Monday, 22 February 2010

Atas permintaan ramai.....

Salam semua,

Harap sekelian rakan2 blogku berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana sudah agak lama tidak ke udara (cam penyampai radio lak). Bukannya disebabkan oleh faktor kegawatan sejagat, tetapi memang kerana ada masalah dengan blogku ini. Kalau dah sign in tu, tak boleh nak post new entry, asyik kata kena 'Sign In' lagi, walaupun dah berbuat demikian. Selain tu, sekarang ni dah masuk tahun terakhir untuk menghabiskan pengajianku kat sini (cari alasan nampak?), so memang kurang sikit masa untuk berblogging seperti dulu (dulu pun macamlah tulis byk entry...). Apa2 pun saya mmg tak pernah lupa untuk bertandang ke blog rakan2 jika berkesempatan (mmg berkesempatan pun tiap2 hari), ada juga meninggalkan komen2 kat situ, so, bolehlah agak yg saya ni masih lagi bernafas kat sini.

Sejak ramai yang bertanya ke mana saya menghilangkan diri (ramai ker yg bertanya, cam Jaja sorang jer?), maka terpaksalah saya gagahkan jua untuk menulis satu entry yg baru. Sedar tak sedar (nasib baik sedar diri), inilah first entryku untuk tahun 2010, dah nak dekat habis bulan Februari ni rupa2nya... Perasan gak yang ada di antara rakan2 kita yg telah mendirikan rumahtangga semenjak 3 menjak ni. Tahniah kepada Along dan Zool, semoga berbahagia ke anak cucu. Camner Zool, mantap tak biler dah kawen ni? Marvelous kan? (maksud aku tentang sikap kasih sayang dan tanggungjawab biler dah berdua ni, ehem2)

Takder byk yg nak aku citerkan, cuma pada awal bulan lepas ada ikut rakan2 untuk bermain ski kat Scotland. Inilah first time nak bermain ski dan yg lebih penting sekali nak ke Scotland. Padahal, ada org yg baru jer sampai kat sini, tapi dah pernah pergi ke Scotland. Untuk makluman, cuaca sejuk yang melanda pada bulan lepas merupakan antara yang tersejuk pernah direkodkan. Selang beberapa hari lepas kitaorg balik dari Scotland, suhu yg dicatatkan pada sebelah malam di sana adalah - 22 oC, lagi sejuk dari suhu freezer peti ais tu, dan ini merupakan suhu tersejuk semenjak 100 tahun yang lepas.

 
Ni gambar yang diambil oleh satelit NASA yg menunjukkan seluruh UK diselaputi oleh salji tebal pada 7 Januari 2010 yg lepas (cam dah jadi masa zaman Ice Age dulu jer).


Perjalanan dari bandar Birmingham ke tempat bermain ski (atas lagi dari bandar Aberdeen, Scotland), mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan dengan berkereta. Masa perjalanan bertambah apabila salji lebat turun semasa dalam perjalanan dan juga biler berhenti beberapa kali untuk berehat. 

 
Pemandangan sewaktu di dalam perjalanan ke tempat ski (masa ni salji tgh turun dgn sgt lebat).

 
Keretaku mengetuai rombongan sebab dia 4x4.

 
Sekeliling memutih sejauh mata memandang.

 
Sedang membantu menukar tayar kereta sorang kawan yg pancit.


Terpaksa berhenti dan menukar laluan sebab jalan dihadapan tak dapat dilalui lagi.

 
Terperasan ada seekor musang yg kena langgar (bukan aku yg langgar, sumpah!). Kitaorg check sekejap, didapati mangsa sudah tidak bernyawa lagi, mungkin post mortem pun tak perlu.

 
Dah nak sampai tempat ski tersebut. Subhanallah, sgt indah ciptaanMu...

 
Dah selamat tiba di destinasi. Diharapkan penumpang2ku berasa selesa disepanjang perjalanan tersebut. Terima kasih kerana menggunakan Lambat Express, 'hari ini bertolak, tahun depan pun tak tentu akan sampai'...

 
Budak2 yg paling seronok (kitaorg yg dah besar ni pun sama jer).


Sudah tidak ada gunanya lagi di sini.


Berlatar belakangkan tempat eskelator untuk peluncur2 ski.

 
Kaum wanita sedang leka bermain gelungsur salji.

 
Aku yg terjatuh ketika menggelungsur (itulah akibat kalau nak tunjukkan skill2 walaupun tak diminta).


Geng2 ekstrim (bukan aiskrim).

 
Sedang mencilok slide budak2 biler diaorg tak perasan.

 
Menunjukkan suhu yg melampau.

 
Ramainya umat kat sini...

 
Antara ahli2 rombongan yg turut serta.

