Thursday, 22 October 2009

Sepetang bersamamu.....




Cam biasalah, ni entry yg terbaru setelah berabad lamanya tak menulis. Macam2 benda yg membuatkan ku sibuk dua tiga menjak nie, dari keje2 lab, sampailah ke aktiviti merempit kat tempat2 yg baru di UK nie. Biler dah dioccupied camni, hilanglah sikit rasa nafsu untuk berblog, kalau telan Viagra pun, belum tentu dapat membantu. Hujung minggu lepas ada melawat kawan sekelas masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu (Bro Farisan), skrg dia ngan wife dia dah dtg ke UK, wife dia sambung study PhD kat Preston. Dulu aku dan dia duduk serumah kat Seksyen 7, rumah tu dia yg carikan, sblm masuk rumah tu aku masih ulang alik dari Kajang ke Shah Alam tiap2 hari naik bas (4 kali bas pergi balik). Masa tgh mencari rumah untuk disewa, kebetulan rumah yg dia duduk tu ader beberapa buah bilik yg kosong, so dia tanya samada berminat ker tak, aku aper lagi, klepetslah salah satu bilik tu. Last2 sekali, semua student lelaki dalam sekelas tinggal sekali (lima org lelaki jer sekelas).

Masa awal2 pergi ke kelas dulu, kitaorg tumpang kereta Bro Farisan nie, sbb hanya dia sorang yg berkereta. Akhir sekali, kitaorg yg tak berkereta nie berbincang untuk potong pagar belakang UiTM yg menghadap rumah kitaorg, sbb kalau berjalan kaki cuma 2 minit jer nak ke kelas (masa tu kelas kat Pusat Innovasi, dekat ngan pintu belakang UiTM). So, pada satu pagi hujung minggu yg hening, kami bertiga melakukan keje yg memukau ini. Laluan mantap nie amat berguna kat kitaorg sehinggalah pada satu petang yg gelap lagi malang, salah sorang dari housemate aku tu kena tahan ngan Pak Guard, mujurlah dia kata pagar tu mmg dah kena potong, so tak diambil apa2 tindakan. So, lepas tu pagar berkenaan dibaik pulih seperti sediakala. Lepas kejadian tu masing2 dah berkenderaan, so xder masalah lagi nak ke kelas. 

Biler berjumpa kembali dgn dia baru2 nie, macam2 cerita yg kitaorg sembangkan (dah lebih 5 tahun aku tak jumpa dia), dari kisah2 cinta yg tragis dan menyayat hati sehinggalah ke kisah2 lecturer yg kitaorg tak suka, yg hampir2 membuatkan aku ngan dia untuk mendaftarkan diri kat Kem Al-Qaeda, Afghanistan. Anyway, dia byk berjasa kat aku dan kawan2 serumah masa kitaorg study dulu, bersyukur sgt dapat sorang kawan cam dia nie, kini kalau aku rasa tensi2, bolehlah berjumpa ngan dia dan berucaptama panjang lebar yg dapat mengalahkan Datin Seri Rosmah Mansur (ampun noks...)


p/s: hari tu masa pergi melawat rumah dia kebetulan dia buat birthday party untuk daughter dia, so cute... 



Bro Farisan cutting the birthday cake for her daughter, Khayra.





3 comments:

Mem Aluya said...

Hahahahah... entri yang menyaspenkan Bamin... sebab dia tengok bini dia tersenyum simpul ketika mengadap komputer.

Tok Ketua said...

hahahahaha.. ada lg rupanya.. ingatkan dh ditelan oleh krisis ekonomi dunia...mcm biasa jgn lupa blk nanti ajar aku wat bom..

Marikh said...

At least update blog kau yea, bz sgt nie sampai friendster x jengok. Nak tanya ckit, hang tak open facebook ke...