Bersama papan tanda ke arah conference tu.
Pemandangan di luar dewan conference tersebut.
Dah memasuki musim luruh, dedaun mula berguguran...
Banner conference terbabit. Hadirkan diri sebab supervisor x dapat datang, dia outstation pulak.
Tapi oklah, tiket masuk dia bayarkan.
Dekat kaunter e-ticket.
Pas masuk.
Sebelum masuk dewan.
Di dalam dewan, di ruangan discussion.
Antara booth2 yang ada.
Sebuah mesin untuk menukarkan sisa2 buangan berasaskan kayu ke sumber tenaga yang baru (biogas).
Lagi mesin2 converter untuk pelbagai waste treatment.
Paling best dalam expo, boleh dapat banyak goodies, masa ni muka dah mula mengantuk...
Poster yang menjelaskan serba ringkas mengenai pengunaan bioenergy.
Satu quotation dari Pakcik Charles Darwin. Aku x suka pakcik ni...
Company Chesterfield, satu company yang otai dalam teknologi biogas.
Biogas reactor columns.
Booth diaorg ni yang paling cool sekali.
Sebuah kereta yang menggunakan biofuel.
Sebuah kereta lain yang menggunakan sisa buangan makanan untuk menggerakan kereta tersebut (biomass).
Masa untuk balik. Bersama dengan kereta second hand yang baru dibeli beberapa bulan yang lepas. Beli kereta ni hasil duit simpanan bekerja sebagai part-time cleaner di sini selama hampir 4 tahun. Ditambah pula dengan duit dari jualan kereta yang terdahulu dan sedikit duit dari elaun pengajian yang diterima sepanjang pengajian di sini. Walaupun aku bekerja cuma 3 jam sehari untuk 5 hari seminggu, tapi bayaran yang diterima hampir RM2,000 sebulan kalau convert ke currency Malaysia (belum tambah dengan bonus lagi). Sebab tu ramai rakyat Malaysia yang gemar untuk bekerja di sini (bayangkanlah gaji kalau bekerja sebagai seorang doktor atau engineer kat sini, mesti loaded punyer). Lepas nie kena fikir pasal custom tax pulak untuk bawak kereta ni masuk ke Malaysia...
Dengan no. plat UK. Nombor di plat tu (52) membawa maksud kereta tersebut didaftarkan dalam tempoh di antara September 2002 hingga Februari 2003.
Dengan custom made built in HP computer plus 7" touch screen monitor.
Antara lagu2 mp3 yang ada dalam simpanan.
Ada built in bluetooth handsfree sekali.
Warna Gunmetal Grey.
Dipintas di lebuhraya oleh versi yang terbaru, 370Z.
Cantiknyer.
p/s: Kalau kita hendakkan sesuatu benda, boleh berusaha sendiri, tidak perlu untuk ambil jalan ringkas. 4 tahun bukan lama sangatkan? Tapi apa2 pun, bersyukurlah dengan apa yang kita ada buat masa ini, mungkin kita akan mendapat yang lebih baik di masa hadapan, wallahualam.....