Saturday 25 September 2010

Salam perantau.....

Salam semua,

Berjumpa lagi selepas beberapa dekad dengan tiada post entry yang terbaru. Harap jangan risau akan kekeringan post2 yang terbaru semenjak dua menjak ni, kalau aku hilang dengan begitu lama pun, harap tidak melaporkan kehilanganku ke Balai Polis Banting, kerana aku masih bernafas seperti biasa di sini.

Ok, bercakap mengenai suasana raya, kami di sini berhari raya setarikh dengan raya di Malaysia, iaitu pada hari Jumaat, 10 September 2010. Kami mendapat makluman mengenai tarikh hari raya ini daripada Malaysian Students Department (MSD), London. Kalau kat TV mmg xder segmen pengumuman oleh penyimpan mohor besar... 

Alhamdullilah, tradisi takbir raya dari rumah ke rumah masih diamalkan di sini pada malam menjelang  hari raya, so terasa kemeriahan walaupun berjauhan dengan keluargaku. Insya-Allah raya tahun ini akan menjadi raya terakhirku di bumi permaisuri ini, semoga tahun depan dapatku beraya dengan famili, memohon maaf dan mencium tangan kedua parentsku, bergaya dengan adik beradik, berkunjung ke rumah sanak saudara dan membuat persiapan raya secukupnyer.

Antara gambar-gambar kenangan hari raya bagi tahun ini:

Sepanjang malam2 Ramadhan diisi dengan Tadarus Al-Quran, dengan tempat untuk bertadarus dirotate diantara ahli2 tadarus.

Giliran bertadarus dirumah bujangku.

Hidangan ala kadar yang disediakan bagi ahli2 tadarus yang hadir.

Takbir raya pada malam menjelang hari raya, 9 September 2010.

Takbir raya diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Yunus, yang berjubah dan memakai kopiah berwarna putih (pelajar PhD jurusan agama). Ketika ini bertakbir di rumah Bro Rosli.

Bergambar pada pagi hari raya sebelum menunaikan sembahyang raya. Malam raya bermalam di rumah famili ini untuk merasai kemeriahan menyediakan juadah untuk pagi raya (aku tak tolong apa2 pun, sorry yer, he he he...)

Pagi raya berkumpul di rumah famili Nik sebelum menunaikan sembahyang raya. Juadah disediakan secara pot luck (masing2 membawa sedikit makanan).

Beriadah di pagi raya...

Antara tetamu2 yang hadir.

Tuan rumah yang segak mengenakan pakaian raya serba hijau.

Kanak2lah yang paling gembira di pagi raya...

 Open house pertama 1 Syawal.

Macam2 ader...

Sessi beramah mesra dengan kucing tuan rumah kedua...

Open house pada hari raya kedua.

Majlis Mega Raya Birmingham di Cadbury Room, University of Birmingham, UK.

Ucaptama oleh Tuan Penghulu Birmingham, Al-Fadhil Ustaz Zainur (pelajar PhD jurusan agama).

Antara tetamu2 yang hadir.

 Ucapan oleh Dr. Sani Amril yang baru sahaja menamatkan pengajian PhDnya pada minggu pertama Syawal. Tahniah diucapkan...

Penyampaian cenderahati kepada Dr. Sani.

Diadakan juga upacara mencukur jambul bagi seorang bayi yang baru dilahirkan disini...

Jamuan bermula...

Sessi bergambar bagi kaum lelaki.


p/s: Kalau ader kekuatan, jangan lupa untuk puasa 6 yer...



2 comments:

zool irfan said...

tak la rasa sunyi sangat ye kalau beraya di sana..

taun depan jemput la datang open house ke rumah

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Tq Zool. Susah2 ajer...