Tuesday 14 December 2010

Lega... Alhamdullilah...

Salam semua,

Maaf kerana tidak berblogging untuk seketika. Ini kerana terdapat 'dateline' yang perlu dipenuhi pada hari ini. Baru sebentar tadi menghantar chapter 'Literature Review' ke 'supervisor'. 'Literature Review' ni merupakan salah satu chapter terpenting bagi sesebuah tesis PhD, selain daripada chapter 'Results & Discussion'. Honestly, penulisan chapter inilah yang paling mencabar sekali buatku, sebab dia merangkumi asas kepada keseluruhan progress PhD yang sedang berjalan. Banyak paper2 journal yang perlu dibaca bagi menggarap isi2 penting. Membaca tu satu hal, memahami kandungan paper2 journal tu pulak adalah satu lagi perkara yang perlu di atasi (bayangkan terpaksa membaca lebih kurang 80 paper2 journal untuk menyiapkan chapter ini). Supervisor aku selalu berpesan yang apabila kita di peringkat pengajian Doktor Falsafah, pengetahuan kita mestilah meluas, bukan lagi setakat yang asas2 sahaja. Kita mesti berani melontarkan idea ataupun kritikan ketika membahas mengenai sesuatu isu.


Apabila aku berbincang dengan supervisor aku, dia kini lebih berminat untuk mendengar pandangan aku mengenai perkara yang dibincangkan, bukan seperti dahulu, yang kebanyakkan maklumat diberikan olehnya. Katanya, ini untuk menyiapkan diri aku bagi menghadapi viva (self defense) PhD nanti. Bagus jugak cara dia tu, cuma diri aku kena selalu bersedia dengan memperbanyakkan pengetahuan lagi.


Pic source: Link

Tadi pun dah dapat balik satu chapter yang terdahulu. Alhamdullilah dia berpuas hati dengan kandungan chapter tersebut. Cuma terdapat beberapa penambaih baikan yang perlu dibuat bagi chapter tersebut sebelum dapat dikumpulkan untuk menjadikan sebuah tesis yang lengkap.


Pic source: Link

Punyer kalut dengan dateline hari ni sampai x sempat nak makan tengahari, ni pun dah pukul 7 petang. Kena cari kedai makan kejap lagi. Lately pun tido x menentu, so kena ganti balik. Harap lepas ni tak sesibuk macam ni. Oh ya, waktu Krismas nanti, especially 26 haribulan ni dipanggil sebagai 'Boxing Day', hari tu biasanya diadakan jualan akhir tahun yang sangat menarik di seluruk UK. Aku bercadang nak pergi shopping kat Cheshire Oak Designer Outlet nanti, salah satu kawasan membeli belah barangan dari jenama2 terkenal yang terbesar di UK.



Oklah, harap kawan2 sekelian berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Ingat, tiada yang mustahil di dalam dunia ni dengan izinNya, rebutlah peluang yang ada selagi boleh.

All the best & good luck.

Wassalam.


4 comments:

Fina Roslan said...

alhamdulillah:)

Anonymous said...

Good luck ok...

dino said...

yup. rebutlah peluang selagi ada... good luck

noa said...

ko amik phd, rajin nye (aku tgh buat muka kagum ni)