Keesokan petangnya aku telah berjumpa dengan Kak Shu, seperti yang dijanjikan. Dia menyerahkan duit yang hendak dipinjamkan kepadaku ketika di dalam bas. Aku banyak kali mengucapkan terima kasih kepada dia dan berjanji untuk membayarnya kembali. Sementara untuk sampai ke rumah masing-masing, kami berbual panjang...
"Nabil punya kursus tu belajar apa yer?", tanya Kak Shu dengan penuh minat.
"Belajar tentang aplikasi kimia di dalam industri. Teknik-teknik berasaskan kimia yang selalu digunakan dalam kilang-kilang industri...", jawabku penuh yakin.
"Ooo, Akak tak tahu sangat pasal Kimia ni. Kalau Nabil nak tahu, Akak memang minat dengan subjek Matematik".
"Ye ker? Saya pula tak minat dengan Matematik, selalu dapat markah rendah aja, he he he...", aku ketawa kecil.
"Tapi seminat-minat Akak dalam Matematik pun, Akak terkilan sebab Akak tak dapat melanjutkan pelajaran. Banyak faktor yang Akak kena fikir dan korbankan. Keluarga Akak bukan orang yang berada dan Akak ada adik-beradik yang ramai...", katanya dengan panjang lebar.
"Sebab tu Akak minat jadi seorang agen insurans, selain dari mencari rezeki yang halal, dapat Akak gunakan kemahiran Matematik Akak pada masa yang sama", tambahnya lagi.
"Emmm, Akak memang tak nak sambung belajar lagi ker? Boleh aja buat part-time kat UiTM Arau tu kalau Akak nak. Kursus perakaunan dan perbankan pun ada ditawarakan kat UiTM Arau tu...", kataku.
"Insya-Allah Nabil, tapi bukan dalam waktu terdekat ni kot. Nabil pula nak buat apa lepas habis Diploma ni? Nak kerja ker?".
"Tak, Insya-Allah saya nak sambung ke peringkat degree. Cuma tak tahu nak pilih degree yang mana satu?".
"Maksud Nabil?", tanya Kak Shu kehairanan.
"Bukan apa, sebelum ni, kalau sesiapa sahaja menamatkan pelajaran dalam Diploma Kimia Perindustrian, biasanya dia akan sambung dengan degree Kimia Gunaan. Tapi sebelum saya buat praktikal hari tu, Ketua Program kata degree Chemical Engineering akan mula ditawarkan di UiTM Shah Alam pada pengambilan yang akan datang. Cuma dia berpesan, kalau hendak ambil degree Chemical Engineering, pengetahuan Matematik kena kukuh, sebab terdapat banyak subjek-subjek yang melibatkan pengiraan. Sebab tu saya berbelah bagi, saya lebih berminat dengan kursus yang mengandungi banyak subjek yang memerlukan bacaan dan hafalan. Kalau masuk bab mengira ni, saya lemah sikit. Memang ada niat di hati nak buat Chemical Engineering, tapi rasa tarafnya terlalu tinggi untuk saya. Kalau dapat buat Kimia Gunaan pun saya dah suka..".
"Apalah Nabil ni, belum cuba dah kata susah. Kita kenalah cuba dahulu, baru tahu susah ke tak. Kalau awal-awal lagi dah kata susah, memang akan jadi susah pun. Betul tak?", kata Kak Shu yang cuba memberi nasihat.
"Tapi saya tak mahulah Kak Shu, saya tak nak ambil risiko. Kalau saya ambil degree Kimia Gunaan, saya rasa saya lebih berkeyakinan untuk berjaya, berbanding kalau saya ambil degree Chemical Engineering. Saya rasa Kimia Gunaan tu lebih mudah berbanding dengan Chemical Engineering tu. Dengar perkataan "Engineering" tu memanglah rasa megah, tapi kalau pengakhiran dia tak semegah dengan nama degree tu, nanti Nabil akan rasa malu...", kataku yang bukan menolak penuh nasihat Kak Shu itu.
"Oklah, yang boleh buat keputusan ini hanya Nabil seorang sahaja. Kak Shu tak boleh buat apa-apa. Cuma Kak Shu nak berpesan yang jangan awal-awal lagi dah menganggap sesuatu tu susah kalau kita sendiri belum menghadapinya. Ingat tu Nabil, pesan Akak ni".
"Ok, saya akan ingat pesan Kak Shu ni sampai bila-bila. Terima kasih".
Semenjak itu, aku dah mula kurang berjumpa dengan Kak Shu, kalau berjumpa pun mesti ketika menaiki bas yang sama untuk pulang ke Arau. Sesekali, ada ketikanya kawan baik di kilang sudi untuk menghantarku pulang, lebih-lebih lagi jika hari itu hujan. Ada sekali tu, aku terserempak dengan Kak Shu dari jauh di tengah bandar Kangar. Dia seperti menerangkan sesuatu kepada seseorang, mungkin mengenai insurans yang ditawarkan oleh syarikatnya. Aku terus memerhati dengan penuh minat. Kelihatan dia bercerita dengan penuh minat, sambil mengeluarkan beberapa dokumen dari fail yang dibawanya. Ketika itu, aku berasa sebak kerana dia bersusah payah untuk mencari rezeki dan sanggup untuk meminjamkan duitnya kepadaku tidak lama dahulu.
Kadangkala, apabila aku sampai di stesen bas Kangar untuk balik ke Arau, mataku sesekali akan melilau dan cuba untuk mencari jika Kak Shu berada di situ. Ketika aku hampir menamatkan latihan praktikalku, aku bernasib baik kerana menaiki bas sekali lagi bersama-sama dengan Kak Shu. Dia memohon maaf kepadaku kerana keadaannya yang menjadi begitu sibuk semenjak kebelakangan itu, kerana itulah juga, aku tidak berjumpa dengannya di stesen bas tersebut. Di dalam perjalanan itu, dia menyatakan hasrat untuk mengambilku sebagai adik angkatnya. Aku berasa sangat gembira kerana selama ini aku tidak mempunyai seorang kakak angkat pun. Pabila aku telah menamatkan latihan praktikalku, pihak pengurusan kilang telah memberikanku satu cek yang meliputi elaun-elaun yang sepatutnya aku terima selama aku membuat praktikal di situ. Selepas cek itu ditunaikan di bankku beberapa hari kemudiannya, aku telah menelefon Kak Shu untuk memaklumkan yang aku ingin membayar balik duit pinjaman yang diberikan kepadaku. Tetapi Kak Shu menolak untuk menerimanya kembali, walaupun aku berkeras juga hendak membayarnya. Aku terkejut dan berasa sedikit kecewa dengan penolakkannya. Dia juga memberitahuku bahawa tugasnya kini menjadi semakin sibuk, adakalanya keadaan memerlukannya membuat kerja-kerja outstation, seperti pergi ke negeri Kedah dan ibupejabat di Kuala Lumpur.
Selepas dari itu, aku meneruskan pengajian bagi semester terakhir Diplomaku di UiTM Arau dan memandangkan aku duduk di dalam kampus ketika itu, peluang untuk aku berjumpa dengan Kak Shu memang tiada langsung. Cuma sesekali, aku akan menelefonnya dan bertanyakan khabar berita terbarunya. Apabila aku hampir untuk menduduki peperiksaan akhirku, Kak Shu berkata dia ingin berjumpa denganku. Selang beberapa hari kemudian, dia telah datang ke UiTM Arau dan memberi kata-kata semangat kepadaku bagi menempuhi peperiksaan yang bakal menjelma. Dia juga ingin melihatku menyambung pengajian di dalam kursus Kejuruteraan Kimia, yang mana aku tidak berani lagi berjanji kepadanya pada ketika itu. Dia juga berkata yang dia akan berpindah ke pulau Langkawi dan akan bekerja di sana dalam masa beberapa hari lagi. Dia juga berkata mungkin perjumpaan kali itu adalah perjumpaan yang terakhir buat aku dan dia. Bila aku mendengar sedemikian, aku berasa sayu di dalam hati. Aku mungkin tidak akan jumpa lagi dengan seorang yang telah banyak berjasa dan membantuku di waktu aku ditimpa kesusahan. Pesanan terakhir Kak Shu kepadaku adalah supaya aku belajar sebaik mungkin kerana dia tidak mahu aku menjadi seperti dia. Ayat itu terus ku genggam dan menjadi perangsang buatku selepas itu. Tidak lama kemudiannya, aku telah berjaya menamatkan pengajian Diplomaku dan paling penting sekali, aku telah berjaya diterima masuk untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di UiTM Shah Alam. Aku dah bertekad untuk memilih kursus ini kerana aku tidak mahu menjadi seorang yang cepat berputus asa.
