Thursday 2 December 2010

You just gotta see these awesome movies. Trully unbelievable...

Filem pertama ini mengisahkan mengenai seorang 'Rambo' yang berusaha keras untuk menetang puak pengganas yang berada di kampung halamannya dan juga di dalam hutan. Banyak babak2 yang mendebarkan telah diselitkan di dalam filem ini, membuatkan sesiapa sahaja yang lemah jantung menjadi tidak sesuai untuk menontonnya. Filem ini bertambah dramatik apabila kawannya yang memandu sebuah helikopter berteknologi tinggi telah sudi untuk membantunya. Jika anda perasan, helikopter tersebut tidak perlu untuk membawa senjata, cukup dengan hanya melanggar beberapa buah bangunan, habis huru hara satu bandar. Filem yang telah menelan belanjer tinggi dan yang terbaik pernah dikeluarkan oleh negara Uganda pasti akan memecahkan setiap panggung wayang apabila ianya ditayangkan, maksud aku, panggung wayang2 tersebut pasti akan meletup sebaik sahaja penonton habis menyaksikan filem ini, akibat ekspresi emosi yang terlampau.



Oleh kerana filem pertama telah mendapat sambutan yang sangat2 di luar jangkaan (pecah panggung dan segalanya), pihak produksi dengan ihsan telah membuat sebuah lagi filem baru bagi memenuhi kehendak peminat2 yang begitu fanatik. Filem kali ini mengisahkan mengenai beberapa orang 'penarik kereta' yang telah ditugaskan oleh pihak bank untuk menarik kembali kereta2 yang sudah beberapa bulan tidak dibayar ansurannya. Tetapi, malang bagi mereka, bukan sahaja kereta tidak dapat ditarik, tetapi nyawa mereka pun di dalam bahaya, akibat tindakbalas ganas yang ditunjukkan oleh pemilik2 kereta tersebut. Ditunjukkan juga beberapa scene di mana beberapa buah kereta dirosakkan dan dibakar dengan sengaja, di dalam fikiran pemilik2 kereta tersebut mesti tercetus perkataan... 'alang2 dah nak kena tarik balik, baik aku rosakkan terus, bank pun rugi, padan muka, ha ha ha.....' Filem ini kalau masuk di pasaran Malaysia pasti akan diberikan tajuk 'Taubat Tersasul'.



Malang bagi filem kedua mereka, sambutan yang diterima amat dingin sekali. Ini mungkin disebabkan tiada lagi unsur2 helikopter canggih seperti yang digunakan di dalam filem pertama dahulu. Sekali lagi, produksi filem tersebut tidak patah semangat dan menghasilkan filem yang ketiga. Untuk filem tersebut mereka telah mendapatkan khidmat 'Jackie Chan' bagi melariskan filem tersebut. Setelah filem tersebut ditayangkan, barulah produser filem mengetahui bahawa bukan 'Jackie Chan' yang sebenar telah berlakon di dalamnya, tetapi oleh seorang tukang masak yang kebetulan mempunyai nama yang sama, dan dia sudah bosan dengan pekerjaan tersebut dan sudah mula minat di dalam bidang lakonan. Skill2 kung-funya pun hanya dipelajari apabila menonton video klip Jackie Chan yang sebenar di Youtube. Jika anda perasan di dalam filem tersebut, beberapa orang aktor telah menggunakan senjata yang begitu canggih. Ini telah mendorong pihak Tentera Amerika Syarikat untuk mendapatkan teknologi tersebut. Dikhabarkan bahawa, senajata2 tersebut telah dibuat di sebuah bengkel membaiki motor oleh tuan punya bengkel tersebut di masa lapangnya. Difahamkan juga, pemilik bengkel tersebut kini telah membuka sebuah showroom Harley Davidson yang pertama di Uganda. Syabas diucapkan...


As a conclusion, I guess they are way better than the '2 Alam' movie, right?

1 comment:

Tok Ketua said...

hahahahahahahaha... lawak giler