Thursday 18 November 2010

Salam Aidil Adha.....

Salam semua,

Semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Kat sini, Hari Raya Aidil Adha disambut pada hari Selasa, 16 November, sehari lebih awal dari Malaysia. Memula ingatkan akan raya serentak dengan Malaysia, tapi dapat satu e-mail yang mengatakan bahawa hari raya haji akan disambut pada hari Selasa, so agak terkejut dengan info tersebut. Pada malam Isnin lepas ada dibuat majlis takbir dari rumah ke rumah, tapi aku tak join sebab pening kepala, baru siap dan hantar satu tugasan kepada penyelia pada petang hari Isnin tu. Keesokan paginyer pun, aku tak sempat nak join sembahyang sunat raya, sebab terlewat bangun, ish, apa ntah nak jadi ngan aku ni...



Tapi memang semenjak dua menjak ni, dah kurang masa untuk tidur, siap tidur kat department lagi, demi untuk memastikan apa2 tugasan yang perlu dihantar dapat aku siapkan. Bercakap pasal raya kat sini, raya haji bagi tahun ni tak dibuat majlis seperti tahun2 terdahulu. Ini sebab dah ramai famili yang dah balik Malaysia, so, kalau buat pun, tak akan semeriah dulu. So, better untuk kitaorg berkunjung dari satu rumah ke rumah yang lain jer. So far, xder lagi yang berkunjung ke rumah aku, kalau datang tak tahu nak prepare aper, mungkin biskut dan teh O, itupun kalau ader biskut kat rumah...



Oklah, setakat ni dulu. Dalam beraya tu, pastikan jaga keselamatan diri, pandu cermat jiwa selamat (aku tak tahu naper, tapi ayat ni aku dah hafal sejak kecik lagi, ish) dan jangan merempit ok...

Wassalam...