Masih saya ingat lagi peristiwa yang berlaku pada 26 haribulan Disember 2004. Pada hari tersebut, saya berada di Tanjung Bungah, Pulau Pinang untuk menghadiri satu kursus seminar yang dianjurkan oleh tempat saya bekerja. Sebagai penyelaras bagi penginapan dan tempat seminar, saya telah pergi ke Pulau Pinang sehari lebih awal, iaitu pada 25 haribulan Disember 2004 (Sabtu). Saya bersama seorang lagi rakan sekerja telah bertolak ke Pulau Pinang dari Perlis dengan menaiki kenderaan sendiri selepas waktu Zohor. Ketika menghampiri Jambatan Pulau Pinang, keadaan adalah begitu sesak sekali dengan beratus-ratus kenderaan yang ingin memasuki bahagian pulau. Mungkin ramai yang ingin mengambil kesempatan sempena dengan cuti yang panjang untuk beriadah di Pulau Pinang. Saya telah menghabiskan masa selama lebih sejam untuk melalui Jambatan Pulau Pinang pada hari tersebut. Selepas Asar, kami telah mendaftarkan diri di Tanjung Bungah Beach Hotel. Lokasi ini dipilih memandangkan kosnya yang agak berpatutan disamping terdapat persisiran pantai di hadapan hotel tersebut. Rombongan rakan-rakan sekerja yang lain (lebih kurang 30 orang) telah sampai pada waktu malam dengan menaiki sebuah bas khas.
Pada keesokkan harinya, kursus seminar ini telah bermula selepas kami semua bersarapan pagi. Cuaca pagi itu sungguh baik sekali. Dari luar bilik seminar kami, dapat kami lihat pemandangan pantai dan air laut yang begitu indah sekali. Sekitar jam 9.00 pagi, salah seorang rakan saya yang tidak dapat menghadiri seminar ini kerana kurang sihat, dan berada di bilik hotelnya, telah menelefon saya dan bertanyakan samada saya merasai satu gegaran. Dia kata bahawa dia telah merasai satu gegaran kuat di dalam biliknya, tetapi saya kata kami semua di dalam bilik seminar tersebut tidak merasai apa2, mungkin disebabkan oleh bilik seminar yang agak besar dan ucapan dari penceramah yang menggunakan pembesar suara, telah membuatkan kami tidak merasai apa2 gegaran langsung. Kursus seminar ini kemudiannya telah tamat pada pukul 11.30 tengahari, ketika itu ada cadangan dari rakan-rakan yang lain agar mengadakan acara sukaneka di pantai. Tetapi memandangkan cuaca yang agak terik ketika itu, ketua program mengatakan adalah lebih baik untuk kami menikmati makan tengahari dan terus balik semula ke Perlis (waktu mendaftar keluar adalah pada pukul 12.30 tengahari). Memandangkan saya sebagai penyelaras penginapan, saya dan seorang lagi rakan adalah orang yang terakhir dari rombongan kami untuk mendaftar keluar. Selepas sudah menunaikan solat Zohor di hotel tersebut, kami telah pergi ke bahagian pendaftaran bagi memulangkan kesemua kunci-kunci bilik dan membuat pembayaran. Ketika melakukan proses ini, kami dikejutkan dengan jeritan orang yang berada di bahagian luar hotel dengan mangatakan bahawa ombak-ombak kuat telah datang dan menghala ke arah hotel tersebut (waktu tersebut lebih kurang 1.45 tengahari). Jarak hotel tersebut dari gigi pantai adalah sejauh 100 meter, tetapi ombak-ombak tersebut telah mengenai bahagian hotel, dan warna ombak tersebut adalah begitu keruh sekali. Ketika itu, saya dapat melihat dengan jelas dua orang nelayan yang terkapai-kapai, setelah sampan kecil mereka telah terbalik dipukul oleh ombak-ombak tersebut.
Setelah menyelesaikan segala urusan pembayaran tersebut, kami telah keluar dari hotel dengan kadar segera. Dari jauh kami dapat lihat bahawa keadaan adalah begitu kelam kabut sekali. Keadaan di jalan adalah begitu sesak sekali, ketika melalui kawasan Tanjong Tokong, kami bercadang untuk berhenti dan melihat dengan mata sendiri akan kesan kemusnahan yang telah dilakukan oleh ombak-ombak tersebut. Gambar-gambar tersebut menceritakan peristiwa yang berlaku pada hari kejadian:

Ketika selamat keluar dari kawasan Tanjong Tokong (yang ni kat Gurney Drive).
p/s: Al-Fatihah kepada mereka yang telah terkorban ketika bala bencana ini, semoga roh-roh mereka akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin. Semoga peristiwa ini juga menjadi iktibar bagi mereka yang masih hidup. Wallahualam.....
13 comments:
Sekarang semua tempat2 tu banyak berubah..
Pantai Miami dah tak macam pantai..laut banyak.
Rumah Tsunami dah tinggal kosong sebab banyak dah pindah masuk flat.
Ooo, dah lama tak balik Pulau Pinang. Rindunyer.....
g phuket aritu takot2 juge.. alfatihah utk semua..
al fatihah
Al-Fatihah...
semoga menjadi pengajaran bagi manusia-manusia yang sering membuat dosa di tepi pantai...dan juga manusia-manusia lain..
al fatihah...
style baju ko dulu ni memang standard pegawai la hahaha.
satu lagi, artikel ko ni dah jadi macam style news plak. good2. nnti leh antar kat bharian ke, naik skit citation index ko :P
bayangkan batu penghadang jalan yang kalau nak angkat kena guna kren pon boleh beralih tempat.. betapa kuat kuasa ombak masa tu
yelah, style baju ala-ala pegawai daerah/ketua kampung. tak pun ketua belia 4B.
tak terasa masa berlalu masuk 4 tahun selepas peristiwa tsunami....
pada hari kejadian, ada gak member2 lama call. 'ko selamat ke? ko kat langkawi ke... belah malam tu baru tau ada tsunami melanda utara semenanjung
tengok gambar dengan berada di tempat kejadian mesti ada kesan yang berbeza..
Post a Comment