Kat sini aku ada seorang kawan baik. Nama dia Yao Yu, tetapi aku lebih senang untuk panggil dia Yao sahaja. Dia berasal dari bandar Tianjin, yang terletak di Mainland China. Aku mengenali dia ketika kami sama2 buat Masters di sini, kemudian kami sama2 menyambung PhD, so dah lebih 4 tahun aku kenali dia. Dia datang dari sebuah keluarga yang berada. Ayah dia mempunyai sebuah kilang, manakala emaknya pula menjadi pengerusi bagi sebuah kolej swasta di China. Sejak kitaorg berkawan, macam2 yang telah kami bualkan. Antara perkara yg selalu dibualkan oleh Yao kepadaku adalah mengenai agama.
Aku, Yao dan 2 orang lagi classmate Masters yg berasal dari Vietnam. Gambar kenangan ketika aku buat jamuan ringkas (keuw tiew sup) sempena habis pengajian Masters.
Yao tidak mempunyai apa2 pegangan agama, kerana dia kata di negara China, hampir keseluruhan generasi baru adalah berfahaman komunis, dan kewujudan Tuhan tidak ader dalam kamus kehidupan seharian mereka. Yao amat gemar untuk menghabiskan masa terluang dengan aku. Ada saja aktiviti yg kitaorg selalu lakukan, seperti pergi ke pusat bandar Birmingham bersama2. Ader ketikanya dia datang melawat aku di rumah. Ada sekali tu, aku kata terpaksa berhenti berbual sekejap, kerana aku hendak menunaikan solat. So, dia dengan penuh khusyuk memerhatikan aku bersolat. Selepas itu, panjang perbualan kami mengenai agama. Dia kata sebelum berjumpa dengan orang Islam (kat China dia tak pernah berjumpa lagi dengan orang Islam walaupun terdapat minoriti penganut agama Islam di sana), dia ada persepsi yg buruk melalui pembacaannya dari media2. Setelah dia mengenali beberapa orang Islam, termasuk kawan baiknya dari Arab Saudi, baru persepsi buruk itu dapat dikikis.
Satu hari dia datang berjumpa denganku, dan menyatakan kawan baik senegaranya telah memeluk agama Kristian. Aku tanyakan sebab mengapa dia telah convert ke Kristian, dan Yao menyatakan bahawa kawannya telah kata, apabila dia memasuki gereja, hati dia berasa tenang. Untuk makluman, kat sini gerakan missionaries amat kuat sekali untuk menarik golongan pelajar dari negara China untuk convert ke agama Kristian, sebab mereka tidak mempunyai pegangan agama, so agak mudah untuk menggoyangkan pegangan hidup mereka. Aku berkata kepada Yao, kenaper tidak suruh kawan dia tu untuk cuba memasuki sebuah masjid di sini dan cuba buat perbandingan.
Selang beberapa waktu, aku ader menerima satu panggilan dari Yao. Perbualan antara kami adalah lebih kurang berikut (setelah dialih bahasa):
Yao: Nabil, ko free tak hujung minggu ni?
Aku: Free jugak, naper?
Yao: Aku ingat aku nak pergi tengok masjidlah. Ko boleh tolong bawak aku pergi tak?
Aku: Masjid? Betul ko nak pergi ni?
Yao: Betul, aku nak tengok sendiri macamana keadaan dalaman masjid.
Aku: Ok, kalau macam tu kita pergi hari Sabtu ni...
So, pada satu hari Sabtu, aku dan Yao telah pergi ke sebuah masjid yang terletak di bandar Birmingham ini. Masjid yg dimaksudkan adalah Ghamkol Sharif Central Jamia Mosque. Yao beriya2 benar hendak melihat kawasan dalaman sebuah masjid.
Yao bergambar di luar masjid.
Di hadapan masjid.
Yao di hadapan masjid tersebut.
Kawasan mimbar masjid.
Yao yg kelihatan malu2 di ruangan utama solat.
Tempat untuk mengambil wudhuk.
Aku menunjukkan kepada Yao cara2 untuk mengambil wudhuk.
Ruangan utama solat.
Yao menghabiskan sedikit masa dengan melihat mimbar masjid dengan lebih dekat.
Foto kenangan bersama gambar 'Dome of the Rock Mosque' di dalam masjid tersebut.
Semenjak dia berkawan lebih rapat dgn aku, dia berjanji untuk tidak lagi memakan daging babi dan minum arak, katanya untuk menghormati persahabatan kami, walaupun aku x paksa. Baru2 ni, mak dia ada melawat ke kawasan minoriti Islam di China, iaitu di Ningxia (yang dihuni kebanyakkannya oleh bangsa Hui yang beragama Islam) dan dia berpesan kepada maknya supaya membeli senaskah Al-Quran untuk bacaannya kelak. Semoga Allah memberikan hidayahNya padamu, wahai sahabatku, Insya-Allah...