - 3.


Saturday 29 January 2011

Match of the Day

Aston Villa vs. Manchester City, 22nd of January 2011 (Saturday), Kick Off (K.O.) 5.30 p.m.

Dapat satu tiket murah yang dijual kat Guild of Student, University of Birmingham (harga sebenar £30 / RM150, tapi student price cuma £15 / RM 75 jer).

Tempat duduk aku yang tak jauh dari padang perlawanan. Ada gak rasa nak ceroboh masuk padang tu, sure akan jadi famous punyer, tapi siap ader warning, kalau saper2 masuk padang masa perlawanan akan didenda £1,000 (RM5,000), terus tak jadi nak buat...

Referee malam tu Howard Webb, yang jadi referee World Cup Final antara Holland dan Spain hari tu.

Gareth Barry sedang nak amek free kick. Dia ni dikira sebagai traitor untuk pasukan Villa. Dulu dia main untuk Villa sebelum berpindah ke Manchester City. Kesian dia, tiap kali bola sampai jer kat kaki dia, mesti kena booo...

Carlos Tevez kat depan gol Villa. Dialah pemain yang paling kecik kat atas padang masa tu. Asyik kena buli jer, tak baik tau...

Aku pergi game ni sebab nak tengok Darren Bent beraksi. Dia baru jer join team Aston Villa dari Sunderland untuk £18 juta pound dan ni merupakan game pertama dia untuk Villa. Dulu ada gak ikut perkembangan dia, dari dia bermain untuk Charlton Athletic (team tu dah kena relegated ke division bawah beberapa musim yang lalu), kemudian berpindah ke Tottenham Hotspurs dan lepas tu ke Sunderland. Aku masuk lewat 20 minit (tapi nasib baik seating dah ader nombor). Biler aku baru jer nak masuk stadium, penjaga tiket tu cakap Bent baru jer score (minit ke 18), tapi aku cakap kat dia mungkin ader gol lagi, tapi rupa2nya hanya tulah gol tunggal bagi perlawanan tersebut... T_T

Aku tak tahu ni binatang apa, tapi dia berkeliaran ketika waktu rehat biler habis first half.

Skrin besar stadium. Kalau dapat bawak balik skrin ni ke rumah, mesti best...

Tu tempat duduk eksklusif sikit, harga pun lagi giler...

Waktu rehat 15 minit, ramai yg melarikan diri ke toilet atau membeli air. Masa game tengah lawan tu, ada sorang makcik belakang aku ni, siap bertongkat sebab kaki dia patah, tapi dia punyer jerit mengalahkan orang lelaki. Mungkin salah sorang pemain Villa tu sedara dia atau memang dia dah mabuk. Janji x kacau aku sudah...

Aku dengan rambut Medussa aku. Sumpah sangat sejuk masa tu (kalau tak silap 1oC, hidung jadi beku).

Attendance seramai 37,815. Kapasiti penuh Villa Park adalah 42,788. So, ramai gak yg ponteng tengok... Game malam tu, Aston Villa 1 - 0 Manchester City.

Apa2 pun, aku masih lagi sorang penyokong Manchester United yg tegar, since 1995. Glory Glory Man United...
 
 
 

Thursday 27 January 2011

Siapakah Melchizedek?

Di dalam kitab Taurat (Old Testament di dalam kitab Injil/Bible) ada dinyatakan mengenai seorang karakter yang penuh misteri yang bernama Melchizedek. Dia dikatakan sebagai seorang raja dan juga paderi tertinggi yang menduduki bandar Jerusalem di Israel pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. ada dinyatakan berjumpa dengannya di bandar tersebut selepas pulang dari satu peperangan. Petikan ayat dari kitab Taurat yang paling menarik mengenai Melchizedek adalah:

"Without father, without mother, without descent, having neither beginning of days, nor end of life; but made like unto the Son of God; abideth a priest continually." Hebrews 7:3

Melchizedek memberikan Nabi Ibrahim a.s. sebuku roti dan minuman ketika baginda berjumpa dengannya. Sumber gambar: Wikipedia

Dia dikatakan dijadikan tanpa kehadiran seorang ayah dan ibu, tiada permulaan dan pengakhiran baginya, seorang yang seolah-olah seperti anak Tuhan dan menjadi seorang paderi buat selama-lamanya. Ada sesetengah pendapat dari golongan Islam mengatakan bahawa individu ini adalah Sam, iaitu salah seorang anak Nabi Nuh a.s. yang terselamat daripada bencana banjir besar yang dasyat suatu ketika dahulu. Penafsiran mengenai yang dikatakan tidak dijadikan dengan kehadiran seorang ayah dan ibu serta tiada permulaan dan pengakhiran adalah merujuk kepada dakwah yang dibawakannya sehinggalah dia berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s. dan menyerahkan urusan dakwah itu kepada baginda. Maklumat lanjut mengenai ini boleh dibaca di sini. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa individu misteri ini sebenarnya adalah Malaikat Jibrail a.s., di mana dia adalah yang bertanggungjawab dan berterusan menyampaikan wahyu bagi sekelian para nabi dan rasul sejak permulaan kejadian manusia untuk dijadikan panduan bagi sekelian manusia di atas muka bumi ini.

Raja Melchizedek sedang memberikan restunya kepada Nabi Ibrahim a.s. sekembalinya baginda dari satu peperangan. Sumber gambar: Link

Antara video-video yang berkaitan dengan karakter misteri ini adalah:

Spirit of Truth (Melchizedek)

Sheikh Ahmed Deedat, seorang pendakwah Islam berucap mengenai Melchizedek.

Walaupun siapa sebenarnya diri karakter misteri ini, adalah lebih elok untuk tidak memikirkan sedalam-dalamnya mengenai beliau, ada perkara lain di dalam agama Islam yang lebih baik untuk difikirkan. Hanya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua mengenai apa yang saya perolehi ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Wallahualam bissawab...

Wednesday 26 January 2011

Tunisia, damaimu di sana...

Sebelum ini, pasti kita semua dah maklum akan keadaan huru-hara yang berlaku di negara Tunisia. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perasaan ketidak puas hati oleh sebahagian besar rakyatnya yang terus dihimpit oleh masalah kemiskinan, kurangnya peluang perkerjaan yang semakin meruncing, tiada kebebasan untuk bersuara, kenaikan harga-harga barang yang berterusan dan juga rasuah yang semakin berleluasa di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi negara tersebut. Rusuhan dan keadaan huru-hara yang telah berlaku ini telah menyebabkan presidennya,  Zine El Abidine Ben Ali lari meninggalkan negara tersebut dan mendapatkan perlindungan di negara Arab Saudi setelah 23 tahun berkuasa di Tunisia. Tetapi tahukah anda apakah pencetus utama kepada kebangkitan ini? Mungkin ada yang tidak mengetahuinya...


Mohamed Bouazizi adalah seorang peniaga sayur dan buah-buahan secara kecil-kecilan di jalanan di bandar Sidi Bouzid. Dia menggunakan kereta sorong bagi menjual hasil barangannya itu. Walaupun berpendapatan sangat rendah melalui pekerjaan ini, dia masih lagi mampu untuk menyara keluarganya, termasuk ibunya dan seorang adik perempuannya yang tengah belajar di sebuah universiti ketika itu. Malangnya, pada 17 Disember 2010, pihak polis dan pembandaran tempatan telah cuba untuk merampas kereta sorongnya, dengan alasan dia tidak mempunyai lesen untuk menjual. Dia hanya mempunyai pekerjaan itu sahaja dan memandangkan dia telah banyak kali memohon untuk mendapatkan pekerjaan, termasuk untuk berkhidmat sebagai seorang askar, tetapi permohonannya telah ditolak, maka hanya itulah peluangnya yang ada untuk mendapatkan duit bagi menyara keluarganya. Dikatakan bahawa pihak polis tersebut telah meminta wang rasuah darinya agar kereta sorongnya tidak dirampas, tetapi Bouazizi tidak mempunyai duit untuk berbuat demikian. Berang dengan tindakannya ini, seorang pegawai perbandaran, Feyda Hamdi yang turut serta dalam cubaan rampasan itu telah menampar dan meludah kepada Bouazizi, sementara dua pembantunya telah memukul Bouazizi. Timbangan elektroniknya telah dirampas, sementara sayur dan buah-buahannya telah dicampak di atas jalan raya. Lebih malang lagi, Feyda Hamdi telah mencaci ayah Bouazizi yang telah meninggal dunia.


Bouazizi dengan perasaan yang begitu marah telah pergi ke pejabat pegawai daerah selepas peristiwa itu, tetapi, pegawai tersebut telah enggan untuk berjumpa dengannya. Kemudian dia telah bertekad untuk membakar dirinya setelah permintaan untuk berjumpa dengan pegawai tersebut tidak menjadi kenyataan dan dia telah membeli setin minyak gasolin. Dia telah membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan kerajaan di bandar Sidi Bouzid. Walaubagaimanapun, Bouazizi tidak meninggal ketika itu, tetapi dia telah cedera parah dengan kesan terbakar yang begitu teruk dan dikejarkan ke sebuah hospital. Dia telah meninggal dunia 18 hari kemudiannya. Berita mengenai tindakan beraninya ini telah mendapat liputan meluas di Tunisia, dan gerakan anti-kerajaan kemudiannya telah berjaya menyingkirkan presiden Tunisia yang disifatkan sebagai seorang yang penindas. Kejadian ini juga telah menjadi pemangkin kepada gerakan anti-kerajaan yang telah berlaku semalam di negara Mesir...


His brother, Salem Bouazizi, was quoted as saying: "Freedom is expensive and my brother paid the price of freedom" and "[he] has become a symbol of resistance in the Arab world."


 
Source: Wikipedia

Friday 21 January 2011

Better trying than nothing.....

Did this man really earn $1m on YouTube simply by asking for it?

By Daniel Bates



A comedian who made a YouTube appeal for somebody to give him $1million claims the request has been answered by a mystery benefactor.

Craig Rowin made a series of YouTube pleas for the cash, which have been viewed tens of thousands of times.

‘Millionaires, listen up, I have a proposition. You have millions and millions of dollars. Please give me a million,’ he said.

‘I don’t need it for anything specific, but I think it would be awesome. I haven’t thought that through yet. I might at least go on a trip to start’.


If you don't ask...: Craig Rowin made an appeal to be given $1million - just so that he could have an 'awesome' time

Incredibly, it appears some philanthropist was taken in by the appeal and has stumped up the cash.

Rowin said he was ‘flabbergasted’ to receive a letter and a phone call from the man identifying himself as Benjamin who offered to hand over the entire sum.

However, he has been forced to repeatedly deny the entire episode is a stunt to boost his profile.

And he plans to prove the offer is genuine once and for all on February 2, when Benjamin will hand over the cheque in person at a theatre in Manhattan.

‘It still hasn't sunk in yet,’ the 27-year-old said.

‘Do I deserve it? I have no idea. Maybe not. But there's so much wealth - let me have a chunk.’


Persistence pays off: After failing to attract any donations, Rowin made another appeal

In his Youtube appeal, he listed and asked dozens of wealthy individuals, including Lady Gaga, Warren Buffett, Nelson Mandela, James Earl Jones, and actor Will Smith's kids, who he claimed could make him rich if they wanted to.

He also appealed to the Chilean miners for money and apologised if they weren't millionaires.

His latest YouTube video shows him wearing a tuxedo and bow tie with a bottle of champagne on a table.

‘I’m back but I’m not going to ask for a million dollars, because of this,’ he said before playing a voice recording from his benefactor.

‘Hi Craig, Benjamin, I was hoping to catch you in person,’ the caller said.

‘I want to talk about how to make you a millionaire.’

Rowin also showed off a notarized letter from Benjamin’s lawyer saying that he would owe him nothing in exchange for the $1million.

‘On February 2 I will be a one millionaire, ‘ he said on the video clip.

‘Now here is a couple of seconds for you to resent me.’

On the YouTube caption Rowin wrote that he will no longer be asking for cash - but included an email address for anybody who wanted to ‘give me another one million dollars’.



Source: People:  Daily Mail Online UK

Monday 17 January 2011

Jejak Kasih... (Bahagian Akhir)

Keesokan petangnya aku telah berjumpa dengan Kak Shu, seperti yang dijanjikan. Dia menyerahkan duit yang hendak dipinjamkan kepadaku ketika di dalam bas. Aku banyak kali mengucapkan terima kasih kepada dia dan berjanji untuk membayarnya kembali. Sementara untuk sampai ke rumah masing-masing, kami berbual panjang...

"Nabil punya kursus tu belajar apa yer?", tanya Kak Shu dengan penuh minat.

"Belajar tentang aplikasi kimia di dalam industri. Teknik-teknik berasaskan kimia yang selalu digunakan dalam kilang-kilang industri...", jawabku penuh yakin.

"Ooo, Akak tak tahu sangat pasal Kimia ni. Kalau Nabil nak tahu, Akak memang minat dengan subjek Matematik".

"Ye ker? Saya pula tak minat dengan Matematik, selalu dapat markah rendah aja, he he he...", aku ketawa kecil.

"Tapi seminat-minat Akak dalam Matematik pun, Akak terkilan sebab Akak tak dapat melanjutkan pelajaran. Banyak faktor yang Akak kena fikir dan korbankan. Keluarga Akak bukan orang yang berada dan Akak ada adik-beradik yang ramai...", katanya dengan panjang lebar.

