Thursday, 16 December 2010

Kenapa Zimbabwe?

Salam semua,

Semoga berada di dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Kat sini, bermula hari ni, salji dah mula turun semula, so akan timbul masalah kalau nak keluar pergi ke mana2, sebab keadaan jalan yang licin akan menambahkan lagi risiko pemanduan.

Tidak perlu pasangkan air-cond lagi...

Berbalik pada tajuk entry di atas, sebelum ni pun dah ada yang bertanya padaku, kenapa memilih 'Zimbabwe' sebagai sebahagian dari nama blogku. Aku menjawab, ada alasan yang tersendiri untuk itu. Baru2 ni Cik Lagenda Budak Hitam ada bertanya balik mengenai persoalan tersebut. So, rasanya kali ni baik aku jawab sebab yang sebenar untuk pemilihan nama tersebut.

Terima kasih pada yg bertanya

Sebenar2nya aku adalah 100% orang Malaysia, yg lahir kat KL 3 dekad yang lalu. So, tak timbul persoalan jika ada yang ingat aku dah tak suka negara asal aku balik. Siap dulu ada yg mmg ingat aku ni org Zimbabwe, tapi belajar Bahasa Malaysia T_T   Aku memang sayangkan Malaysia, di situlah aku dilahirkan,  dibesarkan dan macam2 lagi yg aku lalui. Famili aku pun semua berada di sana, infact, mmg aku tgh rindu nak balik Malaysia sekarang ni...

Malaysiaku @ 1Malaysia

Pemilihan nama tersebut berkisar pada peristiwa aku berkawan dengan seorang pelajar PhD dari Zimbabwe ketika aku membuat Masters di sini pada tahun 2006. Seperti yg korang tahu, negara Zimbabwe adalah negara yg termiskin di dunia. Maklumat lanjut boleh baca kat sini. Biler kita membaca media, selalu akan mendapat gambaran yang buruk mengenai negara tersebut. Tetapi mamat tersebut tabah jer menjalani kehidupan seharian. Dia kalau tak silap aku, mendapat biasiswa dari satu funding kat UK ni. Tetapi dia still buat keje part-time sebagai store assistant kat sebuah kedai runcit yg terletak kat dalam kampus universiti. Dia kini dah pun bergelar Dr. pada pertengahan tahun ni, dan sekarang ni bekerja dengan sebuah company yg terkenal kat sini.

Susah sikit kalau nak melukis bendera ni guna tangan...

Yang membuatkan aku terdetik untuk menggunakan nama 'Zimbabwe' adalah kerana dari kecekalan dia sepanjang aku berkawan dengannya. Bayangkan dengan persepsi orang terhadap negara dia, tapi dia tak ambil kisah langsung pasal semua itu. Sebenarnya, aku mmg suka mengambil iktibar2 kecekalan seseorang untuk menjadi kekuatan diri.  So, aku cuba untuk meletakkan diri aku pada kedudukan dia, agar tidak terbuai2 oleh kesenangan yg aku nikmati selama ini. Seseorang yang serba kekurangan tidak semestinya tidak akan berjaya, dan begitulah sebaliknya. Dulu2 pernah jugak aku membaca mengenai kisah mengenai orang kampung yg makan pun sekadar cukup makan jer, dengan bilangan anak yg begitu ramai, tetapi Alhamdulillah kesemua anak2nya telah berjaya di dalam akademik. Famili yg kaya raya pun, belum tentu kesemua anak2nya akan berjaya. Dalam hal ni, aku rasa 'keberkatan' adalah faktor utama (ni dah luar tajuk sikit).

Bayangkan yg budak2 ni adik-beradik kita... T_T

Lagi satu, semiskin2 Zimbabwe pun, kalau korang nak tahu, diaorg pernah memenangi beberapa pingat emas di sukan olimpik, yang terbaru sekali di Sukan Olimpik Beijing 2008 melalui acara renang. Walaupun pemenang pingat emas tersebut adalah orang putih (Kirsty Coventry) yang dilahirkan di Zimbabwe, dia tidak pernah berasa kesal untuk mewakili negara kelahiran dia tu, malah bangga dalam melakukannya. Ini telah membuka mata dunia terhadap negara Zimbabwe. Ada negara2 yang maju, cukup dengan fasiliti bertaraf dunia, tapi masih tidak mampu untuk memenangi sebarang pingat emas olimpik sehinggalah ke hari ni.

Kirsty Coventry

Lagi satu faktor menarik mengenai negara Zimbabwe adalah kadar penganggurannya. Ia mempunyai kadar pengganguran yg tertinggi di dunia (tapi tak tahulah kalau negara dia ada ladang anggur yg terbesar di dunia), iaitu sebanyak 95%. Ini bermakna hampir keseluruhan rakyatnya tidak bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan mungkin sedikit sangat yg bekerja di sektor swasta. Selain daripada itu, mereka terpaksa bekerja sendiri untuk meneruskan kehidupan masing2. Salah satu pekerjaan rutin bagi orang Zimbabwe adalah dengan berniaga, ini termasuklah menjual hasil2 yang diperolehi sendiri (sayur2an, ternakan 2 dan juga hasil2 dari sungai). Kalau aku ditakdirkan untuk menjadi salah sorang rakyat Zimbabwe, rasanya aku akan menjadi seorang penangkap udang (udang dari sungai, sebab Zimbabwe bukan terletak di kawasan pesisir pantai), rasanya itulah pekerjaan yg sesuai untuk diriku, selain dari fakta yang aku memang suka makan udang (kalau tak laku untuk jual, aku boleh makan sendiri).

"Akak, belilah udang saya ni, terbaik dari ladang, opppsss, terbaik dari sungai belakang rumah saya tu"...

Maka, macam tulah tertimbulnya untuk menggunakan nama 'Peraih Udang dari Zimbabwe'. Tataulah kalau2 ada org Zimbabwe yg bangga dengan aku ni. Kalau nak suruh aku endorse apa2 barang diaorg pun boleh jer, aku takkan amek apa2 bayaran pun, he he he...

Besarnya nilai duit ni, kalaulah nilai dia dalam $ atau £, pakcik kayo...

7 comments:

lagenda budak hitam said...

woha!!!! malu lah ada muka saya !! hahaha. btw, thanks sbb jawab soalan saya. heheh

nora said...

aku tak sempat baca sampai abis ni, nati aku aku sambung baca lagi ek.

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Budak2 kecik elok baca buku sekolah... *melarikan diri*

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Silalah jgn malu, nasib baik jumpa satu gambar jer, kalau tak dah penuh ngan gambar awak tu, lol...

lagenda budak hitam said...

oh sila jangan. saya si budak hitam ini malu. hahaha

mama ju, said...

Aslkm anakanda

Pertama kali ke blog ni. Menarik. Nanti mama dtg lagi. salam kenal dr mama.
Oh mama teringat cerita adik yg bekerja di nigeria. Selalu cerita yg du dgr buruk dan teruk. Adik kata yg dia nampak kawasan rumah mereka hanya guard dan pagar je kelihatan..maknanya mmereka kaya2.Lepas tu nampak diaorg lepak2 kat hotel2 je. Hhehe mungkin kebetulan adik jumpa yg kaya2 je.

Kat Birg skrg?.Hehe mama pernah ke sana...zaman dulu kami tinggal di cheetam Hill, M.

Heidi Shafiq said...

bagus dow.. mcm2 ko blaja.. :)