Tuesday, 30 November 2010
Monday, 29 November 2010
Saudi Arabia urges US attack on Iran to stop nuclear programme.
Saudi Arabia urges US attack on Iran to stop nuclear programme
• Embassy cables show Arab allies want strike against Tehran
• Israel prepared to attack alone to avoid its own 9/11
• Iranian bomb risks 'Middle East proliferation, war or both'
• Israel prepared to attack alone to avoid its own 9/11
• Iranian bomb risks 'Middle East proliferation, war or both'
The snow has come (should I be happy or sad?).....
Pagi Sabtu yang lepas, biler terjaga jer masa nak pergi keje part-time, bilik tidurku terasa sejuk lain macam, agak peliklah jugak, ingatkan ada hantu ker apa, biler jenguk kat tingkap..... Wah!!! snow dah turun, walaupun dalam berita malam sebelum tu ada menyatakan snow mungkin akan turun, tetapi kebiasaannya di bandar Birm ni akan turun agak lewat sikit, selalunya dia akan singgah kat bahagian utara UK dulu, Scotland in particular. Biler dah lama2 ada kat situ, barulah nak datang ke sini.
Anyway, keadaan sekeliling sekarang ni dah betul2 sejuk, suhu biler waktu malam dah jadi negatif. Ramai yang menjangkakan winter kali ini akan menjadi seburuk seperti tahun lepas, Link. Seriously dah rasa cam jadi penguin hidup jer, minus yg penguin ada bulu tebal yg sentiasa memanaskan tubuh mereka. So, kitaorg ni terpaksalah memakai bulu2 artificial (winter coat) kalau nak keluar jalan2 (berita dah pesan suruh duduk kat rumah jer, tapi biler time snow turunlah yg paling best nak keluar, main2 lempar snow, buat snowman dan main ski kat belakang rumah).
Kawasan uni yang diseliputi salji.
Kat tempat nilah aku memecahkan kepala setiap hari tanpa jemu (yer ker tanpa jemu?).....
Clock tower from afar...
Keadaan padang ragbi dan bola, kesian, diaorg kena bersukan indoorlah pulak lepas ni.....
p/s: Aku bersyukur jugak dengan keadaan snowy ni, keadaan sungguh indah, Subhanallah.....
Thursday, 25 November 2010
University students protested against fee hike proposal...
Tarikh: Rabu, 24 November 2010
Masa: 1 - 3 petang
Tempat: Di hadapan Clock Tower, bersebelahan dengan Aston Webb Building, University of Birmingham
Lokasi tempat kejadian di University of Birmingham, West Midlands. Para pelajar universiti di seluruh UK mengadakan demonstrasi secara serentak bagi kali kedua untuk membantah cadangan menaikkan yuran pengajian bagi para pelajar tempatan dari £3,000 ke £9,000 bagi sessi akademik yang akan datang. Demonstrasi yang pertama telah diadakan di kota London pada 10 November yang lepas, di mana ribuan pelajar universiti dari seluruh UK berkumpul di sana. Demonstrasi yang bermula dengan aman pada mulanya telah berakhir menjadi rusuhan yang agak teruk. Berita tentang demonstrasi kali pertama: Link.
Pegawai2 polis yang berkawal untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini dari berlaku.
Di hadapan Aston Webb Building.
Para pelajar berkumpul dan berprotes di bahagian balkoni Aston Webb Building.
Pintu utama bangunan tersebut telah dikunci dan dikawal oleh pihak polis. Para pelajar yang berkumpul di bahagian balkoni tersebut mungkin telah memanjat melalui bahagian tepi bangunan.
Pegawai khas polis yang mengawal rapi pintu masuk utama bangunan tersebut.
Sepanduk yang mendesak Naib Canselor University of Birmingham, Prof. Dr. David Eastwood untuk berundur. Di bangunan inilah pejabatnya terletak, tidak hairanlah jika ianya dikawal rapi oleh pihak polis.