"Sebab tu Akak minat jadi seorang agen insurans, selain dari mencari rezeki yang halal, dapat Akak gunakan kemahiran Matematik Akak pada masa yang sama", tambahnya lagi.

"Emmm, Akak memang tak nak sambung belajar lagi ker? Boleh aja buat part-time kat UiTM Arau tu kalau Akak nak. Kursus perakaunan dan perbankan pun ada ditawarakan kat UiTM Arau tu...", kataku.

"Insya-Allah Nabil, tapi bukan dalam waktu terdekat ni kot. Nabil pula nak buat apa lepas habis Diploma ni? Nak kerja ker?".

"Tak, Insya-Allah saya nak sambung ke peringkat degree. Cuma tak tahu nak pilih degree yang mana satu?".

"Maksud Nabil?", tanya Kak Shu kehairanan.

"Bukan apa, sebelum ni, kalau sesiapa sahaja menamatkan pelajaran dalam Diploma Kimia Perindustrian, biasanya dia akan sambung dengan degree Kimia Gunaan. Tapi sebelum saya buat praktikal hari tu, Ketua Program kata degree Chemical Engineering akan mula ditawarkan di UiTM Shah Alam pada pengambilan yang akan datang. Cuma dia berpesan, kalau hendak ambil degree Chemical Engineering, pengetahuan Matematik kena kukuh, sebab terdapat banyak subjek-subjek yang melibatkan pengiraan. Sebab tu saya berbelah bagi, saya lebih berminat dengan kursus yang mengandungi banyak subjek yang memerlukan bacaan dan hafalan. Kalau masuk bab mengira ni, saya lemah sikit. Memang ada niat di hati nak buat Chemical Engineering, tapi rasa tarafnya terlalu tinggi untuk saya. Kalau dapat buat Kimia Gunaan pun saya dah suka..".

"Apalah Nabil ni, belum cuba dah kata susah. Kita kenalah cuba dahulu, baru tahu susah ke tak. Kalau awal-awal lagi dah kata susah, memang akan jadi susah pun. Betul tak?", kata Kak Shu yang cuba memberi nasihat.

"Tapi saya tak mahulah Kak Shu, saya tak nak ambil risiko. Kalau saya ambil degree Kimia Gunaan, saya rasa saya lebih berkeyakinan untuk berjaya, berbanding kalau saya ambil degree Chemical Engineering. Saya rasa Kimia Gunaan tu lebih mudah berbanding dengan Chemical Engineering tu. Dengar perkataan "Engineering" tu memanglah rasa megah, tapi kalau pengakhiran dia tak semegah dengan nama degree tu, nanti Nabil akan rasa malu...", kataku yang bukan menolak penuh nasihat Kak Shu itu.

"Oklah, yang boleh buat keputusan ini hanya Nabil seorang sahaja. Kak Shu tak boleh buat apa-apa. Cuma Kak Shu nak berpesan yang jangan awal-awal lagi dah menganggap sesuatu tu susah kalau kita sendiri belum menghadapinya. Ingat tu Nabil, pesan Akak ni".

"Ok, saya akan ingat pesan Kak Shu ni sampai bila-bila. Terima kasih".

Semenjak itu, aku dah mula kurang berjumpa dengan Kak Shu, kalau berjumpa pun mesti ketika menaiki bas yang sama untuk pulang ke Arau. Sesekali, ada ketikanya kawan baik di kilang sudi untuk menghantarku pulang, lebih-lebih lagi jika hari itu hujan. Ada sekali tu, aku terserempak dengan Kak Shu dari jauh di tengah bandar Kangar. Dia seperti menerangkan sesuatu kepada seseorang, mungkin mengenai insurans yang ditawarkan oleh syarikatnya. Aku terus memerhati dengan penuh minat. Kelihatan dia bercerita dengan penuh minat, sambil mengeluarkan beberapa dokumen dari fail yang dibawanya. Ketika itu, aku berasa sebak kerana dia bersusah payah untuk mencari rezeki dan sanggup untuk meminjamkan duitnya kepadaku tidak lama dahulu.

Kadangkala, apabila aku sampai di stesen bas Kangar untuk balik ke Arau, mataku sesekali akan melilau dan cuba untuk mencari jika Kak Shu berada di situ. Ketika aku hampir menamatkan latihan praktikalku, aku bernasib baik kerana menaiki bas sekali lagi bersama-sama dengan Kak Shu. Dia memohon maaf kepadaku kerana keadaannya yang menjadi begitu sibuk semenjak kebelakangan itu, kerana itulah juga, aku tidak berjumpa dengannya di stesen bas tersebut. Di dalam perjalanan itu, dia menyatakan hasrat untuk mengambilku sebagai adik angkatnya. Aku berasa sangat gembira kerana selama ini aku tidak mempunyai seorang kakak angkat pun. Pabila aku telah menamatkan latihan praktikalku, pihak pengurusan kilang telah memberikanku satu cek yang meliputi elaun-elaun yang sepatutnya aku terima selama aku membuat praktikal di situ. Selepas cek itu ditunaikan di bankku beberapa hari kemudiannya, aku telah menelefon Kak Shu untuk memaklumkan yang aku ingin membayar balik duit pinjaman yang diberikan kepadaku. Tetapi Kak Shu menolak untuk menerimanya kembali, walaupun aku berkeras juga hendak membayarnya. Aku terkejut dan berasa sedikit kecewa dengan penolakkannya. Dia juga memberitahuku bahawa tugasnya kini menjadi semakin sibuk, adakalanya keadaan memerlukannya membuat kerja-kerja outstation, seperti pergi ke negeri Kedah dan ibupejabat di Kuala Lumpur.

Selepas dari itu, aku meneruskan pengajian bagi semester terakhir Diplomaku di UiTM Arau dan memandangkan aku duduk di dalam kampus ketika itu, peluang untuk aku berjumpa dengan Kak Shu memang tiada langsung. Cuma sesekali, aku akan menelefonnya dan bertanyakan khabar berita terbarunya. Apabila aku hampir untuk menduduki peperiksaan akhirku, Kak Shu berkata dia ingin berjumpa denganku. Selang beberapa hari kemudian, dia telah datang ke UiTM Arau dan memberi kata-kata semangat kepadaku bagi menempuhi peperiksaan yang bakal menjelma. Dia juga ingin melihatku menyambung pengajian di dalam kursus Kejuruteraan Kimia, yang mana aku tidak berani lagi berjanji kepadanya pada ketika itu. Dia juga berkata yang dia akan berpindah ke pulau Langkawi dan akan bekerja di sana dalam masa beberapa hari lagi. Dia juga berkata mungkin perjumpaan kali itu adalah perjumpaan yang terakhir buat aku dan dia. Bila aku mendengar sedemikian, aku berasa sayu di dalam hati. Aku mungkin tidak akan jumpa lagi dengan seorang yang telah banyak berjasa dan membantuku di waktu aku ditimpa kesusahan. Pesanan terakhir Kak Shu kepadaku adalah supaya aku belajar sebaik mungkin kerana dia tidak mahu aku menjadi seperti dia. Ayat itu terus ku genggam dan menjadi perangsang buatku selepas itu. Tidak lama kemudiannya, aku telah berjaya menamatkan pengajian Diplomaku dan paling penting sekali, aku telah berjaya diterima masuk untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di UiTM Shah Alam. Aku dah bertekad untuk memilih kursus ini kerana aku tidak mahu menjadi seorang yang cepat berputus asa.

