Tuesday, 27 May 2008

WTF???



Apahal lak tiba2 org Melayu jadi terrorist ni? Kan lagi elok kalau letak org Yahudi (Israel), diaorg tulah terrorist yg sebenar. Bodoh betul, tak faham aku...

Thursday, 22 May 2008

Marilah kita semua bersatu (united we all)!


Buang yg biru, amek yg merah (no offence).

p/s: Rambut skrg ni dah panjang, kalau mak tahu mesti kena belasah ngan penyapu nanti.

Thursday, 15 May 2008

Paderi yang insaf


Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh Tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. Katanya, "Menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi kota Mekah tanpa kenderaan dan kabilah. Pada suatu hari, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani (Paderi Kristian)." Bila dia melihat aku dia pun berkata, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?".


Ibrahim segera menjawab, "Ya, tidaklah aku akan menghalangi kehendakmu itu." Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya, "Tiadalah ingin aku memberitakan kepadamu bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu." Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku di hadapan seteru engkau ini".


Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali. "Sesudah itu aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu, "Wahai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan yang ada pada kamu. Rahib itu terus berdoa, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dahulu".


Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu, Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku akan makan sehingga engkau memberitahukan (hal ini) kepadaku." Jawab rahib itu, "Wahai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah (pengenalan) engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya aku telah membuang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang teguh kepadaNya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah Dia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan ucapan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)".


"Maka sukacitalah aku setelah mendengar jawapan rahib itu. Kemudian aku pun meneruskan perjalanan sehingga sampai ke kota Mekah yang mulia. Setelah kami mengerjakan Haji, maka kami tinggal dua tiga hari lagi di tanah suci itu. Suatu ketika, rahib itu tiada kelihatan olehku, lalu aku mencarinya di Masjidil Haram, tiba-tiba aku mendapati dia sedang bersembahyang di sisi Kaabah." Setelah selesai rahib itu bersembahyang maka dia pun berkata, "Wahai Ibrahim, sesungguhnya telah hampir perjumpaanku dengan Allah, maka peliharalah kamu akan persahabatan dan persaudaraanku denganmu".


Sebaik sahaja dia berkata begitu, tiba-tiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pulang ke rahmatullah. Seterusnya Ibrahim menceritakan, "Maka aku berasa amat dukacita di atas pemergiannya itu. Aku segera menguruskan hal-hal pemandian, kapan dan pengebumiannya. Apabila malam tiba aku telah bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik sekali tubuhnya dihiasi dengan pakaian sutera yang indah." Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankah engkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah terhadap engkau?".


Rahib itu menjawab, "Aku berjumpa Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkanNya, semua itu kerana aku bersangka baik kepadaNya dan Dia menjadikan aku seolah-olah bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat." Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan. Walaupun salah seorang dahulunya beragama lain, tetapi berkat keikhlasan dan kebaktian kepada Allah, maka dia ditarik kepada Islam dan mengikuti ajaran-ajarannya."

Wednesday, 14 May 2008

Apakah itu DNA?


Kalau kita tgk drama CSI kat TV tu, mesti kita perasan yg pakar2 forensik tu dapat menyelesaikan sesuatu kes itu (pembunuhan, penculikan dan sebagainya) dgn menggunakan sampel2 DNA yg telah ditemui di tempat kejadian. Jadi, apakah itu DNA?


DNA adalah singkatan bagi Asid deoksiribonukleik (Deoxyribonucleic acid). Peranan utama molekul2 DNA adalah sebagai penyimpan maklumat2 genetik untuk di gunakan di dalam pembinaan komponen2 sel, seperti protein (berfungsi sebagai enzim / penggiat aktiviti2 biokimia di dalam badan) dan molekul2 RNA (berfungsi sebagai pengatur di dalam proses penukaran DNA kepada protein).


Di dalam sel2, DNA terletak di dalam struktur yang dikenali sebagai kromosom. Kromosom2 ini akan disalin sebelum sel2 terbahagi (dari satu sel induk terbahagi kepada 2 sel yang berbeza), di dalam suatu proses yang dikenali sebagai penggandaan DNA (DNA replication).