Para pelajar lain yang berkumpul di bahagian bawah bangunan tersebut.
Sedang melaungkan kemarahan mereka. Kuasa yang ada pada para pelajar di sini amat tinggi sekali. Mereka bebas sahaja untuk mengeksprestasikan emosi mereka.
Siap ada brass band sekali.
Wait! Is that a swear word? Why, yes it is... Well done!
Wartawan2 dari sebuah stesen television swasta sedang membuat liputan.
Seorang pensyarah yang turut mengambil bahagian sedang ditemuramah oleh wartawan.
Para demonstrasi sedang berarak untuk mengelilingi kampus.
Di hadapan bangunan Main Library.
p/s: All photos taken with my Sony DSLR a-230.....
Tips peperiksaan.
Salam,
Memandangkan peperiksaan SPM dan STPM sudah pun bermula, aku ingin berkongsi beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan yang sangat penting ini. Harap ianya dapat memberi manfaat kepada yang berkaitan, Insya-Allah.
- Pastikan mengulangkaji semenjak awal. Jangan amalkan budaya 'last minute study', kerana kemampuan otak kita ada batasannya. Memang kita boleh untuk tidak tidur selama beberapa hari untuk menghabiskan semua matapelajaran yang akan kita duduki, tetapi ini akan menjejaskan keupayaan sebenar otak kita. Lebih elok untuk hanya mengulangkaji sejam atau dua jam sehari bagi beberapa bulan secara berterusan daripada mengulangkaji bersungguh2 selama seminggu dengan kurangnya masa untuk berehat (tidur). Hindarkanlah diri dari sifat malas. Bayangkanlah dengan mengulangkaji secara serius selama setahun atau dua tahun untuk SPM, ianya dapat membuat hidup kita menjadi lebih selesa di masa yang akan datang selama bertahun2. Janganlah kita menjadi orang yang sesal dan rugi dikemudian hari.
- Elok untuk mengulangkaji secara berkumpulan, kerana dengannya dapat kita bertukar2 maklumat, membuat latihan2 bersama dan bertanya apa sahaja yang kita tidak tahu dengan rakan2 yang lain. Pastikan juga, sebagai salah seorang ahli kumpulan, kita menjadi seorang yang aktif dan tidak lokek dengan segala ilmu yang kita ada, jangan hanya 'makan seorang' sedangkan kita juga mengambil beberapa ilmu dari rakan2 yang lain. Tidak salah untuk menyelitkan beberapa slot masa untuk berjenaka ataupun bergossip bersama. Tetapi, kalau waktu 'study group' dihabiskan dengan 90% dari masanya hanya untuk bergossip pasal artis, yang tu memang salah. Kalau kita rasa begitu terdesak, boleh juga untuk mengambil beberapa subjek di kelas tambahan (tuition).
- Cuba amalkan 'study smart' than 'study hard'. Kadangkala kita mesti berasa pelik biler tengok kawan2 yang study cuma beberapa jam berbanding kita yang hampir sehari suntuk study, tapi last2, result yang dia dapat lagi gempak dari kita. Biasanya orang sebegini mempunyai kaedah berkesan untuk mengulangkaji, seperti membuat nota ringkas (mengambil perkataan2/bahagian2 penting sahaja), membuat peta minda (mind mapping) dan sering bertanya kepada guru untuk kepastian. Cuba juga untuk mencari buku/bahan yang menerangkan dengan panjang lebar mengenai kaedah 'study smart'. Elok juga untuk mengikuti kursus motivasi jika dianjurkan oleh sekolah masing2. Ulangkaji kertas2 soalan bagi beberapa tahun yang lepas bagi semua subjek yang diambil, pasti akan nampak trend soalan yang akan keluar, dan jangan bergantung hanya pada 'spot questions'!