Malangnya, berita gembira ini tidak dapat aku sampaikan sendiri kepada Kak Shu. Aku telah benar-benar kehilangan jejaknya pada ketika itu. Aku ada cuba menghubungi pejabat lamanya di Kangar, tetapi mereka berkata yang dia telah bertukar kerja dari pulau Langakawi dan mereka tak pasti dia bekerja di mana sekarang ini. Jadi, nukilanku ini ingin menyampaikan perasaan berterima kasihku kepada seseorang yang bernama Kak Shu yang pernah hadir di dalam hidupku sebelum ini. Diharapkan agar kalau Kak Shu atau sesiapa sahaja yang mengenali Kak Shu yang membaca nukilanku ini untuk menghubungi aku. Bantuan dan nasihat yang telah Kak Shu berikan tak mungkin akan terbalas olehku. Dikesempatan ini juga, aku ingin memohon maaf kepada Hasliza, rakan sepraktikalku di kilang simen tersebut, kerana kecuaianku, duit yang sepatutnya menjadi miliknya telah hilang.

Aku percaya semua yang telah berlaku ini ada hikmahnya dan Allahlah sebaik-baik perancang, Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Kepada sesiapa yang telah menjumpai sampul surat tersebut, aku telah menghalalkan dan memaafkannya, mungkin duit itu lebih kamu perlukan pada saat dan ketika itu. Kalau semua ini tidak berlaku, tidaklah aku akan mengenali Kak Shu suatu ketika dahulu. Ya Allah, aku sangat bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan olehMu kepadaku sehinggalah ke hari ini, moga aku menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara suatu hari kelak, Insya-Allah...

Wassalam...


Ikhlas,

Midhat Nabil Ahmad Salimi,
Final Year PhD. Student in Chemical Engineering,
School of Chemical Engineering,
University of Birmingham, United Kingdom.
17th of January 2011

............................................................................................................

Lihat ke arah sana,
Serakan warna dan berarakan...awan,
Pabila terik-panas,
Segera hadirnya memayungi.. diri.

Pabila kau dahaga,
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya,
Pabila kau katakan,
Akulah awan itu yang kau mahu.

Begitulah awan nano,
Setia melindungi diri,
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu.

Begitulah awan nano,
Sering saja tak terduga hadir,
Dan tak akan tercapai... jejarimu.

Kasehnya,
Kaseh tiada banding setia tiada tara,
Bagaimanapun jua.

Awan kekaseh sebenarmu sayang,
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo

Lihat diriku ini,
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan,
Sehingga tak mungkin terlupa,
berikan belas sedari... dulu.

Sehingga tak mungkin termampu saksi,
Setitispun air matamu...kasehku,
Sehingga kau katakan,
Akulah awan itu yang kau rindu.

Akulah awanmu yang sedia,
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu.

Akulah awanmu yang sering kau rindu,
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu.

Kasehku,
Kaseh tiada banding setia tiada tara,
Bagaimanapun jua.

Aku pelindung dirimu sayang.
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo

Begitulah awan nano,
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu.

Begitulah awan nano,
Sering saja tak terduga hadir,
Dan tak akan tercapai.. jejarimu.

Kasehku,
Kasih tiada banding setia tiada tara,
Bagaimanapun jua.

Aku pelindung dirimu sayang,
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...woooo-woo..

Lirik Lagu Awan Nano - Hafiz AF7
Sumber: Link

Sunday 16 January 2011

Jejak Kasih... (Bahagian 3)

Tidak lama kemudian, aku pun sampai di rumah sewaku. Sesampai sahaja di rumah, aku disambut oleh dua lagi rakan serumah yang menjalani latihan pratikal di tempat yang berbeza denganku. Selepas aku mandi dan menunaikan solat Maghrib, kami pun pergi ke tempat yang kami selalu makan malam, iaitu disebuah gerai yang menjual keuw teow goreng yang terletak tidak jauh dari pintu masuk utama UiTM Arau. Ketika itu, aku betul-betul menjadi seperti seorang individu yang berbeza, tiada perubahan langsung pada riak wajahku untuk menimbulkan kesangsian pada rakan-rakan serumahku. Ini kerana aku dikenali sebagai seorang yang ceria dan banyak bercakap kepada mereka, jika aku tidak berkelakuan sedemikian, pasti mereka dapat menghidu perubahan diriku pada ketika itu.

Selepas kami habis makan, aku berkata kepada salah seorang rakan serumahku yang aku ingin pergi ke rumah sewa rakan perempuan sekelasku yang terletak tidak jauh dari rumah sewaku. Aku katakan yang kawan dia sepraktikal denganku di kilang tersebut telah memesan sesuatu kepadanya. Pabila sampai dirumahnya, aku berjumpa dengan rakan yang telah meminjamkan duit berkenaan. Aku telah menerangkan keadaan sebenar yang telah berlaku pada hari itu. Dia berkata perkara itu sudah berlaku, tidak perlu untuk menyesali lagi. Cuma dia berpesan yang tuan rumah rakanku itu akan datang untuk mengutip duit sewa rumah tersebut dalam masa sehari dua ini. Oleh itu, aku perlu mengusahakan untuk mendapatkan duit tersebut agar rakanku itu tidak terkilan kerana kesilapanku.

Sebelum masuk tidur pada malam itu, aku asyik memikirkan akan kaedah-kaedah untuk mendapatkan duit secepat mungkin. Jika aku ada duit sebanyak itu pada ketika itu, sudah pasti aku akan dahulukan, tetapi malangnya duit yang aku ada, cuma cukup-cukup untuk dibuat belanja seharian untuk sepanjang aku menjalani latihan praktikalku. Aku juga teringatkan akan Kak Shu yang telah aku jumpa petang tadi di dalam bas. Kad namanya telah ku pindahkan ke dalam dompetku, sepatutnya di situ jugalah aku menyimpan sampul yang berisi duit tersebut. Oh, begitu cuainya diriku ini... Ingin sahaja aku meminta pertolongan darinya, tapi aku rasakan bahawa tindakan aku itu seperti mengambil kesempatan terhadapnya. Mungkin ada cara lain yang tidak perlu melibatkannya. Mungkin... Seketika kemudian aku terlelap...

Keesokan harinya aku telah pergi ke kilang seperti biasa, dan aku berjumpa dengan rakanku yang sepatutnya duit itu menjadi miliknya. Aku katakan kepadanya yang aku akan cuba mendapatkan duit itu dalam masa sehari dua ini. Dia berkata tidak mengapa, kerana dia boleh sahaja meminta kepada tuan rumahnya agar dia menjelaskan duit sewa rumahnya pada minggu berikutnya. Tetapi aku berkeras yang aku akan cuba untuk mendapatkan duit dengan secepat mungkin dan aku tidak mahu menyusahkannya kerana kelalaianku. Dia kemudiannya tidak berkata apa-apa, mungkin dia percaya yang aku boleh mengotakan apa yang aku baru katakan kepadanya. Ketika waktu rehat tengahari, aku telah membuang seluar jeansku yang terkoyak di bahagian poket belakang itu ke dalam sebuah tong sampah besar yang terdapat di kilang tersebut. Aku tidak mahu lagi seluar itu menjadi milikku, jika tak, aku akan sentiasa teringat akan peristiwa ini.

Kebiasaanya, selepas jam 4 petang, aku bebas untuk berbuat apa sahaja, sebelum tiba waktu untuk pulang pada jam 5 petang. Ketika itu, hati aku kuat meronta untuk meminta bantuan dari Kak Shu, kerana hanya dialah harapan terkahirku pada saat itu. Tetapi perasaan berbelah bagi dan bersalah masih menebal di dalam hatiku. Akhirnya, aku kuatkan semangat jua untuk menelefon pejabatnya.

"Assalammualaikum, boleh saya cakap dengan Shuhaila bt...?", kataku sebaik sahaja panggilan terjawab.

"Waalaikumussalam, yer, saya tengah cakap ni...", jawab penerima di hujung talian.

"Kak Shu, ni saya, Nabil. Kak Shu ingat lagi tak?"

"Mestilah ingat, kan kita baru jer jumpa petang semalam. Akak yakin Nabil mesti akan call Akak. Betul tekaan Akak..."

"Akak, saya kan....", lalu aku ceritakan dengan serba serbi apa yang telah berlaku.

"Emm, kalau bolehkan, saya nak pinjam dengan Akak RM50. Hujung bulan depan saya akan dapat elaun praktikal saya. Nanti saya ganti balik, saya janji Akak".

"Kenapa nak pinjam RM50 aja? Kan duit yang hilang tu RM100? Akak boleh pinjamkan RM100".

"RM100 banyak sangat Akak. RM50 dah mencukupi buat saya. Selebihnya boleh saya gunakan duit sendiri dan pinjam dari kawan-kawan".

"Laaa... nanti kalau pinjam duit dari kawan-kawan, kan dah berhutang pulak, dari berhutang dengan seorang ajer, nanti jadi berhutang dengan ramai orang, kan tak elok...".

"Macam nilah Nabil, Akak pinjamkan RM100 kat Nabil, Nabil tak payah guna duit sendiri atau pinjam dari kawan-kawan".

"Banyak sangat RM100, RM50 ok jer Akak".

"Kalau Nabil anggap Akak ni macam kakak Nabil, harap Nabil dapat terima pinjaman RM100 dari Akak. Boleh tak?".

"Banyak sangat Akak, tak nak menyusahkan Akak...".

"Tak menyusahkan pun, jadi harap sudi terima RM100 dari Akak yer?".

"Emm.....".

"Kalau Nabil nak duit tu, jumpa Akak kat stesen bas Kangar pukul 6 petang esok yer. Petang ni Akak kena jumpa klien. Kalau tak, boleh Akak kasi petang ni jugak".

"Akak serius ni?".

"Yer, Akak dari semalam lagi tahu Nabil macam ada masalah jer. Sebenarnya Akak rasa gembira yang Nabil call Akak dan ceritakan perkara yang sebenar".

"Sorrylah Akak, Nabil terpaksa, sebab Nabil dah takde pilihan lain..."

"So, jumpa petang esok yer?".

"Insya-Allah. Nanti hujung bulan depan saya bayar balik duit tu, saya janji, Akak".

"Ok, jumpa esok".

"Saya janji akan bayar duit Akak tu balik", ku ulang dua tiga kali.

"Dah-dah. Akak ada kerja nak buat ni. Nabil tak payah risau, ok".

"Terima kasih, Akak", kataku sebelum menamatkan perbualan.

Bermula detik itu, aku sudah tidak gusar lagi. Oh, aku sungguh terharu akan pertolongan yang Kak Shu sudi untuk berikan. Petang itu aku pulang ke rumah dengan hati yang girang sekali...

(bersambung)

Thursday 13 January 2011

Jejak Kasih... (Bahagian 2)

Bas tersebut meneruskan perjalanan dan sekali sekala akan berhenti untuk menurunkan penumpang. Dapatku lihat penumpang yang berdiri semakin lama semakin berkurangan, mungkin mereka lebih gemar untuk berdiri jika hendak turun dari bas bagi perjalanan yang singkat. Entahlah.....

"Adik ok tak?", tegur wanita yang duduk disebelahku secara tiba-tiba.

"Hah?", jawabku perlahan antara sedar tak sedar.

"Adik ada masalah ker?", dia bertanya lagi.

"Takde", jawabku ringkas sambil melemparkan satu senyuman.

"Bukan apa, Akak tengok dari tadi macam adik risaukan sesuatu jer", balasnya.

"Takde apa-apa Akak, saya ok", jawabku dengan pantas.

"Nama adik siapa?", dia cuba untuk membawa mindaku pergi.

"Nabil", jawabku.

"Nabil ni memang orang Perlis ke?", soalan seterusnya dari dia.

"Tak, saya orang Selangor".

"Selangor kat mana?", tanyanya yang ingin merancakkan lagi perbualan di antara kami.

"Kat Kajang".

"Masih belajar lagi?", soalannya yang bertukar topik.

"A ah", jawabku ringkas seperti biasa.

"Belajar kat mana?", tanyanya lagi.

"Kat ITM Perlis". (Masa tu nama ITM belum lagi ditukar ke UiTM).

"Ambil kursus apa?"

"Saya buat Diploma Kimia Perindustrian", jawabku yang ingin juga untuk melupakan masalah yang aku hadapi buat seketika.

"Kursus baru ke? Akak tak pernah dengar pun."

"Yer, saya batch yang ke empat", jawabku sambil tersipu-sipu malu.

"Baguslah, selagi ada peluang untuk belajar, Nabil belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan jadi macam Akak yer", selepas dia berkata demikian, dia seolah-olah tidak mahu menyambung perbualan lagi.

Aku tidak menjawab, cuma menganggukkan kepala sahaja dan di dalam masa yang sama aku rasa tergamam  di dalam hati dengan ayat terakhir wanita tersebut.

Keadaan menjadi sunyi buat seketika... Aku hanya menjawab kesemua soalan-soalannya sahaja, tiada satu soalan pun dari diriku yang ingin ditujukan kepadanya.

"Oklah Nabil, rumah Akak lagi dua perhentian jer", dia berkata secara tiba-tiba kemudiannya.

"Kalau Nabil tak nak ceritakan masalah Nabil kat Akak sekarang ni takpe. Nabil boleh cerita lain kali", katanya sambil tersenyum. Dia seperti tahu aku menyembunyikan kerisauanku darinya.

Aku tidak berkata apa-apa. Juga tiada reaksi langsung dariku.

"Oh, sebelum terlupa, nama Akak, Kak Shu", tambahnya lagi.

Sebelum dia turun dari bas, dia sempat untuk menghulurkan satu kad nama kepadaku. Ku lihat kad tersebut dengan sekali imbas. Shuhaila bt ..... (aku dah betul-betul tak ingat akan nama ayahnya, sedihnya), tertera nama tersebut di bahagian atas kad itu. Agen Kurnia Insurans Kangar, sedikit lagi info yang dapat ku tangkap di kala itu. Nombor telefon pejabatnya juga turut disertakan. Oh ya, namanya seakan-akan nama kakak kandungku, cuma nama kakakku dieja sebagai Shuhaiella. Kad namanya itu kemudiannya aku simpan dengan rapi di dalam poket kemejaku.

Aku sempat untuk mengucapkan terima kasih dan melambai kepadanya sebelum dia hilang dari pandanganku di dalam bas. Aku mampu untuk tersenyum sendirian ketika itu. Pasti riak wajahku ketika itu tidak dapat menyembunyikan apa yang tersimpan di dalam hatiku. Mungkin sesiapa sahaja yang memandangku ketika itu akan menganggap aku mempunyai masalah...

Aku berasa sedikit lega apabila dapat berbual dengan seseorang pada ketika itu. Rasa seperti seorang pendamping ketika aku benar-benar perlukan orang seperti itu. Tidak lama kemudian, aku pun turun di perhentian yang terletak paling hampir dengan rumah sewaku.

Ketika turun sahaja dari bas, perasan gusar itu datang kembali secara tiba-tiba. Alangkah indahnya jika semua itu adalah mimpi semata-mata. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasan berkecamuk di dalam hati yang aku rasakan ketika itu. Perutku juga sudah sekian kalinya berbunyi, memandangkan aku tidak menjamah apa-apa makanan pun sejak waktu tengahari tadi. Dengan langkah yang begitu berat, aku menggagahi jua untuk menuju ke rumah sewaku.....

(bersambung)


Wednesday 12 January 2011

Jejak kasih... (Bahagian 1)

Salam,

Kadangkala bila aku duduk berseorangan, aku akan mengimbau kembali memori-memori silam yang pernah terjadi sepanjang hidupku. Salah satunya yang menarik bagiku adalah ketika aku mengikuti pengajian Diploma Kimia Perindustrian di UiTM Arau, Perlis suatu ketika dahulu. Di akhir semester ke 5, kami diwajibkan untuk menjalani latihan pratikal bagi memenuhi keperluan kursus. Alhamdullilah, aku telah berjaya mendapat tempat di bahagian pemprosesan bagi kilang simen, CIMA Industries yang terletak di Bukit Ketri, Perlis. Bahagian yang aku ditempatkan ini banyak membuka mindaku mengenai kerja-kerja teknikal yang dijalankan di situ, memandangkan sebelum ini pengetahuan aku lebih kepada teori semata-mata. Pengalaman ini bukan menjadi teras kepada entriku ini, tetapi kepada suatu peristiwa yang lain.

Sumber gambar: Blog ini

Ketika menjalani latihan praktikal tersebut, aku telah menyewa sebuah rumah kampung yang kecil di Arau dan tinggal bersama dengan dua orang lagi rakan sekursusku. Sukar untuk dipercayai, tetapi kadar bayaran sewa bagi rumah tersebut cuma RM60 sahaja sebulan (ketika itu pada tahun 1999). Jadi, ianya tidak membebankan bagi kami yang tinggal bertiga, lebih-lebih lagi ketika itu tiada istilah pinjaman PTPTN seperti yang terdapat sekarang. Aku hanya mengharapkan duit dari familiku, itupun aku tidak sanggup untuk meminta dengan banyak, memandangkan aku masih mempunyai adik-beradik yang ramai dan masih belajar di universiti dan sekolah. Tambahan pula, ibuku tidak bekerja, dia hanyalah seorang surirumah sepenuh masa. Aku telah dijanjikan untuk menerima elaun dari kilang tersebut sebanyak RM150 sebulan, tetapi bayaran elaun tersebut akan dibayar di penghujung latihan praktikalku.

Sumber gambar: Sini

Suatu ketika di bulan pertama latihan praktikalku, ada seorang rakan perempuan sekursus denganku dan tinggal tidak jauh dari rumah sewaku datang berjumpa denganku untuk mengirimkan RM100 buat seorang lagi rakan perempuan sekursusku yang kebetulan membuat latihan praktikal di kilang yang sama. Kawanku itu ingin meminjam duit tersebut bagi membayar duit sewa rumahnya. Aku telah berjanji untuk menyerahkan amanah tersebut kepada orang berkenaan pada kemudian harinya. Duit yang tersimpan di dalam sampul yang sudah berlipat-lipat itu telah aku masukkan ke dalam poket seluar belakang jeansku yang ku gantung di dinding rumah sebelum aku masuk tidur. Keesokan paginya, seperti biasa, aku terpaksa keluar awal dari rumah untuk berjalan agak jauh sedikit untuk sampai ke jalan utama bagi menaiki bas ulang-alik Arau ke Kangar. Sebaik sahaja sampai di bandar Kangar, aku terpaksa menaiki sebuah lagi bas untuk ke kilang tersebut. Ketika dalam perjalanan, aku asyik memikirkan tentang objektif yang perlu aku lakukan bagi hari tersebut. Ketika waktu makan tengahari di kantin kilang, aku terserempak dengan rakan sekursusku itu yang ditempatkan di bahagian yang lain, dan aku terus menghampiri untuk berjumpa dengannya. Aku memaklumkan bahawa kawannya semalam ada mengirimkan sejumlah wang kepadaku untuk diserahkan kepadanya. Ketika aku menyeluk poket belakang jeansku itu, aku amat terkejut sekali kerana sampul duit tersebut telah tiada, dan aku baru perasan yang bahagian poket tersebut memang terdapat koyakan besar di bahagian bawahnya. Sebelum ini, pernah segenggam kunci-kunciku terjatuh dari poket tersebut. Menyedari kehilangan sampul tersebut, aku berkata kepada kawanku itu, yang kemungkinan aku telah tertinggalnya di rumah, dan dengan tidak langsung menjamah makan tengahari aku telah tergesa-gesa untuk kembali ke rumah sewaku dengan menaiki bas. Aku telah periksa dengan teliti setiap langkah yang telah aku gunakan untuk sampai ke kilang tersebut dari rumah sewaku itu, dengan harapan untung-untung dapat aku berjumpa kembali dengan sampul surat berwarna putih tersebut. Tetapi hampanya, aku tidak menemui sampul tersebut dan aku kembali semula ke kilang. Di akhir waktu bekerja, aku telah berjumpa kembali dengan rakanku itu dan menerangkan hal yang sebenarnya. Aku berjanji untuk membayar duit tersebut dengan secepat mungkin kepadanya memandangkan ianya amat penting baginya ketika itu.


Petang itu ketika di dalam perjalanan pulang ke rumah sewaku, aku asyik memikirkan tentang cara-cara untuk mendapatkan duit bagi diberikan kepadanya. Ketika sampai di bandar Kangar, aku telah menaiki bas untuk pulang ke Arau dengan agak awal, ketika itu bas tersebut masih kosong dan aku duduk bersandar dengan merenung keluar dari tingkap bas. Ketika bas tersebut hampir penuh dengan penumpang, aku perasan yang seorang wanita duduk di sebelahku, sekali imbas aku bayangkan yang dia kemungkinan berumur di antara pertengahan 20an atau awal 30an. Tetapi cara-cara untuk mendapatkan duit lebih aku fikirkan ketika itu. Aku terus duduk membisu dengan merenung keluar sambil kadangkala aku memandang ke lantai bas. Pada ketika itu, aku rasa langkah terakhir yang aku ada adalah dengan meminta duit dari ayahku, tapi aku rasa tindakan itu sangat-sangat tak patut untuk aku lakukan, sebab kecuaian ini berpunca dari diriku. Kalau aku nak pinjam duit dengan kawan-kawanku, mungkin mereka akan berikan, tetapi bila memikirkan ada yang sesetengahnya tidak mendapat bayaran langsung untuk menjalani latihan praktikal (yang mana mendapat tempat di jabatan-jabatan kerajaan), aku abaikan sahaja idea tersebut. Pada ketika itu, nilai RM100 adalah sangat tinggi, lebih-lebih lagi bagi seorang yang bergelar seorang pelajar seperti aku. Aku terus diam membisu..... buntu bagi memikirkan jalan penyelesaiannya... dan perjalanan untuk sampai ke rumah sewaku masih jauh lagi...

Gambar yang tiada kena mengena dengan cerita di atas...

Tuesday 11 January 2011

Kembali lagi...

Salam semua,

Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera...

Sorrylah agak lama x update entry terbaru. Sebab utama, my laptop dah kaput (maksud 'rosak' kalau ikut slang Jerman). Sebelum dia kaput, aku ada buat virus ngan malware screening guna free AVG 2011 antivirus software (yer, yg free punyer, nak beli yg full x mampu T_T). Lepas habis screening tu, dia ader keluar satu mesej yg kata boleh repair malfunction properties yg ada dalam komputer aku tu, tapi aku kena install satu lagi software. Siap kata boleh repair semua malfunctions tu untuk sekali sahaja, lepas tu kalau ader lagi, dia akan kenakan charge, saper yg x teruja biler baca kenyataan tu? Sama jer perasaan dia biler terlihat promosi beli satu percuma 2   O.o


So, aku dengan hati yg suci, pergilah install software tu. Lepas sambung surfing sekejap, aku offkan komputer dan terus masuk tido. Esok biler bangun awal2 pagi, dengan perasaan yg berbunga (belum gosok gigi lagi masa tu pun), aku onkan laptop aku tu... biler tgh loading tu, aku perasan yg interface dia ada jalur2 cam dalam filem Matrix tu. Oh noooooooo..... (ikut gaya Hanis Zalikha dalam video kat blog dia tu), hati aku dah rasa lain macam jer. Biler habis loading, dia kata Windows xleh nak access, so ader option untuk restart balik untuk dia check kalau ada apa2 error. Restart punyer restart punyer restart, dia punyer mesej sama jer. So, pastu aku bercadang untuk hantar laptop kat kawan aku yg ader kat sini yg mmg pakar IT, sebelum ni byk laptop2 yg hidup semula setelah berjumpa dengannya.

Lebih kurang macam nilah interface komputer aku biler nak start tu, canggih tak?

So, sebelum aku offkan laptop aku untuk kali terakhir, aku terdetik untuk klik pada 'Advanced Option' yg ader kat bawah sekali. Wah, macam best jer bunyi dia, dalam byk2 tu, ader satu yg buat aku tertarik, 'Windows Factory Recovery'. Aku pun apa lagi, why not give it a try, kalau berjaya, boleh jugak kira diri aku ni terer, untung2 leh bukak bisnes repair laptop nanti, ha ha ha (ketawa orang yg perasan bagus dan masih belum mandi pagi lagi)... Ok, dia keluarkan arahan untuk back up files sebelum dia restore ke factory setting (macam masa mula2 beli laptop tu dulu). Yahoo, file2 dah di back upkan, bangga seh... So dengan satu klik jer, dia tgh restore balik ke factory setting. Tunggu punyer tunggu punyer tunggu, dia punyer procsessing lembab yg amat. Dalam masa tu aku sempat untuk mandi pagi, buat sarapan, tgk TV sekejap, ke hulu & ke hilir dengan tiada tujuan yg jelas dan kembali semula ke dalam bilik untuk check perkembangan terkini. Ok, dah 90% installing! Yes, lepas ni bolehlah surf internet dengan lebih gumbira, hard disc storage pun dah makin byk capacity. Last sekali, dia keluar mesej untuk restart komputer, so aku pun tekanlah option 'restart' tu tanpa membaca Bismillah... Biler dia restart jer, screen terus blank dan keluar mesej 'Boot manager is missing, press Ctrl + Alt + Del to restart'. Oh nooooooooooooooooooooo..... (kali ni bunyi 'no' tu panjang sikit berbanding dengan yg first tadi). Biler byk kali restart pun, mesej yg sama jer tetap keluar. So, tulah detik2 terakhir aku bersama laptopku, hence, entry yg tidak diupdatekan untuk beberapa ketika.


p/s: Kalau jadi apa2 kat laptop korang dan korang rasa cam tak yakin jer nak repair sendiri, please leave it to the expert. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian lama lagi gaji nak masuk..... Cisss AVG, U've made me dropped my water face...

