Thursday, 27 January 2011

Siapakah Melchizedek?

Di dalam kitab Taurat (Old Testament di dalam kitab Injil/Bible) ada dinyatakan mengenai seorang karakter yang penuh misteri yang bernama Melchizedek. Dia dikatakan sebagai seorang raja dan juga paderi tertinggi yang menduduki bandar Jerusalem di Israel pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. ada dinyatakan berjumpa dengannya di bandar tersebut selepas pulang dari satu peperangan. Petikan ayat dari kitab Taurat yang paling menarik mengenai Melchizedek adalah:

"Without father, without mother, without descent, having neither beginning of days, nor end of life; but made like unto the Son of God; abideth a priest continually." Hebrews 7:3

Melchizedek memberikan Nabi Ibrahim a.s. sebuku roti dan minuman ketika baginda berjumpa dengannya. Sumber gambar: Wikipedia

Dia dikatakan dijadikan tanpa kehadiran seorang ayah dan ibu, tiada permulaan dan pengakhiran baginya, seorang yang seolah-olah seperti anak Tuhan dan menjadi seorang paderi buat selama-lamanya. Ada sesetengah pendapat dari golongan Islam mengatakan bahawa individu ini adalah Sam, iaitu salah seorang anak Nabi Nuh a.s. yang terselamat daripada bencana banjir besar yang dasyat suatu ketika dahulu. Penafsiran mengenai yang dikatakan tidak dijadikan dengan kehadiran seorang ayah dan ibu serta tiada permulaan dan pengakhiran adalah merujuk kepada dakwah yang dibawakannya sehinggalah dia berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s. dan menyerahkan urusan dakwah itu kepada baginda. Maklumat lanjut mengenai ini boleh dibaca di sini. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa individu misteri ini sebenarnya adalah Malaikat Jibrail a.s., di mana dia adalah yang bertanggungjawab dan berterusan menyampaikan wahyu bagi sekelian para nabi dan rasul sejak permulaan kejadian manusia untuk dijadikan panduan bagi sekelian manusia di atas muka bumi ini.

Raja Melchizedek sedang memberikan restunya kepada Nabi Ibrahim a.s. sekembalinya baginda dari satu peperangan. Sumber gambar: Link

Antara video-video yang berkaitan dengan karakter misteri ini adalah:

Spirit of Truth (Melchizedek)

Sheikh Ahmed Deedat, seorang pendakwah Islam berucap mengenai Melchizedek.

Walaupun siapa sebenarnya diri karakter misteri ini, adalah lebih elok untuk tidak memikirkan sedalam-dalamnya mengenai beliau, ada perkara lain di dalam agama Islam yang lebih baik untuk difikirkan. Hanya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua mengenai apa yang saya perolehi ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Wallahualam bissawab...

No comments: