Thursday 25 November 2010

University students protested against fee hike proposal...

Tarikh: Rabu, 24 November 2010
Masa: 1 - 3 petang
Tempat: Di hadapan Clock Tower, bersebelahan dengan Aston Webb Building, University of Birmingham

 Lokasi tempat kejadian di University of Birmingham, West Midlands. Para pelajar universiti di seluruh UK mengadakan demonstrasi secara serentak bagi kali kedua untuk membantah cadangan menaikkan yuran pengajian bagi para pelajar tempatan dari £3,000 ke £9,000 bagi sessi akademik yang akan datang. Demonstrasi yang pertama telah diadakan di kota London pada 10 November yang lepas, di mana ribuan pelajar universiti dari seluruh UK berkumpul di sana. Demonstrasi yang bermula dengan aman pada mulanya telah berakhir menjadi rusuhan yang agak teruk. Berita tentang demonstrasi kali pertama: Link.

 Pegawai2 polis yang berkawal untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini dari berlaku.

 Di hadapan Aston Webb Building.

 Para pelajar berkumpul dan berprotes di bahagian balkoni Aston Webb Building.

 Pintu utama bangunan tersebut telah dikunci dan dikawal oleh pihak polis. Para pelajar yang berkumpul di bahagian balkoni tersebut mungkin telah memanjat melalui bahagian tepi bangunan.

 Pegawai khas polis yang mengawal rapi pintu masuk utama bangunan tersebut.

 Sepanduk yang mendesak Naib Canselor University of Birmingham, Prof. Dr. David Eastwood untuk berundur. Di bangunan inilah pejabatnya terletak, tidak hairanlah jika ianya dikawal rapi oleh pihak polis.

 Para pelajar lain yang berkumpul di bahagian bawah bangunan tersebut.

 Sedang melaungkan kemarahan mereka. Kuasa yang ada pada para pelajar di sini amat tinggi sekali. Mereka bebas sahaja untuk mengeksprestasikan emosi mereka.

 Siap ada brass band sekali.

Wait! Is that a swear word? Why, yes it is... Well done!

 Wartawan2 dari sebuah stesen television swasta sedang membuat liputan.

 Seorang pensyarah yang turut mengambil bahagian sedang ditemuramah oleh wartawan.

 Para demonstrasi sedang berarak untuk mengelilingi kampus.

 Di hadapan bangunan Main Library.


p/s: All photos taken with my Sony DSLR a-230.....

2 comments:

Fina Roslan said...

oh dear.i missed this important moment.tapi tak ramai pon?
nasib baik ada reporter tak bertauliah ni.hehe. thank you~~

Kak Mahh said...

Bagus juga,pelajar buat bantahan kalau dah melampau kenaikan yuran pasti pelajar Malaysia turut terkena tempias.