 
Sorang kawan sedang mencuba Snowboarding.

 
Sorang lagi kawan yg turut mencuba Snowboarding.

 
Kembali semula ke apartment penginapan. Muka masing2 jelas menunjukkan kepenatan.

Itulah sedikit sebanyak yg berlaku pada awal bulan lepas (awal tahun baru). Pengalaman bermain ski bersama2 dengan member2 yang ngam ini akanku ingati sampai biler2. Kalau pergi sorang2 takkan sama keseronokkannya dengan pergi beramai2.

Oklah, rasanya sampai di sini dulu, kalau ada apa2 update lagi, akan diupdatekan kemudian (boleh caya ker?). Diharapkan rakan2 sekelian sentiasa sihat sejahtera dan semoga maju jaya dalam apa jua perkara yg dilakukan, Insya-Allah.

Wassalam,

Nabil - University of Birmingham, UK.

Thursday, 22 October 2009

Sepetang bersamamu.....




Cam biasalah, ni entry yg terbaru setelah berabad lamanya tak menulis. Macam2 benda yg membuatkan ku sibuk dua tiga menjak nie, dari keje2 lab, sampailah ke aktiviti merempit kat tempat2 yg baru di UK nie. Biler dah dioccupied camni, hilanglah sikit rasa nafsu untuk berblog, kalau telan Viagra pun, belum tentu dapat membantu. Hujung minggu lepas ada melawat kawan sekelas masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu (Bro Farisan), skrg dia ngan wife dia dah dtg ke UK, wife dia sambung study PhD kat Preston. Dulu aku dan dia duduk serumah kat Seksyen 7, rumah tu dia yg carikan, sblm masuk rumah tu aku masih ulang alik dari Kajang ke Shah Alam tiap2 hari naik bas (4 kali bas pergi balik). Masa tgh mencari rumah untuk disewa, kebetulan rumah yg dia duduk tu ader beberapa buah bilik yg kosong, so dia tanya samada berminat ker tak, aku aper lagi, klepetslah salah satu bilik tu. Last2 sekali, semua student lelaki dalam sekelas tinggal sekali (lima org lelaki jer sekelas).

Masa awal2 pergi ke kelas dulu, kitaorg tumpang kereta Bro Farisan nie, sbb hanya dia sorang yg berkereta. Akhir sekali, kitaorg yg tak berkereta nie berbincang untuk potong pagar belakang UiTM yg menghadap rumah kitaorg, sbb kalau berjalan kaki cuma 2 minit jer nak ke kelas (masa tu kelas kat Pusat Innovasi, dekat ngan pintu belakang UiTM). So, pada satu pagi hujung minggu yg hening, kami bertiga melakukan keje yg memukau ini. Laluan mantap nie amat berguna kat kitaorg sehinggalah pada satu petang yg gelap lagi malang, salah sorang dari housemate aku tu kena tahan ngan Pak Guard, mujurlah dia kata pagar tu mmg dah kena potong, so tak diambil apa2 tindakan. So, lepas tu pagar berkenaan dibaik pulih seperti sediakala. Lepas kejadian tu masing2 dah berkenderaan, so xder masalah lagi nak ke kelas. 

Biler berjumpa kembali dgn dia baru2 nie, macam2 cerita yg kitaorg sembangkan (dah lebih 5 tahun aku tak jumpa dia), dari kisah2 cinta yg tragis dan menyayat hati sehinggalah ke kisah2 lecturer yg kitaorg tak suka, yg hampir2 membuatkan aku ngan dia untuk mendaftarkan diri kat Kem Al-Qaeda, Afghanistan. Anyway, dia byk berjasa kat aku dan kawan2 serumah masa kitaorg study dulu, bersyukur sgt dapat sorang kawan cam dia nie, kini kalau aku rasa tensi2, bolehlah berjumpa ngan dia dan berucaptama panjang lebar yg dapat mengalahkan Datin Seri Rosmah Mansur (ampun noks...)


p/s: hari tu masa pergi melawat rumah dia kebetulan dia buat birthday party untuk daughter dia, so cute... 



Bro Farisan cutting the birthday cake for her daughter, Khayra.





Friday, 18 September 2009

Kembali bersiaran.....

Salam semua, hari ni dah tepat 5 bulan aku tak update blog aku ni. Tatau nak kata apa, tapi punca utama sebab cam dah jadi bengong jer blog aku ni, biler dah sign in, dan nak post new entry, dia suruh sign in lagi sekali. Biler dah sign in, dan nak tulis entry yg baru, dia masih suruh sign in. Sign in punyer sign in, punyer sign in, punyer sign in, sampai aku jadi singa.....

Anyway, raya lagi 2 hari jer lagi. Aku confirm tak balik, tadi baru lepas check tiket bas ,dah habis dah semua destinasi London - Kuala Lumpur (ni kalau ader betul, kalau bertolak hari ni, mau lepas raya pun tak tentu lagi sampai kat Malaysia tu). Kalau hari raya akan jatuh pada hari Ahad ni, nanti kebetulan sama ngan harijadi aku lak, Alhamdullilah, susah2 ajer. Cakap bab persiapan raya, aku tak buat apa2 pun, baju tahun lepas pun ader lagi. Baju raya tahun ni tak beli pun lagi, ingat nak beli jersi bola jer, pastu pakai ngan seluar slack. Kalau pakai baju Melayu dan pergi city centre tu, mau jadi duta kebudayaan lak kat sana, he he he... Apa2 pun, raya kat sini meriah gak (amek hati sendiri), nanti hari raya pertama ni akan kitaorg buat sembahyang raya untuk semua masyarakat Melayu kat sini, aderlah lebih kurang dalam 200 orang. Biasanya aku akan duduk kat belakang, dulu pernah sekali, duduk saf paling depan, pastu diaorg takbir raya bergilir2, last2 giliran aku lak, mujur ada bawak kertas panduan takbir raya, selamat beb...

25 hb. September ni, genaplah aku berada 4 tahun kat Tanah Permaisuri ni. Dulu masih ingat lagi biler first time datang untuk buat Masters kat sini, rasa gembira yg tak boleh blah. Tapi sekarang ni rasa Malaysia gak yg best, ada famili aku, kawan2, kucing yg dulu aku bela dari kecik lagi, 1 Malaysia, F1 1 Malaysia dan yer, Laksa Asam Penang yg menjadi pojaan perutku pun ada di sana. Insya-Allah, dalam pertengahan tahun depan aku akan balik for good, harap dipermudahkan segala urusan olehNya, Amin.

Oklah, ni nak keluar untuk beli barang2 untuk buat jamuan open house hari raya pertama nanti. Kawan2 blog semua dipersilakan untuk datang, rumah kat 31 Findon Road, Ward End, Birmingham, B8 2BN. Kalau dari city centre tu kena naik bas no. 46, kalau sesat calling2lah..... Akhir kata, sy nak ucapkan:

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"

Pada semua komuniti bloggers Kampung Sri 360, pembaca2 blog sy ini, Cikgu Murni yg tgh sidai kain kat belakang tu, Pak Akop yg ader gigi emas baru tu, Encik Din yg dah selamat sampai kat kelantan pukul 2.30 pagi tadi, dan sesiapa sahaja yg mengenali sy.....

Mohon maaf jika sy ader tersalah kata, maklumlah sy hanyalah insan lemah yg tak pernah terlepas dari membuat kesalahan dan kesilapan.

p/s: Nilah budak yg aku tak sabar nak makan biler jumpa ngan dia nanti.....


Saturday, 18 April 2009

Simply amazing!!! Clap, clap, clap!!!





This is Susan Boyle singing 'I Dreamed A Dream' during Britain's Got Talent 2009 audition.



Thursday, 16 April 2009

Wednesday, 15 April 2009

Sunday, 12 April 2009

Easter break.....

Skrg nie tgh bercuti Easter Break selama seminggu kat sini. Apa significant pasal cuti nie pun aku tak tahu, tapi org sibuk kasi telur ayam yg dah didecorate sesama kawan, trend terkini kasi Easter Eggs chocholate version, semua brand pun ader, dari Cadbury sampailah ke Mars. So, far aku tak dapat apa2 lagi, mungkin diaorg tahu aku tak sambut perayaan nie kot, macamlah aku pedulik pasal easter eggs tu, makan telur ayam mata kerbau ngan nasik putih lagi sedap.....

Nak pergi jejalan skrg ni pun, cuaca masih lagi sejuk, belum lagi kalau hujan, lagilah bertambah sejuk. So, byk habiskan masa lepak kat rumah jer, main game, suatu keje yg aku begitu aktif sejak bangku dan meja sekolah lagi. Skrg nie tgh layan Street Fighter IV kat PS3, boleh main berjam2.....

Oh yer, hari Jumaat lepas, 12 org kena tangkap ngan polis UK kat Manchester sbb suspected of plotting terrorist acts. 11 of them adalah Pakistani, dan sesetengah dari diaorg belajar Chemical Engineering, sama cam aku. Ntah apa ntah2, rasa cam racist pun ader. Bukannyer ada bukti kukuh pun, bitch.....

Emm, lastly, kadang2 tu terperasan yg masa cepat berlalu. Kalau kat lab tu, lambat jer rasanya masa berlalu, tapi kalau waktu cuti, cepat jer masa berlalu. Apa2 pun, benarlah Firman Allah, “Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”..... Insaf2.....