Friday, 21 November 2008

18 sekolah bakal bergelap?


SEREMBAN 20 Nov. - Sebanyak 18 buah sekolah di negeri ini bakal bergelap selepas bil elektrik mereka yang mencecah RM122,811.70 tidak dijelaskan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak dua tahun lalu.


Semua sekolah terbabit juga telah menerima surat pemotongan daripada TNB dan diarah menjelaskan tunggakan tersebut, sedangkan bil-bil atau baucar berkenaan sudah diserahkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) untuk tindakan sebelum ini.


Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Dr. Yew Chai Thiam berkata, masalah itu dibawa oleh wakil sekolah terlibat kepada Biro Pendidikan MCA Negeri dan pihaknya telah menghubungi Kementerian Pelajaran untuk menjelaskan isu berkenaan.


''Saya telah bercakap dengan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan beliau akan mengadakan mesyuarat khas untuk meneliti bagaimana tunggakan itu boleh menjadi begitu banyak dan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya," kata beliau kepada pemberita di Wisma MCA di sini hari ini.


Kata Chai Thiam, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Rahang di sini mempunyai tunggakan paling tinggi iaitu sebanyak RM33,746.80, diikuti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Kuo Min iaitu RM16,274.80 serta SRK St. Paul sebanyak RM13,605.35.


Menurut beliau, sejak dua tahun lalu ada arahan daripada JPNS supaya semua bil elektrik diserahkan kepada mereka untuk dijelaskan kepada TNB dan pematuhan itu telah dibuat oleh pihak sekolah.


Kalau kita meneliti kes ni, takkanlah pihak TNB takder perasaan belas kasihan untuk bebudak sekolah tu, sanggup nak potongkan bekalan elektrik ke sekolah2 tersebut kerana mereka tak jelaskan bil2 elektrik. Premis yg terlibat ni adalah sekolah2, bukannya kilang2 ataupun bangunan2 persendirian. Adakah pembayaran itu lebih penting berbanding dengan generasi pelapis masa depan kita tu? Kalau kita membuat pengiraan secara mudah, terdapat 18 buah sekolah yg terlibat (kalau sebuah sekolah mempunyai 300 orang pelajar, jumlah pelajar yg terlibat adalah seramai 5,400 orang pelajar) dan jumlah kos yg dituntut adalah sebanyak RM 122,811.70 untuk dua tahun. Ini bermakna, secara puaratanya, setiap sekolah berhutang sebanyak RM 3,411.44 selama setahun. Kalau mengambil kira 3 buah sekolah yg mempunyai tunggakan2 yg paling tinggi, bermakna sekolah2 yg lain mempunyai tunggakan yg lebih kecil.


Untuk makluman, keuntungan TNB sebelum cukai yg berakhir pada 31 Ogos 2007 adalah sebanyak RM 4.765 billion, manakala keuntungan bersih adalah sebanyak RM 3.6 billion sebelum tukaran asing. Jadi berapa sangatlah nilai bagi RM 122,811.70 yg tertunggak selama 2 tahun itu kepada mereka? Kalau nilai selama 2 tahun ni dibandingkan dengan keuntungan yg telah mereka perolehi, nilainya cuma 2.58 % jer dari jumlah keseluruhan keuntungan mereka bagi tahun tersebut. Tak bolehkah mereka melihat ini sebagai satu 'sumbangan kecil' kepada masyarakat, lebih2 lagi kepada mereka yg ingin mendapatkan ilmu? Bukankah dulu ahli2 tertinggi TNB juga pernah pergi ke sekolah, tidakkah mereka terfikir jika mereka berada di dalam situasi tersebut?


Jika tiada jalan penyelesaian, eloklah pihak sekolah2 tersebut untuk membuat derma bagi mengatasi masalah ini, ataupun meminta sumbangan ikhlas dari mana2 individu yg sanggup untuk membantu (Insya-Allah pahala ini akan berterusan jika penyumbang tersebut telah meninggal dunia, sebab sumbangannya adalah untuk tujuan kebaikan).


Kalau boleh, aku juga ingin membantu bagi kes ini, sebab dulupun aku pernah pergi ke sekolah, dan kerana ilmu yg telah ku perolehi, membuatkanku berada di tahap sekarang ini. Aku tak ingin melihat peluang2 bagi orang lain tertutup disebabkan oleh perkara yg remeh seperti ini!


"Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (HR: Bukhari)
Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: Dia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.

6 comments:

Efa said...

iskkkk jahat betul laaaaaaaaaa TNB ni... dah la kt seremban plak tu (memalukan org seremban je.. ciss!) Kalau commercial pnye building tu bleh la nk potong letrik, ni SEKOLAH. jom kite buat sepanduk yok..

SilverFerio said...

hmmm... semenjak PKR memerintah selangor, guna air free jer... cuma berusaha nak jimat karan plak. karan tak dak tak boleh online plak huhuhu

Kakak Tiri said...

Berapa banyak peruntukan KPM untuk sekolah-sekolah? Patut disemak semula kalau jumlah tak mencukupi bagi menampung kos selanggara kemudahan asas seperti eletrik dsb.

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Sekolah bukannya generate income tiap2 bulan...

sue cipot said...

hurmm cm ne leh jd byk sgt tungakan tue? nak kena siasat gak.. mgkin ada pylwengan jgk kot...

aku la ros said...

tak suka pengurusan TNB... tak suka tak suka tak suka...