- Biler hampir dengan tempoh peperiksaan, cuba hindarkan diri dari timbul perasaan panik. Walaupun kita sudah mengulangkaji dengan sebaik mungkin, tetapi jika perasaan panik ini menyerang, ini akan menyebabkan keadaan darah gemuruh (nervous) di dalam hati dan mungkin akan menjejaskan prestasi semasa sessi menjawab soalan nanti. Pastikan kita mendapat tidur yang cukup (tidur yang cukup penting untuk kecergasan otak, kerana otak dapat berehat dan mendapat lebih bekalan oksigen), mengambil makanan yang seimbang (makan buah gajus baik untuk kecerdasan minda) dan menjaga kesihatan secara menyeluruh (ambil vitamin, supplement tambahan dsb.) menjelang peperiksaan nanti.
- Yang paling penting, pastikan memohon restu dari ayah serta bonda. Mohonlah agar mereka berdoa untuk kejayaan anda. Pastikan diri kita juga tidak melupakanNya. Banyakkanlah beribadat dan berdoa agar kita dipermudahkan segala urusan ketika menghadapi detik2 peperiksaan nanti. Jiwa yang bersih, pasti mindanya begitu juga.
Kepada yang mengambil peperiksaan SPM/STPM atau apa2 jenis peperiksaan jua, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan agama. Insya-Allah semua akan beroleh kejayaan yang amat cemerlang. Ingat, apa jua kejayaan yang kita kecapi, ianya bukan milik mutlak kita, tetapi milik Allah s.w.t. jua...
Monday, 22 November 2010
Stop bothering me!!!
Well, whenever I'm online and so did this old Malay guy, he will directly sent annoying chat lines to me. Hey, listen up and let me clear things up. I'm no gay or something. If you wanna meet those kind of people, you can stroll along Chow Kit or Jalan Bukit Bintang and happily ask them to be in your comfort. Get a life man, shame on you, don't let me expose the wonderful 'you' to the whole world...
Alhamdullilah...
Salam all,
Alhamdullilah, I managed to submit a few chapters to be reviewed to my supervisor, had taken back a few days of my sleeping in order to meet the dateline. However, I'm pretty sure that suggestions and corrections will come back to me once he hands back the reviewed chapters. for thye moment being, I really need some time to ease my mind.
Til the next entry, take care & all the best guys!
Thursday, 18 November 2010
Salam Aidil Adha.....
Salam semua,
Semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Kat sini, Hari Raya Aidil Adha disambut pada hari Selasa, 16 November, sehari lebih awal dari Malaysia. Memula ingatkan akan raya serentak dengan Malaysia, tapi dapat satu e-mail yang mengatakan bahawa hari raya haji akan disambut pada hari Selasa, so agak terkejut dengan info tersebut. Pada malam Isnin lepas ada dibuat majlis takbir dari rumah ke rumah, tapi aku tak join sebab pening kepala, baru siap dan hantar satu tugasan kepada penyelia pada petang hari Isnin tu. Keesokan paginyer pun, aku tak sempat nak join sembahyang sunat raya, sebab terlewat bangun, ish, apa ntah nak jadi ngan aku ni...
Tapi memang semenjak dua menjak ni, dah kurang masa untuk tidur, siap tidur kat department lagi, demi untuk memastikan apa2 tugasan yang perlu dihantar dapat aku siapkan. Bercakap pasal raya kat sini, raya haji bagi tahun ni tak dibuat majlis seperti tahun2 terdahulu. Ini sebab dah ramai famili yang dah balik Malaysia, so, kalau buat pun, tak akan semeriah dulu. So, better untuk kitaorg berkunjung dari satu rumah ke rumah yang lain jer. So far, xder lagi yang berkunjung ke rumah aku, kalau datang tak tahu nak prepare aper, mungkin biskut dan teh O, itupun kalau ader biskut kat rumah...
Oklah, setakat ni dulu. Dalam beraya tu, pastikan jaga keselamatan diri, pandu cermat jiwa selamat (aku tak tahu naper, tapi ayat ni aku dah hafal sejak kecik lagi, ish) dan jangan merempit ok...