Malangnya, berita gembira ini tidak dapat aku sampaikan sendiri kepada Kak Shu. Aku telah benar-benar kehilangan jejaknya pada ketika itu. Aku ada cuba menghubungi pejabat lamanya di Kangar, tetapi mereka berkata yang dia telah bertukar kerja dari pulau Langakawi dan mereka tak pasti dia bekerja di mana sekarang ini. Jadi, nukilanku ini ingin menyampaikan perasaan berterima kasihku kepada seseorang yang bernama Kak Shu yang pernah hadir di dalam hidupku sebelum ini. Diharapkan agar kalau Kak Shu atau sesiapa sahaja yang mengenali Kak Shu yang membaca nukilanku ini untuk menghubungi aku. Bantuan dan nasihat yang telah Kak Shu berikan tak mungkin akan terbalas olehku. Dikesempatan ini juga, aku ingin memohon maaf kepada Hasliza, rakan sepraktikalku di kilang simen tersebut, kerana kecuaianku, duit yang sepatutnya menjadi miliknya telah hilang.
Aku percaya semua yang telah berlaku ini ada hikmahnya dan Allahlah sebaik-baik perancang, Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Kepada sesiapa yang telah menjumpai sampul surat tersebut, aku telah menghalalkan dan memaafkannya, mungkin duit itu lebih kamu perlukan pada saat dan ketika itu. Kalau semua ini tidak berlaku, tidaklah aku akan mengenali Kak Shu suatu ketika dahulu. Ya Allah, aku sangat bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan olehMu kepadaku sehinggalah ke hari ini, moga aku menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara suatu hari kelak, Insya-Allah...
Wassalam...
Ikhlas,
Midhat Nabil Ahmad Salimi,
Final Year PhD. Student in Chemical Engineering,
School of Chemical Engineering,
University of Birmingham, United Kingdom.
17th of January 2011
............................................................................................................
Lihat ke arah sana,
Serakan warna dan berarakan...awan,
Pabila terik-panas,
Segera hadirnya memayungi.. diri.
Pabila kau dahaga,
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya,
Pabila kau katakan,
Akulah awan itu yang kau mahu.
Begitulah awan nano,
Setia melindungi diri,
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu.
Begitulah awan nano,
Sering saja tak terduga hadir,
Dan tak akan tercapai... jejarimu.
Kasehnya,
Kaseh tiada banding setia tiada tara,
Bagaimanapun jua.
Awan kekaseh sebenarmu sayang,
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo
Lihat diriku ini,
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan,
Sehingga tak mungkin terlupa,
berikan belas sedari... dulu.
Sehingga tak mungkin termampu saksi,
Setitispun air matamu...kasehku,
Sehingga kau katakan,
Akulah awan itu yang kau rindu.
Akulah awanmu yang sedia,
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu.
Akulah awanmu yang sering kau rindu,
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu.
Kasehku,
Kaseh tiada banding setia tiada tara,
Bagaimanapun jua.
Aku pelindung dirimu sayang.
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo
Begitulah awan nano,
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu.
Begitulah awan nano,
Sering saja tak terduga hadir,
Dan tak akan tercapai.. jejarimu.
Kasehku,
Kasih tiada banding setia tiada tara,
Bagaimanapun jua.
Aku pelindung dirimu sayang,
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...woooo-woo..
Lirik Lagu Awan Nano - Hafiz AF7