Friday 5 November 2010

Time traveller???

Baru2 ni kecoh tentang dakwaan mengenai seorang 'time traveller' ataupun pengembara masa. Ini berdasarkan kepada sebuah video klip lama yang menggambarkan seorang wanita sedang menggunakan sebuah telefon bimbit pada tahun 1920an. Berita penuh boleh dibaca di sini. Video tersebut dapat ditonton di bawah:


Dalam video tersebut memang kelihatan seorang wanita sedang memegang sesuatu di telinganya sambil bercakap2. Ramai yang beranggapan bahawa dia memang seorang pengembara masa dan kembali pada zaman tersebut untuk suatu misi yang tertentu. Pendapat aku pula:

1) Teori 'time travelling' ni memang dah lama diketengahkan. Ramai saintis2 telah memberikan idea masing2. Albert Einstein telah menerangkan dengan panjang lebar bahawa mengembara merentasi masa adalah sesuatu yang boleh berlaku. Salah satunya adalah dengan menggunakan kenderaan yang berkelajuan melebihi kelajuan cahaya (> 300,000 km sesaat). Kalau mengikut teori ni, memang mustahil sangat, disebabkan amanusia tidak akan mampu untuk mencipta satu kenderaan dengan kelajuan sebegitu. Berbalik pada video di atas, rasanya lebih kuat jika dikatakan bahawa wanita tersebut sedang menggunakan sebuah alat bantuan pendengaran dan mungkin sedang mendengar lagu disekelilingnya dan turut serta menyanyi. Teori bagi: alat bantuan pendengaran.

2) Kalau betul pun dia sedang menggunakan sebuah telefon bimbit, teori tu sukar untuk diterima disebabkan pada tahun 1928 tiada terdapat apa2 jua kemudahan pemancar signal dan coverage untuk kegunaan telefon bimbit. Mungkin juga dia sedang menggunakan sebuah radio mudahalih yang kecil.

3) Mengikut kepada ajaran Islam, tiada diperkatakan mengenai pengembaraan ke masa silam. Malah dalam Surah Wal-Asr, ditekankan mengenai betapa pentingnya masa bagi seseorang. Walaubagaimanapun, mengembara ke masa hadapan (to the future) adalah tidak mustahil dengan izin Allah S.W.T. Ini dapat dilihat di dalam kisah Ashabul Khafi, dimana 7 pemuda telah ditidurkan selama 309 tahun dan kemudian keluar dan berjumpa dengan orang ramai sedangkan mereka tidak tahu bahawa diri mereka semua telah berada di masa hadapan. Begitu juga dengan kisah Uzayr, yang dianggap bagi sesetengah orang sebagai anak Allah kerana mempunyai beberapa mukjizat, diantaranya adalah di mana dia ditidurkan selama 100 tahun dan kemudiannya kembali ke pangkuan kaumnya. Di dalam peristiwa Isra dan Mi'raj pula, Nabi Muhammad s.a.w., telah diperlihatkan mengenai gambaran syurga dan neraka, yang mana ketika ini belum lagi dihuni oleh sesiapa pun (manusia belum lagi dihisab di Padang Masyhar). Baginda telah menunggani Buraq yang dikatakan dapat merentasi suatu perjalanan yang jauh dengan masa yang begitu singkat sekali. Seorang lagi 'time traveller' yang pasti adalah Nabi Isa a.s., yang mana dia akan kembali di akhir zaman nanti.

4) Jika manusia dapat kembali ke masa silam, ianya mungkin akan membawa perubahan kepada sejarah yang telah berlaku. Sebagai contoh, jika kita membaca mengenai Perang Dunia Kedua, dan jika terdapat manusia yang mampu kembali ke waktu itu dan seterusnya menghalang peristiwa tersebut dari berlaku, maka tidak akan tercatatlah peristiwa itu. Selain itu, jika seseorang itu kembali ke zaman datuk atau moyangnya, dan jika sesuatu berlaku kepada mereka (katakan datuk atau moyangnya terbunuh ketika itu), agak mustahil untuk pengembara masa tersebut untuk terus wujud disebabkan sudah terputus susur galur keluarganya. Keadaan ini dinamakan sebagai 'cause and effect'. Kalau wanita tersebut memang datang dari masa hadapan, pasti dia akan kembali pada masa itu untuk memastikan bahawa video ini tidak tersebar, jika tidak rahsianya akan terbongkar.


5) Kalau betul pun manusia boleh mengembara kembali ke zaman silam atau masa depan, maka tidak thrilllah akan hidup ini. Sebagai contoh, kalau kita tidak berjaya di dalam peperiksaan, kita boleh kembali ke zaman tersebut setelah mengulangkaji kertas2 ujian pada waktu itu. Bagi yang tamak pula, bolehlah pergi ke zaman silam dan berjudi untuk apa2 jenis judi yang memerlukan tekaan, terutamanya tekaan bagi sukan. Pasti akan menjadi seorang yang kaya raya.


Wallahualam, hanya Dia yang Maha Mengetahui...


p/s: Dulu2 teruja biler tgk citer Back to the Future. Rasa macam real dan ingin jadi macam Michael J. Fox di dalam citer2 tu...



1 comment:

Tok Ketua said...

pernah gak terfikir mende2 camni..

tapi mengikut serita Ashabul Khafi, Uzayr dan Nabi Isa.. semuanya mengenai 'masa menuju kehadapan' tidak berpatah blk..

pendapat aku hikamh disebalik peristiwa tu.. kita kene manfaatkan masa untuk masa depan yg lebih baik.. perkara masa lalu dijadikan iktibar sekiranya ada kesilapan..

aku sgt setuju perenggan ke5 ko tu..