Friday, 18 September 2009

Kembali bersiaran.....

Salam semua, hari ni dah tepat 5 bulan aku tak update blog aku ni. Tatau nak kata apa, tapi punca utama sebab cam dah jadi bengong jer blog aku ni, biler dah sign in, dan nak post new entry, dia suruh sign in lagi sekali. Biler dah sign in, dan nak tulis entry yg baru, dia masih suruh sign in. Sign in punyer sign in, punyer sign in, punyer sign in, sampai aku jadi singa.....

Anyway, raya lagi 2 hari jer lagi. Aku confirm tak balik, tadi baru lepas check tiket bas ,dah habis dah semua destinasi London - Kuala Lumpur (ni kalau ader betul, kalau bertolak hari ni, mau lepas raya pun tak tentu lagi sampai kat Malaysia tu). Kalau hari raya akan jatuh pada hari Ahad ni, nanti kebetulan sama ngan harijadi aku lak, Alhamdullilah, susah2 ajer. Cakap bab persiapan raya, aku tak buat apa2 pun, baju tahun lepas pun ader lagi. Baju raya tahun ni tak beli pun lagi, ingat nak beli jersi bola jer, pastu pakai ngan seluar slack. Kalau pakai baju Melayu dan pergi city centre tu, mau jadi duta kebudayaan lak kat sana, he he he... Apa2 pun, raya kat sini meriah gak (amek hati sendiri), nanti hari raya pertama ni akan kitaorg buat sembahyang raya untuk semua masyarakat Melayu kat sini, aderlah lebih kurang dalam 200 orang. Biasanya aku akan duduk kat belakang, dulu pernah sekali, duduk saf paling depan, pastu diaorg takbir raya bergilir2, last2 giliran aku lak, mujur ada bawak kertas panduan takbir raya, selamat beb...

25 hb. September ni, genaplah aku berada 4 tahun kat Tanah Permaisuri ni. Dulu masih ingat lagi biler first time datang untuk buat Masters kat sini, rasa gembira yg tak boleh blah. Tapi sekarang ni rasa Malaysia gak yg best, ada famili aku, kawan2, kucing yg dulu aku bela dari kecik lagi, 1 Malaysia, F1 1 Malaysia dan yer, Laksa Asam Penang yg menjadi pojaan perutku pun ada di sana. Insya-Allah, dalam pertengahan tahun depan aku akan balik for good, harap dipermudahkan segala urusan olehNya, Amin.

Oklah, ni nak keluar untuk beli barang2 untuk buat jamuan open house hari raya pertama nanti. Kawan2 blog semua dipersilakan untuk datang, rumah kat 31 Findon Road, Ward End, Birmingham, B8 2BN. Kalau dari city centre tu kena naik bas no. 46, kalau sesat calling2lah..... Akhir kata, sy nak ucapkan:

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"

Pada semua komuniti bloggers Kampung Sri 360, pembaca2 blog sy ini, Cikgu Murni yg tgh sidai kain kat belakang tu, Pak Akop yg ader gigi emas baru tu, Encik Din yg dah selamat sampai kat kelantan pukul 2.30 pagi tadi, dan sesiapa sahaja yg mengenali sy.....

Mohon maaf jika sy ader tersalah kata, maklumlah sy hanyalah insan lemah yg tak pernah terlepas dari membuat kesalahan dan kesilapan.

p/s: Nilah budak yg aku tak sabar nak makan biler jumpa ngan dia nanti.....


8 comments:

Pink Marie said...

selamat hari raya juge tok peraih. pastu meh la ucap skali utk hari lahir.
happy bday tok peraih. yg ke berapa? haaa.... tungggguuuuu...

hai laksam pon sodap.

NaD said...

selamat hari raya nabil.. maaf zahir batin. ala, tahun ni je, tahun depan dah bleh raya sini dahh..

Selamat hari lahir jugak. moga murah rezeki dan sihat selalu :)

Armando De Luca said...

selamat hari raya & selamat hari jadi

floweristachantress said...

Selamat hari raya aidil fitri dr k.gee. Maafkan salah silap k.gee ya :)

selamat hari lahir jugak tuk Nabil, semoga pjg umur & murah rezeki

Dory said...

selamat hari raya n happy besday nabil..dah besa dh skrg.dulu kenal kecit je laa.. Hehe

zool irfan said...

selamat hari raya bil.
dah selamat hari jadi..

dah besar dah nabil ni... belaja rerajin ye nak..

SitiNur said...

Selamat Hari Raya utk Nabil.Maaf Zahir&Batin..:)

Akhirnya..Update juwe!

oh lupa Hepi Belated Besday!

Vilandra said...

glad to c u writing again..
mcm biasa, mesti gelak baca ur entry! selamat hari raya, maaf zahir dan batin..