Wednesday, 14 May 2008

Apakah itu DNA?


Kalau kita tgk drama CSI kat TV tu, mesti kita perasan yg pakar2 forensik tu dapat menyelesaikan sesuatu kes itu (pembunuhan, penculikan dan sebagainya) dgn menggunakan sampel2 DNA yg telah ditemui di tempat kejadian. Jadi, apakah itu DNA?


DNA adalah singkatan bagi Asid deoksiribonukleik (Deoxyribonucleic acid). Peranan utama molekul2 DNA adalah sebagai penyimpan maklumat2 genetik untuk di gunakan di dalam pembinaan komponen2 sel, seperti protein (berfungsi sebagai enzim / penggiat aktiviti2 biokimia di dalam badan) dan molekul2 RNA (berfungsi sebagai pengatur di dalam proses penukaran DNA kepada protein).


Di dalam sel2, DNA terletak di dalam struktur yang dikenali sebagai kromosom. Kromosom2 ini akan disalin sebelum sel2 terbahagi (dari satu sel induk terbahagi kepada 2 sel yang berbeza), di dalam suatu proses yang dikenali sebagai penggandaan DNA (DNA replication).


Pakar2 forensik boleh menggunakan DNA yang diperolehi dari darah, air mani, kulit, air liur ataupun rambut yang dijumpai di sesuatu tempat kejadian, untuk mengenalpasti penjenayah yang terlibat. Proses ini dikenali sebagai cetakan jari genetik (genetic fingerprinting). Di dalam proses ini, panjang suatu bahagian DNA yang berulang (short tandem repeats dan minisatellites) akan dibandingkan dengan maklumat DNA mereka yang terdapat di dalam senarai database DNA.



Kaedah ini adalah satu teknik yang amat berkesan sekali untuk mengenalpastikan seseorang penjenayah itu. Walaubagaimanapun, pengecaman ini adalah sukar untuk dilakukan jika di tempat kejadian telah dicemari oleh DNA daripada beberapa orang individu2 yang berbeza. Mereka yang disabitkan di atas jenayah2 yang tertentu, akan dipastikan untuk memberikan sampel2 DNA mereka untuk disimpan disenarai database DNA tersebut sebagai rujukan dimasa hadapan. Satu fakta yang menarik, tiada dua individu di dunia ini yang mempunyai 100 % kandungan DNA yang sama, walaupun kedua2 individu tersebut adalah kembar seiras. Akan tetapi, terdapat juga segmen2 tertentu pada DNA yang mempunyai persamaan dengan individu yang lain. Ini termasuklah kod2 maklumat genetik yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain (ayah / ibu ke anak) dan penurunan kod2 maklumat genetik pada generasi yang sama (abang & adik atau kakak & adik). Jadi, di dalam kes2 yang tertentu, seperti kes pembuktian hak milik seseorang anak ataupun pengecaman ke atas satu mayat yang tidak dapat dikenalpastikan secara fizikal, DNA daripada ahli2 keluarga yang terdekat dapat menyelesaikan masalah2 tersebut.



Akhir sekali, kaedah ini lebih mudah untuk digunakan untuk mengenalpasti seseorang mangsa yang telibat di dalam suatu bencana alam atau tragedi yang besar (ramai yang terkorban), seperti ribut taufan, tsunami, gempa bumi dan kemalangan kapal terbang.

20 comments:

cik tun teja said...

tudiaaa....skali hupdate siap kuar bab sains biologi lagik...hehe..seb baik kakak tak dok aliran sains dulu..kotidak mo sewel nak menghapai..ahak!

tpkan citer bab dna nikan..geramm jugak nih..pasat kes malang adik nurin tu depa tak mampu nak setel lagik? takkan takdak cap jari ka, rambut si hiblih tu pat situ..musti ada punya..

ker..mmg team CSI kiter tak terer cam kat lam tibi tu..

p/s : paling skee CSI : LAS VEGAS!

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Pasal kes adik Nurin tu, video CCTV yg ader tu pun kena hantar ke FBI Amerika untuk buat video tu kelihatan lebih jelas.

So, dari situ pun dah tahu peralatan2 kat lab jenayah kat Malaysia ni camner.

DT said...

haa...tudiaaa!!
sekali ko...hamik...
satu entry just like intro for DNA.

nway...seriously...bab DNA nie bab yg menarik time skewl dulu...but at the same time...bab pling susah nk ingat..

p/s: i guess itsnt not too late yet for me to welcome u to blogspot community. so then, selamat dtg pak. :P

p/s(2): saya jugak budak bru belajar.