Wassalam...
Saturday, 13 November 2010
The Bloop (what is it really ???)
The Bloop is the name given to an ultra-low frequency and extremely powerful underwater sound detected by the U.S. National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) in 1997. The source of the sound remains unknown.
Analysis
The sound, traced to somewhere around 50° S 100° W (a remote point in the south Pacific Ocean west of the southern tip of South America), was detected several times by the Equatorial Pacific Ocean autonomous hydrophone array which uses U.S. Navy equipment originally designed to detect Soviet submarines.
According to the NOAA description, it "rises rapidly in frequency over about one minute and was of sufficient amplitude to be heard on multiple sensors, at a range of over 5,000 km." The NOAA's Dr. Christopher Fox does not believe its origin is human, such as a submarine or bomb, or familiar geological events such as volcanoes or earthquakes. While the audio profile of the bloop does resemble that of a living creature, the source is a mystery both because it is different from known sounds and because it was far too loud: it was several times louder than the loudest known animal, the blue whale. Five other significant unexplained sounds have been named by NOAA: Julia, Train, Slow Down, Whistle and Upsweep.
Dr. Christopher Fox of the NOAA speculated that the Bloop may be ice calving in Antarctica.A year later Dr. Fox was paraphrased speculating it was likely animal in origin.
Source: Wikipedia
Source: Wikipedia
Friday, 12 November 2010
Kedatangan Dajjal
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.
Friday, 5 November 2010
Time traveller???
Baru2 ni kecoh tentang dakwaan mengenai seorang 'time traveller' ataupun pengembara masa. Ini berdasarkan kepada sebuah video klip lama yang menggambarkan seorang wanita sedang menggunakan sebuah telefon bimbit pada tahun 1920an. Berita penuh boleh dibaca di sini. Video tersebut dapat ditonton di bawah:
Dalam video tersebut memang kelihatan seorang wanita sedang memegang sesuatu di telinganya sambil bercakap2. Ramai yang beranggapan bahawa dia memang seorang pengembara masa dan kembali pada zaman tersebut untuk suatu misi yang tertentu. Pendapat aku pula:
1) Teori 'time travelling' ni memang dah lama diketengahkan. Ramai saintis2 telah memberikan idea masing2. Albert Einstein telah menerangkan dengan panjang lebar bahawa mengembara merentasi masa adalah sesuatu yang boleh berlaku. Salah satunya adalah dengan menggunakan kenderaan yang berkelajuan melebihi kelajuan cahaya (> 300,000 km sesaat). Kalau mengikut teori ni, memang mustahil sangat, disebabkan amanusia tidak akan mampu untuk mencipta satu kenderaan dengan kelajuan sebegitu. Berbalik pada video di atas, rasanya lebih kuat jika dikatakan bahawa wanita tersebut sedang menggunakan sebuah alat bantuan pendengaran dan mungkin sedang mendengar lagu disekelilingnya dan turut serta menyanyi. Teori bagi: alat bantuan pendengaran.
2) Kalau betul pun dia sedang menggunakan sebuah telefon bimbit, teori tu sukar untuk diterima disebabkan pada tahun 1928 tiada terdapat apa2 jua kemudahan pemancar signal dan coverage untuk kegunaan telefon bimbit. Mungkin juga dia sedang menggunakan sebuah radio mudahalih yang kecil.