Friday 7 January 2011

Hargailah orang tua anda selagi mereka ada...

Video klip 'Awan Nano' oleh Hafiz AF7. Very touching...

 

Menambah ilmu yang amat berguna di masa lapang...

Salam semua,

Kali ini aku ingin berkongsi dengan anda mengenai dua tokoh dakwah Islam yang terkenal, iaitu Sheikh Ahmed Deedat dan juga Dr. Zakir Naik. Sheikh Ahmed Deedat dilahirkan di Gujarat, India pada 1 Julai 1918, dan dibesarkan di KwaZulu-Natal, Afrika Selatan. Kerja-kerja dakwah Ahmed Deedat adalah untuk menangkis aktivis 'missionaries' Kristian yang bergerak aktif di Afrika Selatan ketika itu. Setelah mendalami ilmu agama secara mendalam selama 6 tahun, akhirnya Ahmed Deedat mula menyampaikan dakwahnya bermula di Afrika Selatan dan akhirnya ke serata dunia. Apa yang menarik mengenai kerja dakwahnya, Ahmed Deedat akan berdialog dengan pemimpin-pemimpin besar Kristian  berlandaskan kepada Kitab Injil (Bible) mereka bagi menangkis idea yang mereka ingin sampaikan kepada orang bukan Kristian. Ahmed Deedat yang tidak menerima pendidikan formal, bukan sahaja seorang yang hafiz Al-Quran tetapi juga menghafal Kitab Injil, yang mana kebanyakkan pemimpin-pemimpin besar Kristian tersebut tidak menghafalnya.


Dunia dakwah Islam telah dikejutkan dengan berita kematian Ahmed Deedat pada 8 Ogos 2005, setelah beliau terlantar begitu lama akibat serangan strok. Alhamdullilah, sebelum beliau diserang strok, beliau telah memimpin seorang pelapis untuk menyambung kerja-kerja dakwahnya. Pelapis yang dimaksudkan adalah Dr. Zakir Naik, seorang doktor perubatan dari Mumbai, India. Di dalam dakwahnya, Dr. Zakir Naik bukan sahaja berdepan dengan golongan Kristian, tetapi juga golongan Hindu yang ingin berdebat dengannya. Seperti Ahmed Deedat, Dr. Zakir Naik akan menggunakan kitab-kitab suci golongan terbabit bagi menangkis segala hujah mereka. Beliau juga amat mengetahui mengenai kitab-kitab Veda, iaitu kitab suci bagi golongan Hindu. Banyak video-video kedua tokoh tersebut boleh ditonton di laman Youtube. Ada ketikanya, ketika aku mempunyai masa lapang, akan ku tonton beberapa video tersebut. Aku rasa kita perlu juga mempunyai sedikit, jika tidak banyak, mengenai ilmu-ilmu agama untuk dijadikan panduan dan pedoman, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di sesebuah negara yang bukan Islam. Semoga ilmu yang diperolehi bermanfaat bagi semua, Insya-Allah...


Dalam banyak-banyak video mereka di Youtube, aku paling kerap menonton video tersebut: Ahmed Deedat & Dr. Zakir Naik.


Thursday 6 January 2011

Cabaran baru bermula...

Salam semua,

Cuti panjang di sini sudah sampai ke penghujungnya. Maka bermulalah episod baru bagi kami yang masih berjuang di sini. Alhamdullilah, cuti baru2 ini, dapat saya gunakan dengan sebaik mungkin, dengan kebanyakkan masanya cuma duduk di rumah sahaja. Nak pergi jalan2 masa tu pun cuaca tak mengizinkan, ditambah pula dengan keadaan diri saya yang tak beberapa sihat untuk beberapa hari.


Sekarang ni kena tumpu balik pada research saya, nak kena habiskan segala penulisan thesis dan membetulkan apa2 kesalahan yang ada. Semoga semangat tahun baru ini, akan membuatkan saya berusaha dengan lebih kuat lagi, Insya-Allah...

Pada semua yang memulakan pengajian semula, tak kiralah yg kembali ke sekolah/politeknik/kolej/universiti, tentukan 'priority' anda, dan cuba sebaik mungkin untuk mencapai 'priority' tersebut. Buatlah yg terbaik, selebihnya, kita bertawakallah padaNya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Wednesday 5 January 2011

First challenge for the new year, yippie! :-)

Britain could be heading for coldest winter in 300 years

Britain is heading for the coldest winter in 300 years if the freezing weather continues, forecasters have warned.

Campaigners argue that cold weather is proof of global warming
The Met Office is already predicting a colder than average January with temperatures falling again from New Year's Day Photo: EPA
The average temperature of the season so far has been -0.8C (32F), colder than any year since 1683/84 when the mercury plunged to -1.17C (29.9C).

Traditionally a cold December leads into a chillier than usual January and February, meaning this winter could be one of the coldest on record.

Even though it has been warmer in the last few days, the Met Office is already predicting a colder than average January with temperatures falling again from New Year’s Day.

Dave Britton, of the Met Office, said the winter could be colder than normal.

However he pointed out that the forecast for January is uncertain at the moment and there are no predictions for February yet.
“We could be heading for a colder than average winter,” he said. “But there is a long way to go. We have a couple of months.”

The Central England Temperature Record, that goes back to 1659, recorded -0.8C as the average temperature up to December 29. This makes it equal coldest with 1890.

The coldest winter on record is 1683/84 at -1.17C (29F) just 67 years after the death of Shakespeare when Charles II was still on the throne. Frost fairs were held on the River Thames and the ground froze to a depth of 4ft in places.

If this winter breaks the record it would be the coldest in more than 1,000 years as temperatures are not believed to have gone below the current record since the beginning of the ‘Medieval Warm Period’ in 950.

Even if it remains around the -0.8C mark it will be cooler than the second coldest on record, the big freeze in 1962/63 when temperatures fell to -0.33C (31.4F) and Britain struggled through 71 days of consecutive snow and drifts up to 20ft high.

Ian Michaelwhite, of Netweather, said Britain was in the grip of a ‘mini-iceage’.

“We expect January to be colder than average - there’s no way we’re moving out of this mini ice age anytime soon,” he said.

The next couple of days will see warmer temperatures for December, which could push up the average for the month slightly.

However the Met Office predicts the weather will get colder towards the weekend with sleet and snow over high ground.