Kat UK ni, barulah first time aku makan kat kedai Subway. Dulu kalau kat Malaysia tak pernah lak perasan akan kedai ni, kalau terperasan pun, agak janggal bagi aku untuk makan roti pada waktu makan tengahari atau makan malam. 2 hari lepas, aku bercadang untuk makan tengahari di Subway. Alhamdullilah, di bandar Birmingham ni terdapat banyak kedai2 Subway yang Halal. Kalau aku makan kat situ, biasanya akan order menu yang sama ajer, 'a foot long Italian Herbs & Cheese with Meatballs Marinara, sampaikan orang yang keje kat situ dah tahu aper aku nak order. Hari tu biler aku nak pergi makan kat sana, ada seorang lelaki yang masuk ke dalam dahulu sebelum aku. Nampak dia perhatikan menu2 yang ader, tetapi kemudiannya dia hanya order secawan teh panas. Agak pelik bagi aku kalau orang pergi ke sana semata2 nak membeli secawan teh panas. Dia boleh jer beli kat cafe tepi jalan kalau nak.
"Are you the manager here?", tanya dia kepada orang yang bertugas di kaunter.
"No, the manager has just left a while ago. May I know why?", tanya pekerja kaunter tu.
"Is there any vacancy here?", tanya lelaki itu lagi.
"None at the moment. But, if you leave your CV here, I'll forward it to the manager, maybe he can take it from there", jawab pekerja kaunter itu.
"Great! I'll come back the first thing in the morning tomorrow with my CV. Cheers!", jawabnya dengan gembira sambil mencatatkan sesuatu ke dalam buku nota kecilnya.
"Yes, What would you like to order? Meatballs?", tanya pekerja kaunter tu kepadaku.
"Yes, please... You got that right", kataku sambil tersenyum.
Sambil makan roti tu, aku teringat kembali akan lelaki tadi. Mungkin dia betul2 tengah desperate untuk mencari keje. Mungkin juga sebelum tu dia dah bertanyakan di banyak tempat. Wallahualam. Beberapa hari sebelum tu, aku ada terlihat di warta berita yang mengatakan kadar unemployment di UK kini adalah di paras yang tertinggi sejak 17 tahun yang lalu. Alhamdullilah, aku masih lagi bekerja sebagai part-time cleaner di universiti aku, dapatlah aku gunakan duit tu untuk pergi melancong atau membeli barang yang lebih mahal yang aku ingini.
Biler berceriter pasal keje part-time ni, dah banyak keje part-time yang aku buat suatu masa dahulu. Lepas aku habis duduki peperiksaan SPM, aku dan rakan sebelah rumah aku telah bekerja sebagai waiter di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Aku dan rakanku itu bekerja di bahagian banquet dan biasanya kami akan bekerja apabila ada function seperti wedding atau makan malam tahunan sesuatu organisasi. Kalau bekerja tu, akan mengambil masa dari waktu tengahari (untuk menyediakan tempat berlangsung seperti susun meja, utensil, preparation untuk dewan, dsb) sehinggalah selesai majlis itu yang boleh menganjak ke pukul 1, atau 2 pagi. Lepas habis berkemas tu, kadang2 pukul 3 atau 4 pagi baru aku akan sampai di rumah. Kalau aku keje full untuk seminggu, hanya hujung minggu jer aku dapat berjumpa dengan ayahku, sebab dia akan keluar bekerja selepas subuh dan balik pada waktu malam. Aku hanya dapat bertahan selama sebulan ajer untuk keje kat hotel tu, rasa cam tak larat nak carry on. Member aku tu masih teruskan bekerja di situ lagi.
Kemudian, pada satu hari, aku telah berjumpa dengan seorang rakan sekolahku di bandar Kajang. Setelah berborak seketika, dia mengatakan yang dia tengah bekerja sebagai seorang part-time operator pengeluaran di kilang Denso yang terletak di Bangi. Dia mengajak aku untuk bekerja sekali dengan dia, yang akhirnya aku bersetuju. Aku dapati, kebanyakkan operator pengeluaran di kilang tersebut adalah terdiri dari Mat2 Bangla, so suka atau tak suka terpaksalah aku campur sekali dengan diaorang, especially biler balik keje tu, yang mana aku akan naik bas ramai2 ngan diaorang tu untuk ke bandar Kajang. Kat dalam bas tu, driver siap pasang lagu Hindi kuat2, siap diaorg ikut nyanyi sekali. Kat situ aku hanya keje untuk 2 bulan sahaja, sebab masa tu aku dapat tahu yang farmasi Guardian akan dibuka di Plaza Metro Kajang dan ada iklannya yang sedang mencari pekerja.
So, aku telah menghadiri temuduga sebagai seorang pembantu jualan, dan on the spot mereka telah menerima aku untuk bekerja. Ketika itu, aku berminat sangat untuk bekerja dengan Guardian kerana aku rasa dapat menambahkan pengetahuan mengenai ubat2an yang aku memang minat sejak dari kecil. Sebelum Guardian di Plaza Metro Kajang dibuka, semua stok barangannya terletak di warehouse di Jalan Chow Sow Lin, Cheras. Jadi, tiap2 hari aku dan seorang lagi staf akan menumpang kereta ahli farmasi, Dr. Sharifah untuk pergi ke sana dan membuat stock-take. Hampir 2 minggu jugak kitaorg buat stock-take sebelum semua stock tersebut dibawa ke Plaza Metro Kajang dan akhirnya farmasi Guardian di buka di situ. Ketika aku bekerja lebih 2 bulan di situ, aku disapa oleh seorang lelaki ketika dia membuat bayaran. Dia memperkenalkan dirinya sebagai pemilik sebuah kedai roti dan kek yang terletak tidak jauh dari farmasi aku bekerja. Dia kata dia ingin untuk mengambil aku bekerja di kedainya dan akan memberikan gaji yang lebih tinggi berbanding dengan apa yang aku dapat sekarang ni. Aku katakan tidak dapat memberikan jawapan pada ketika itu juga, jadi aku menjawab akan difikirkan dahulu tentang itu dan akan memaklumkan padanya sehari dua lepas itu. Keesokan harinya, aku telah pergi ke kedai lelaki berkenaan dan mengatakan aku terpaksa menolak pelawaan kerjanya. Aku katakan yang aku sudah seronok bekerja di sana, dengan terdapat ramai staf lain yang baik hati termasuklah Dr. Sharifah. Tapi sebenarnya, pengetahuan yang aku dapat selama bekerja di situ adalah lebih aku utamakan berbanding dengan gaji yang lebih tinggi itu. Aku boleh jer nak cari kerja yang menawarkan gaji yang lebih tinggi sedikit, tetapi pengalaman bekerja di tempat yang dapat menambahkan pengetahuan mungkin agak sukar sedikit. Dia agak kecewa sedikit dengan jawapan yang aku berikan, tetapi selepas itu dia masih membeli barang di Guardian dan kami masih bertegur seperti biasa.
Apabila memasuki bulan ketiga bekerja, aku telah mendapat tawaran belajar di ITM (sebelum ditukar nama ke UiTM), jadi aku nyatakan hasratku pada Dr. Sharifah yang aku akan berhenti pada penghujung bulan itu. Dr. Sharifah apabila mengetahui akan berita itu, memang menggalakkan aku untuk sambung belajar, malah dia gembira melihat seorang stafnya dapat melanjutkan pelajaran. Sebelum aku melanjutkan pelajaran, Dr. Sharifah dan rakan2 staf yang lain telah membuat sebuah jamuan kecil bagiku. Honestly, aku sangat gembira semasa bekerja di farmasi Guardian, banyak pengalaman telah aku timba, dari segi pengetahuan mengenai ubat2an yang aku dapat, melayani pelbagai karenah2 pelanggan yang ada ketikanya ok dan jugak tidak, pergaulan mesra dengan staf2 lain yang serasi serta melatih diri aku untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Itulah diantara keje2 part-time yang pernah aku buat selain dari menjual kuih ketika cuti sekolah menengah, he he he...
p/s: Sekarang ni rasanya memang susah untuk mendapatkan keje dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Oleh itu, pastikan tidak memilih sangat pekerjaan buat sementara waktu, dan jika ingin berhenti keje, pastikan sudah mendapat tawaran lain sebelum berhenti. All the best & good luck!
7 comments:
byk jugak keje part-time yg nabil pernah buat...tp pengalaman yg dilalui dr setiap pekerjaan yg dibuat 2 yg penting dan akan menjadi kenangan yg terindah buat kita...
Subway and Nandos UK still the best. yummy;)
pasni keja part time jaga kucing aku nak tak
ENTRY HOT : Beku
caya la bil.
nanti balik sini kita partnership jual ubat nuklear radiasi nak??
dengan itu kita leh cari budak2 part time untuk jual ubat tu.
hehe
Hahahahaha...pengalaman lebih berharga, tak siapa boleh copy and paste bro...
NORA : sengal ko...dari jaga kucing ko baik ko jaga je mamat africa zimbabwe ni..hahahaha
NUR HIDAYAH : hahhaha tak mampu aku nak jaga dia, jauh sangat
salam.suka attitude macam ni....keep it up.gud luck.
Post a Comment