Friday, 31 December 2010

Moga sembuh seperti sediakala, Insya-Allah...

Salam semua,

Petang tadi aku ke City Hospital, Birmingham setelah dimaklumkan oleh Dr. Mustafa yang keadaan isteri Saudara Awang bertambah teruk sejak dimasukkan ke sana beberapa hari yang lalu (akibat jangkitan paru-paru). Kebetulan  pula, aku berada tidak jauh dari hospital tersebut. Bila sampai sahaja di sana, ku lihat telah ada ramai sahabat yang sudah hadir. Inilah satu prinsip yang aku sangat-sangat hormati bagi masyarakat Melayu di sini. Jika seseorang itu ditimpa sesuatu musibah di sini, pasti mereka itu akan dibantu, samada dari segi  sokongan, kewangan,  idea-idea dan lain lagi. Aku hanya dapat menunggu dan berbual-bual dengan beberapa sahabat di kawasan  'lounge' yang terdapat di Critical Care Unit (CCU), memandangkan orang paling rapat dengan pesakit sahaja yang dibenarkan masuk. Sebelah malamnya pula, kami sempat membuat solat hajat dan bacaan Yassin di rumah salah seorang sahabat. Kami sentiasa berdoa agar Allah akan menyembuhkan kembali isteri Saudara Awang seperti sediakala, Insya-Allah...



p/s: Teringat suatu memori ketika dahulu, iaitu semasa aku menjadi salah seorang Penolong Pengetua Kolej Kediaman bagi universiti yang aku bekerja. Ada satu hujung minggu tu, aku dikejutkan dengan berita kematian  2 orang pelajar yang menghuni kolej kediaman yang aku jaga akibat kemalangan. Jadi, aku  diminta oleh pihak hospital bagi membuat pengecaman status jenazah-jenazah terbabit. Kemudian, aku tidak berupaya untuk memaklumkan berita tersebut kepada keluarga mereka, jadi aku meminta jasa baik seorang sahabat yang lebih senior untuk berbuat demikian, Alhamdullilah, dia bersetuju untuk berbuat demikian dan kemudiannya semua urusan berjalan dengan baik. Pengalaman ini akan aku kenang sepanjang hayat. Semoga roh mereka akan di tempatkan dikalangan para solihin, Amin...


No comments: