Saturday, 30 August 2008

Happy Independence Day!


Independence is the greatest gift one can ask for.
Happy 51st Independence Day.
Malaysia 'Boleh'!

Friday, 29 August 2008

Salam Ramadhan al-Mubarak.....


Bersempena dengan kedatangan bulan yg mulia ini, sy ingin menyusun sepuluh jari dan memohon maaf sekiranya terdapat apa2 jua kesalahan yg telah sy lakukan kepada kawan2 yg mengenali sy, samada secara sengaja ataupun tak sengaja. Harap dapat memaafkan kesalahan sy, semoga ibadah puasa kita semua lebih diberkati dan mendapat rahmat dariNya.

p/s: Yg baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan diri sy sendiri.....

Wednesday, 27 August 2008

Haaa..... jumpa pun.....


Nilah kedutaan Zimbabwe kat kota London tu, bangunan dia xderlah semewah mana pun. Nanti kalau ada apa2 masalah, bolehlah sy pergi sini.....

Tuesday, 26 August 2008

Erkkk?

Lepas ni harga minyak kat Malaysia akan naik balik ker? (harga minyak angin ngan minyak gamat naik jugak tak?)

Friday, 22 August 2008

Bank Holiday (25th August 2008).


Yay! Hari Isnin ni ada satu extra hari yg cuti (bagus untuk hilangkan Monday blues aku!). Cuti tu kat sini dikenali sebagai Bank Holiday. Kalau mengikut sejarah (bukan pendapat Charles Darwin), hari sebegini adalah di mana bank2 tidak akan menjalankan operasi hariannya, dengan kata lain ianya akan ditutup. Oleh kerana itu, tiada sebarang urusniaga akan dijalankan oleh orang ramai (yer2 jer kalau bank tutup, orang ramai dah tak leh buat apa2). Bank Holiday ni juga dikira sebagai cuti2 umum di UK. Hanya ada 15 hari jer untuk Bank Holiday sepanjang tahun kat sini, bukan cam kat Malaysia tu, mungkin disebabkan oleh adanya pelbagai kaum2 etnik yg terdapat di Malaysia.

Dalam pada itu, ada terima satu jemputan untuk menghadiri satu majlis BBQ besar2an anjuran masyarakat Malaysia di Birmingham ini, yg akan diadakan di bandar Cannock pada hari Ahad ini. Macam best jer, lagipun tak pernah ke sana. Anyway, susah2 jer, Insya-Allah akan sampai di sana.

p/s: Apa2 pun, kat Malaysia lagi best, harga minyak boleh turun dan naik, cam rollercoaster kat Genting Highlands tu...

Wednesday, 20 August 2008

Ngam ho!


Akhirnya jumpa gak Char Keow Teow yg sedap di UK ni (Restoran Jati, Manchester).

Terima kasih Poweroot! Nyum nyum.....