Thursday, 17 March 2011

Kita & teknologi nuklear.

Salam semua,

Sejak akhir2 ini, ramai orang yang berasa risau, malah melenting dan melatah akan situasi loji nuklear yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami yang terletak di Fukushima, Jepun. Tempias ini juga berlaku di kalangan orang di Malaysia. Persoalan besar, adakah teknologi nuklear itu selamat.? Jawapannya, ya dan tidak. 'Ya', jika ianya digunakan sebagai alternatif sumber tenaga (menjana elektrik) dan 'tidak' jika ianya digunakan untuk menghasilkan senjata2 nuklear. Pada pendapat saya, ramai yang risau kerana terbayangkan betapa dahsyatnya akan peristiwa pengeboman nuklear di bandar Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia yang Kedua. Kesannya memang begitu teruk sekali, malah ramai rakyatnya yang terkorban (lebih dari 150,000 orang) dan kesan radiasi yang dikeluarkan telah berpanjangan untuk beberapa generasi yang akan datang.

Sumber gambar: (Link)

Untuk pengetahuan, di dalam penghasilan senjata2 nuklear, pihak terbabit akan memaksimumkan penggunaan bahan nuklear, kebiasaanya Uranium (U-235) bagi senjata2 tersebut untuk memberikan impak yang besar. Ini berbeza dengan jumlah Uranium yang digunakan di dalam loji2 nuklear di seluruh dunia. Jumlah yang digunakan adalah seminimum yang mungkin. Sebagai perbandingan, bom nuklear (Little Boy) yang telah digunakan untuk mengebom bandar Hiroshima menggunakan sebanyak 64 kg Uranium, manakala untuk kegunaan loji nuklear adalah sekurang-kurangnya 50 kg bagi setiap reaktor. Selain daripada itu, gred Uranium yang digunakan untuk senjata nuklear adalah Uranium yang diperkaya tinggi (Highly Enriched Uranium) berbeza dengan gred yang digunakan di loji2 nuklear (Low Enriched Uranium). Uranium yang diperkaya tinggi mempunyai faktor pemusnah yang sangat tinggi (menyebabkan tindakbalas berantai yang lebih mudah dan berpanjangan) berbanding dengan gred yang satu lagi.

 Sumber gambar: (Link)

Agak mustahil jika negara Jepun tidak memikirkan tentang bahaya teknologi nuklear sebelum mereka membangunkan loji2 nuklear mereka. Sebelum pembangunan sesebuah loji nuklear, beberapa piawaian ketat haruslah dipatuhi sebelum mendapat kelulusan untuk dibina. International Atomic Energy Agency yang bernaung di bawah United Nation (UN) akan memantau sesuatu projek yang  akan melibatkan penggunaan bahan nuklear (terutamanya loji elektrik berasaskan nuklear) serta dibantu oleh agensi2 nuklear tempatan bagi sesuatu negara itu. Penjanaan kuasa elektrik yang berasaskan kepada arang batu dan minyak mentah dikebanyakkan negara di dunia ketika ini akan menyumbang kepada 'Global warming' di dalam jangkamasa yang panjang disebabkan oleh penghasilan gas karbon dioksida, CO2 yang akan menipiskan lapisan ozon. Satu maklumat yang menarik, jumlah tenaga elektrik yang sama dapat dihasilkan oleh 1 kg Uranium berbanding dengan 17,000 kg arang batu [sumber]. Bayangkan betapa jimatnya dalam menghasilkan tenaga elektrik dengan menggunakan Uranium dan teknologi ini adalah dikira sebagai 'Green Technology'.

Sumber gambar: (Link)

Hari tu kecoh juga di Malaysia, kata nak mulakan loji nuklear kita sendiri, tetapi sampailah ke hari ini masih lagi di dalam perancangan. Kalau nak teruskan juga dengan pembakaran arang batu, kita kena fikirkan akan teknologi untuk mengurangkan pelepasan gas CO2 ke udara. Teknologi yang berasaskan 'Carbon capture & storage' pun masih baru lagi di UK ni, jadi kemungkinan teknologi ini akan sampai ke Malaysia berpuluh tahun akan datang. Sebagai kesimpulan, pada pendapat peribadi saya, tidak salah untuk membangunkan teknologi nuklear bagi penjaaan elektrik, sekiranya segala piawaian  ketat dapat dipenuhi dan memastikan tahap keselamatan pada loji itu sendiri dan juga masyarakat sekeliling adalah pada paras yang tertinggi.

Sumber gambar: (Link)

p/s: saya bukan pakar nuklear langsung, nukilan ini ditulis berdasarkan pembacaan saya selama ini (dulu memang ada cita2 nak jadi seorang pakar nuklear, tapi rasa macam susah sangat, jadi saya bertumpu pada bidang yang lain). Kalau nak tahu, negara Israel memang pasti telah ada senjata2 nuklear [sumber], kenapa pula pihak antarabangsa nak ambil tindakan ke atas negara Iran yang belum terbukti menghasilkan senjata2 nuklear?

Sumber gambar: (Link)

Peace yo!!



3 comments:

GiveAsh said...

ilmu yg bagus..thanks..

neesa_jun said...

saya membacanya =) terimakasih..

zool irfan said...

1kg uranuim = 17 000kg arang batu.

ikut kan uranim ni kalau pasang kat kete tak payah pakai minyak kan.. dapat 10 gram pun jadi lah..

nak tanya skit kat prof.. radiasi nuklear ni dia bentuk macam mana?
habuk ke? bentuk garam ke? atau takde bentuk?

kalau binatang makan radiasi ini, contohnya ikan makan radiasi ni, kita boleh tak makan ikan tu?
sebab jepun kata lama2 radiasi akan hilang sebab ikan makan..
saya makan sushi.. saya muskil la prof..

terima kasih
teruna hebat.