Monday, 29 November 2010

The snow has come (should I be happy or sad?).....

Pagi Sabtu yang lepas, biler terjaga jer masa nak pergi keje part-time, bilik tidurku terasa sejuk lain macam, agak peliklah jugak, ingatkan ada hantu ker apa, biler jenguk kat tingkap..... Wah!!! snow dah turun, walaupun dalam berita malam sebelum tu ada menyatakan snow mungkin akan turun, tetapi kebiasaannya di bandar Birm ni akan turun agak lewat sikit, selalunya dia akan singgah kat bahagian utara UK dulu, Scotland in particular. Biler dah lama2 ada kat situ, barulah nak datang ke sini.

Anyway, keadaan sekeliling sekarang ni dah betul2 sejuk, suhu biler waktu malam dah jadi negatif. Ramai yang menjangkakan winter kali ini akan menjadi seburuk seperti tahun lepas, Link. Seriously dah rasa cam jadi penguin hidup jer, minus yg penguin ada bulu tebal yg sentiasa memanaskan tubuh mereka. So, kitaorg ni terpaksalah memakai bulu2 artificial (winter coat) kalau nak keluar jalan2 (berita dah pesan suruh duduk kat rumah jer, tapi biler time snow turunlah yg paling best nak keluar, main2 lempar snow, buat snowman dan main ski kat belakang rumah).

Kawasan uni yang diseliputi salji.

Kat tempat nilah aku memecahkan kepala setiap hari tanpa jemu (yer ker tanpa jemu?).....

 Clock tower from afar...

Keadaan padang ragbi dan bola, kesian, diaorg kena bersukan indoorlah pulak lepas ni.....

p/s: Aku bersyukur jugak dengan keadaan snowy ni, keadaan sungguh indah, Subhanallah.....

3 comments:

crayon said...

syok la bleh layan salji.. bawak balik mai malaysia sikit..

zmah said...

Bestnya main snow....bilah lah nak sampai sana.Akak jam 5am dah bangun dah biasa.

Fina Roslan said...

Snap satu pic kat pokok n bench depan Centre Printing bila snow betul2 lebat nanti.tq for the entry~