Sunday, 19 December 2010

Salju di danau rindu...

Salam semua,

Lagu nyanyian Mamat Exists ni mmg bertepatan dengan keadaan aku sekarang ni. Pertama sekali sebab musim sejuk dah tiba agak awal bagi tahun ni (paling awal dalam tempoh 17 tahun). So, bagi diaorg yg meraikan Hari Krismas kat sini mmg gembira sgt2 sebab akan adanya 'White Christmas'. Keduanya, sebab aku rindukan akan parentsku, adik-beradikku, anak2 sedara yg tak pernah aku jumpa secara live, kucingku dan seseorang yg kini berada di Malaysia.

Bercakap mengenai salji yg telah turun dengan lebat bermula pada hari Sabtu yg lepas, byk pengangkutan awam telah terjejas, ini termasuklah penutupan hampir keseluruhan lapangan terbang di seluruh UK pada hari Sabtu,  perjalanan keretapi yg tergendala dengan teruk dan juga perkhidmatan bas yg amat terhad sekali. Pihak polis pun dah mengeluarkan arahan agar tidak keluar memandu, kecuali jika mempunyai urusan yg amat penting. Suhu pada waktu malam skrg ni kadangkala akan mencecah - 10 oC, so malam2 mmg aku akan buka heater dengan suhu yg paling maksimum, tido siap pakai jaket dan selimut yg tebal. Kalau waktu siang pula, masih terasa akan kesejukkannya, terpaksa memakai beberapa lapis pakaian, tidak termasuk baju thermal. Ada sesetengah org UK sendiri pun tak sanggup untuk menghadapi cuaca ni, so, mereka pergi bercuti ke negara2 yang beriklim sederhana seperti Spain dan Miami, Florida.

Lagi satu, waktu Maghrib bagi musim sejuk ni pun dah awal. Skrg ni pukul 4 ptg dah mula gelap. So, kadangkala terasa waktu begitu cepat berlalu. Kalau waktu musim panas dahulu, waktu Maghrib pernah nak masuk hampir pukul 10 malam, adakalanya aku sempat bermain bolasepak pada pukul 9 malam dan ketika itu keadaan masih lagi cerah.

Esok akan aku gagahkan juga untuk ke uni. Ada lagi keje yg perlu dibuat sebelum cuti Krismas yg panjang. Bukan aku xleh buat keje kat rumah, tapi kalau buat keje kat rumah ni, byk sgt temptations yg akhirnya akan membuatkanku tidak mebuat apa2 keje pun. Sebagai contoh, kalau aku buat keje kat dalam bilik, akan timbul perasan mengantuk dengan mudah, dan memandangkan katil dah sedia ada, kemungkinan untuk tido tu adalah sgt2 tinggi. Selain tu, boleh jer melepak atau main game di ruang tamu. So, kalau pergi uni tu dan buat keje disamping rakan2 satu department, boleh mengurangkan risiko2 tersebut. Biler kat department, boleh gak bertanya kat kawan2 jika tak faham ataupun pergi ke library untuk mencari maklumat yg lanjut.

Dijangkakan keadaan sejuk melampau ni akan berterusan ke bulan depan. Kalau teruk sgt, nampak gayanya terpaksalah aku cancel plan untuk shopping bersempena dgn 'Boxing Day' kat Liverpool nanti. Arghhh, kemungkinan nak terperap kat rumah jer sgt tinggi waktu cuti ni... T_T   Oklah, rasanya sekian dulu dari bilik berita buat sementara waktu. Kalau ader apa2 perkembangan terbaru akan diupdatekan nanti. Until then, take care and all the best, Wassalam...

Kat hadapan rumah. Rumah ni aku tinggal ngan sorang lagi brader bujang yg jugak membuat PhD.

 Laluan pejalan kaki yg dipenuhi salji.

 Seseorang yg sedang membersihkan laluan di hadapan rumahnya.

Kelihatan sebuah menara masjid di hujung jalan. Masjid tersebut masih di dalam pembinaan dan ianya merupakan sebuah masjid Syiah...

4 comments:

marinahunny said...

sejuknyeeee...

cmne ek menahan sejuk. mandi tak? kat trg ni kalu musim hujan pun dh sejuk giler..nk mandi pon malas. hahaha. kalu suhu bwh paras beku maknanya lebih kurang sama dgn suhu peti ais la kan, kiranya peti ais takyah guna la kalu musim sejuk eh?

ulfa said...

Aslkm

He he ni mama ni.Rumah tu sebijik mcm rumah lama mama kat CT.OO diaorg design sama ek rumah dan pagar..

Mama suka tgk salji turun...
skrg ni pcik dan mcik tgh joli2 kat london/newcastle. Diaorg menyebeang ke Amsterdam lagi.

He he dah lama ke kat sini? Nanti cerita lagi suasana tu ek?

ulfa said...

Kat atas tu mamaju, ni terpakai anak punya namalah...

Nurulbadiah Lai said...

:)
sejuk jgn lupa pakai baju tebal2