3) Mengikut kepada ajaran Islam, tiada diperkatakan mengenai pengembaraan ke masa silam. Malah dalam Surah Wal-Asr, ditekankan mengenai betapa pentingnya masa bagi seseorang. Walaubagaimanapun, mengembara ke masa hadapan (to the future) adalah tidak mustahil dengan izin Allah S.W.T. Ini dapat dilihat di dalam kisah Ashabul Khafi, dimana 7 pemuda telah ditidurkan selama 309 tahun dan kemudian keluar dan berjumpa dengan orang ramai sedangkan mereka tidak tahu bahawa diri mereka semua telah berada di masa hadapan. Begitu juga dengan kisah Uzayr, yang dianggap bagi sesetengah orang sebagai anak Allah kerana mempunyai beberapa mukjizat, diantaranya adalah di mana dia ditidurkan selama 100 tahun dan kemudiannya kembali ke pangkuan kaumnya. Di dalam peristiwa Isra dan Mi'raj pula, Nabi Muhammad s.a.w., telah diperlihatkan mengenai gambaran syurga dan neraka, yang mana ketika ini belum lagi dihuni oleh sesiapa pun (manusia belum lagi dihisab di Padang Masyhar). Baginda telah menunggani Buraq yang dikatakan dapat merentasi suatu perjalanan yang jauh dengan masa yang begitu singkat sekali. Seorang lagi 'time traveller' yang pasti adalah Nabi Isa a.s., yang mana dia akan kembali di akhir zaman nanti.
4) Jika manusia dapat kembali ke masa silam, ianya mungkin akan membawa perubahan kepada sejarah yang telah berlaku. Sebagai contoh, jika kita membaca mengenai Perang Dunia Kedua, dan jika terdapat manusia yang mampu kembali ke waktu itu dan seterusnya menghalang peristiwa tersebut dari berlaku, maka tidak akan tercatatlah peristiwa itu. Selain itu, jika seseorang itu kembali ke zaman datuk atau moyangnya, dan jika sesuatu berlaku kepada mereka (katakan datuk atau moyangnya terbunuh ketika itu), agak mustahil untuk pengembara masa tersebut untuk terus wujud disebabkan sudah terputus susur galur keluarganya. Keadaan ini dinamakan sebagai 'cause and effect'. Kalau wanita tersebut memang datang dari masa hadapan, pasti dia akan kembali pada masa itu untuk memastikan bahawa video ini tidak tersebar, jika tidak rahsianya akan terbongkar.
5) Kalau betul pun manusia boleh mengembara kembali ke zaman silam atau masa depan, maka tidak thrilllah akan hidup ini. Sebagai contoh, kalau kita tidak berjaya di dalam peperiksaan, kita boleh kembali ke zaman tersebut setelah mengulangkaji kertas2 ujian pada waktu itu. Bagi yang tamak pula, bolehlah pergi ke zaman silam dan berjudi untuk apa2 jenis judi yang memerlukan tekaan, terutamanya tekaan bagi sukan. Pasti akan menjadi seorang yang kaya raya.
Wallahualam, hanya Dia yang Maha Mengetahui...
p/s: Dulu2 teruja biler tgk citer Back to the Future. Rasa macam real dan ingin jadi macam Michael J. Fox di dalam citer2 tu...
5) Kalau betul pun manusia boleh mengembara kembali ke zaman silam atau masa depan, maka tidak thrilllah akan hidup ini. Sebagai contoh, kalau kita tidak berjaya di dalam peperiksaan, kita boleh kembali ke zaman tersebut setelah mengulangkaji kertas2 ujian pada waktu itu. Bagi yang tamak pula, bolehlah pergi ke zaman silam dan berjudi untuk apa2 jenis judi yang memerlukan tekaan, terutamanya tekaan bagi sukan. Pasti akan menjadi seorang yang kaya raya.
Wallahualam, hanya Dia yang Maha Mengetahui...
p/s: Dulu2 teruja biler tgk citer Back to the Future. Rasa macam real dan ingin jadi macam Michael J. Fox di dalam citer2 tu...
Monday, 1 November 2010
Tahniah...
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kelantan F.A. di atas kemenangan Piala Malaysia 2010 dengan menewaskan Negeri Sembilan F.A. dengan jaringan 2 - 1. Proud with this win, as I'm half Kelantanese (from my dad's side). It is their first ever win of this prestigue cup (89 years since it was begin).
My other half???
Hangpa ni pulak biler lagi nak menang Piala Malaysia ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)