Pakar2 forensik boleh menggunakan DNA yang diperolehi dari darah, air mani, kulit, air liur ataupun rambut yang dijumpai di sesuatu tempat kejadian, untuk mengenalpasti penjenayah yang terlibat. Proses ini dikenali sebagai cetakan jari genetik (genetic fingerprinting). Di dalam proses ini, panjang suatu bahagian DNA yang berulang (short tandem repeats dan minisatellites) akan dibandingkan dengan maklumat DNA mereka yang terdapat di dalam senarai database DNA.



Kaedah ini adalah satu teknik yang amat berkesan sekali untuk mengenalpastikan seseorang penjenayah itu. Walaubagaimanapun, pengecaman ini adalah sukar untuk dilakukan jika di tempat kejadian telah dicemari oleh DNA daripada beberapa orang individu2 yang berbeza. Mereka yang disabitkan di atas jenayah2 yang tertentu, akan dipastikan untuk memberikan sampel2 DNA mereka untuk disimpan disenarai database DNA tersebut sebagai rujukan dimasa hadapan. Satu fakta yang menarik, tiada dua individu di dunia ini yang mempunyai 100 % kandungan DNA yang sama, walaupun kedua2 individu tersebut adalah kembar seiras. Akan tetapi, terdapat juga segmen2 tertentu pada DNA yang mempunyai persamaan dengan individu yang lain. Ini termasuklah kod2 maklumat genetik yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain (ayah / ibu ke anak) dan penurunan kod2 maklumat genetik pada generasi yang sama (abang & adik atau kakak & adik). Jadi, di dalam kes2 yang tertentu, seperti kes pembuktian hak milik seseorang anak ataupun pengecaman ke atas satu mayat yang tidak dapat dikenalpastikan secara fizikal, DNA daripada ahli2 keluarga yang terdekat dapat menyelesaikan masalah2 tersebut.



Akhir sekali, kaedah ini lebih mudah untuk digunakan untuk mengenalpasti seseorang mangsa yang telibat di dalam suatu bencana alam atau tragedi yang besar (ramai yang terkorban), seperti ribut taufan, tsunami, gempa bumi dan kemalangan kapal terbang.

Friday, 9 May 2008

Penduduk kampung terakhir yang berpindah?


Akhirnya akupun terpaksa akur........ Semua penduduk2 kampung yang lain dah berpindah. Tinggallah aku sorang2 kat kampung lama tu. Tiap2 hari asyik tengok ayam dan itik yg sama jer, walaupun bilangan ayam makin berkurangan dari hari ke hari, sebab aku buat ayam percik untuk hidangan aku.

Selalu gak duduk kat bawah pokok besar kat depan rumah kampung aku tu. Dulu kalau selalu duduk2 kat situ, ramai orang2 kampung yang akan lalu lalang. Oh, bagaimana dapat ku lupakan gadis2 kampung yang persis seperti Jessica Alba yang selalu melintasi tempatku berehat ini. Kini mereka tiada lagi di sini.

Oleh itu, aku juga bertekad untuk berpindah ke kampung yang serba baru bagiku ini. Dengan hasil jualan dari petai2 kampung, dapatlah ku buat tambang untuk sampai ke perkampungan ini (menaiki kapalterbang MAS 'First Class'). Sekarang ni tengah mencari rumah pulak. Hampir kesemua tempat dah dipenuhi dengan rumah2 penduduk kampung. Tinggallah satu lot kawasan rumah yang terletak bersebelahan dengan kawasan perkuburan dan hutan tebal. Walaupun hatiku tak berasa berapa sedap, aku sanggupkan jua, itu pun salah aku gak, sebab lewat tiba di sini.

Harap pemindahanku di sini akan membawa sinar bahagia yang baru kepadaku. Paling kurang pun bolehlah aku mulakan balik tanaman petai2 kampung. Rasa cam nak ternak udang harimau pun ada gak.

Hai penduduk2 kampung semua, aku baru sahaja sampai di sini, harap dapat kita bermuafakat. Masih baru sangat di kampung ini, tolonglah tunjuk ajar apa2 yang patut dan yang tak patut kalau nak ajar sekalipun boleh gak.

Wassalam.


p/s: Bergambar dengan rakan baik, Joseph Msika, masa sama2 mencari petai hutan dulu.