Saya said...

wah sudah berpindah ke blogspot.. x tau pn.. sebaek topek letak link kt blog die...

p/s: nabil jim rindu aku x? hahaha

yaya|azura said...

saya mempunyai DNA yang luar biasa .. sebab itu saya comel ya amats .. huahahahahaha.

Kakak Tiri said...
This comment has been removed by the author.
Kakak Tiri said...

Molekul-molekul DNA Kakak telah bercampur aduk dengan sel-sel hemocytes yang telah menyebabkan sistem immunisasi anthropod di dalam diri Kakak bertindakbalas secara ferocious sekiranya berlaku sebarang cuit-cuitan emosi yang kurang rasional pada pemikiran seorang Kakak Tiri.

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Yaya, mintak DNA awk tu sikit, boleh tak?

Tukar ngan selulit sy...

ngomel@n fizzzy said...

tp mengikut pengetahuan fz, CSI di Malaysia dibawah pihak polis berbeza di USA,CSI dibawah diletakan di unit berbeza dan dilatih tidak mem"favour" polis. Jd tahap kecekapan mereka lebih baik.(dan tak ada sebab bukti tak ada @ hilang, disebabkan perkara2 yg tidak masuk akal).

KitKet said...

bercakap pasal dna neh.. mak pon ada satu kemuskilan yang mak nak tanya dr neh..

macamana dgn org yang diklon kan tu? i mean let say amek dna angelina jolie ker catherine zeta jones ker lepas tu letak kat rahim ibu tumpang. so baby tu nanti akan ada dna sapa? combinations of celebtrity dgn ibu tumpang tu ker? nanti kalau ada mixed cemana? nak tangkap sapa?

adoi.. tetiba mak sendiri terkonpius dengan soklan mak tersebut.. pening* ah!

zool irfan said...

Kesan DNA saya kekadang tertinggal di tisu.
saya selalu nampak kesan DNA k-e di kain tualanya...

cik tun teja said...

eh zool. bukan aritu depa cakap kesan dna ko terpalit pat dinding seblah katil ko ker..??

ngiah ngiahhh!! bluwekksss!!!

yaya|azura said...

takmo tukar ngan selulit... tidakkkk .. ooo tidakkkk... nehi .. nehi.... *pengsan*

KitKet said...

zool jangan selalu main tembak dinding.. pi main dart tu

Tok Ketua said...

zool nyer dna pun leh nmpk kat poket belakang boxer k.e..

sejak kebelakangan ni semakin kerap DNA tu kelihatan dgn mata kasar.. tapi tidak boleh tuduh sebarangan kene bwk kat lab utk ujikaji...

nabil nanti aku send kan dna nya melalui email yer.. ko check la.. betul ke x..

zool irfan said...

bill.. nape ada komen yg deleted tu...
bak mai sini nak tengok..
mana la tau ada cite panas ke?

SilverFerio said...

topik menarik... nabil ada sampel dna alien tak

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Kalau manusia klon tu, dia bergantung kepada DNA yg lebih dominant (kuat). Katakan kalau kita nak klonkan Angelina Jolie (kan lagi baik kalau klonkan Jessica Alba, ehem ehem), DNA yg memberikan kod2 genetik yg tertentu, seperti warna mata, rambut dan ciri2 fizikal akan menjadi lebih dominant. Oleh itu, manusia yg terhasil akan menyerupai dengan Angelina Jolie yg sebenar.

Walaubagaimanapun, dengan kehadiran ibu tumpang, akan menjadikan DNA Angelina Jolie klon itu tidak 100% tulen seperti DNA asal Angelina Jolie. Ini kerana sebahagian DNA daripada ibu tumpang tersebut akan bergabung dengan DNA daripada Angelina Jolie, walaupun DNA dari ibu tumpang ini tidak dominant dalam memberikan kod2 genetik kepada keturunan yang berikutnya.

Emm, rasa macam nak amek Panadol lak lepas terangkan ni :'(

Gee said...

DNA clone nih kalau ada ibu tumpang lain dari individu yg kita klonkan tu kita terpaksa terima DNa dari mitrokondria telur ibu tumpang tu.. tu yg tak 100% DNA org yg kita clone termasuk sket mitrochondrial DNA tu pasal kdg2 utk specifik identification ada kaedah microsatellite yg gunakan mitrochondrial DNA...

hihihih pas cakap2 nih rasa nak pi minum kopi ais kat warung tok ketuek plak.. nak masukkan kesan cafein jap..

Tok Ketua said...

setelah tok baca huraian2 kowang.. hampir separuh kafien tok hilang dlm bdn.. huhuh