Tidak lama kemudian, aku pun sampai di rumah sewaku. Sesampai sahaja di rumah, aku disambut oleh dua lagi rakan serumah yang menjalani latihan pratikal di tempat yang berbeza denganku. Selepas aku mandi dan menunaikan solat Maghrib, kami pun pergi ke tempat yang kami selalu makan malam, iaitu disebuah gerai yang menjual keuw teow goreng yang terletak tidak jauh dari pintu masuk utama UiTM Arau. Ketika itu, aku betul-betul menjadi seperti seorang individu yang berbeza, tiada perubahan langsung pada riak wajahku untuk menimbulkan kesangsian pada rakan-rakan serumahku. Ini kerana aku dikenali sebagai seorang yang ceria dan banyak bercakap kepada mereka, jika aku tidak berkelakuan sedemikian, pasti mereka dapat menghidu perubahan diriku pada ketika itu.
Selepas kami habis makan, aku berkata kepada salah seorang rakan serumahku yang aku ingin pergi ke rumah sewa rakan perempuan sekelasku yang terletak tidak jauh dari rumah sewaku. Aku katakan yang kawan dia sepraktikal denganku di kilang tersebut telah memesan sesuatu kepadanya. Pabila sampai dirumahnya, aku berjumpa dengan rakan yang telah meminjamkan duit berkenaan. Aku telah menerangkan keadaan sebenar yang telah berlaku pada hari itu. Dia berkata perkara itu sudah berlaku, tidak perlu untuk menyesali lagi. Cuma dia berpesan yang tuan rumah rakanku itu akan datang untuk mengutip duit sewa rumah tersebut dalam masa sehari dua ini. Oleh itu, aku perlu mengusahakan untuk mendapatkan duit tersebut agar rakanku itu tidak terkilan kerana kesilapanku.
Sebelum masuk tidur pada malam itu, aku asyik memikirkan akan kaedah-kaedah untuk mendapatkan duit secepat mungkin. Jika aku ada duit sebanyak itu pada ketika itu, sudah pasti aku akan dahulukan, tetapi malangnya duit yang aku ada, cuma cukup-cukup untuk dibuat belanja seharian untuk sepanjang aku menjalani latihan praktikalku. Aku juga teringatkan akan Kak Shu yang telah aku jumpa petang tadi di dalam bas. Kad namanya telah ku pindahkan ke dalam dompetku, sepatutnya di situ jugalah aku menyimpan sampul yang berisi duit tersebut. Oh, begitu cuainya diriku ini... Ingin sahaja aku meminta pertolongan darinya, tapi aku rasakan bahawa tindakan aku itu seperti mengambil kesempatan terhadapnya. Mungkin ada cara lain yang tidak perlu melibatkannya. Mungkin... Seketika kemudian aku terlelap...
Keesokan harinya aku telah pergi ke kilang seperti biasa, dan aku berjumpa dengan rakanku yang sepatutnya duit itu menjadi miliknya. Aku katakan kepadanya yang aku akan cuba mendapatkan duit itu dalam masa sehari dua ini. Dia berkata tidak mengapa, kerana dia boleh sahaja meminta kepada tuan rumahnya agar dia menjelaskan duit sewa rumahnya pada minggu berikutnya. Tetapi aku berkeras yang aku akan cuba untuk mendapatkan duit dengan secepat mungkin dan aku tidak mahu menyusahkannya kerana kelalaianku. Dia kemudiannya tidak berkata apa-apa, mungkin dia percaya yang aku boleh mengotakan apa yang aku baru katakan kepadanya. Ketika waktu rehat tengahari, aku telah membuang seluar jeansku yang terkoyak di bahagian poket belakang itu ke dalam sebuah tong sampah besar yang terdapat di kilang tersebut. Aku tidak mahu lagi seluar itu menjadi milikku, jika tak, aku akan sentiasa teringat akan peristiwa ini.
Kebiasaanya, selepas jam 4 petang, aku bebas untuk berbuat apa sahaja, sebelum tiba waktu untuk pulang pada jam 5 petang. Ketika itu, hati aku kuat meronta untuk meminta bantuan dari Kak Shu, kerana hanya dialah harapan terkahirku pada saat itu. Tetapi perasaan berbelah bagi dan bersalah masih menebal di dalam hatiku. Akhirnya, aku kuatkan semangat jua untuk menelefon pejabatnya.
"Assalammualaikum, boleh saya cakap dengan Shuhaila bt...?", kataku sebaik sahaja panggilan terjawab.
"Waalaikumussalam, yer, saya tengah cakap ni...", jawab penerima di hujung talian.
"Kak Shu, ni saya, Nabil. Kak Shu ingat lagi tak?"
"Mestilah ingat, kan kita baru jer jumpa petang semalam. Akak yakin Nabil mesti akan call Akak. Betul tekaan Akak..."
"Akak, saya kan....", lalu aku ceritakan dengan serba serbi apa yang telah berlaku.
"Emm, kalau bolehkan, saya nak pinjam dengan Akak RM50. Hujung bulan depan saya akan dapat elaun praktikal saya. Nanti saya ganti balik, saya janji Akak".
"Kenapa nak pinjam RM50 aja? Kan duit yang hilang tu RM100? Akak boleh pinjamkan RM100".
"RM100 banyak sangat Akak. RM50 dah mencukupi buat saya. Selebihnya boleh saya gunakan duit sendiri dan pinjam dari kawan-kawan".
"Laaa... nanti kalau pinjam duit dari kawan-kawan, kan dah berhutang pulak, dari berhutang dengan seorang ajer, nanti jadi berhutang dengan ramai orang, kan tak elok...".
"Macam nilah Nabil, Akak pinjamkan RM100 kat Nabil, Nabil tak payah guna duit sendiri atau pinjam dari kawan-kawan".
"Banyak sangat RM100, RM50 ok jer Akak".
"Kalau Nabil anggap Akak ni macam kakak Nabil, harap Nabil dapat terima pinjaman RM100 dari Akak. Boleh tak?".
"Banyak sangat Akak, tak nak menyusahkan Akak...".
"Tak menyusahkan pun, jadi harap sudi terima RM100 dari Akak yer?".
"Emm.....".
"Kalau Nabil nak duit tu, jumpa Akak kat stesen bas Kangar pukul 6 petang esok yer. Petang ni Akak kena jumpa klien. Kalau tak, boleh Akak kasi petang ni jugak".
"Akak serius ni?".
"Yer, Akak dari semalam lagi tahu Nabil macam ada masalah jer. Sebenarnya Akak rasa gembira yang Nabil call Akak dan ceritakan perkara yang sebenar".
"Sorrylah Akak, Nabil terpaksa, sebab Nabil dah takde pilihan lain..."
"So, jumpa petang esok yer?".
"Insya-Allah. Nanti hujung bulan depan saya bayar balik duit tu, saya janji, Akak".
"Ok, jumpa esok".
"Saya janji akan bayar duit Akak tu balik", ku ulang dua tiga kali.
"Dah-dah. Akak ada kerja nak buat ni. Nabil tak payah risau, ok".
"Terima kasih, Akak", kataku sebelum menamatkan perbualan.
Bermula detik itu, aku sudah tidak gusar lagi. Oh, aku sungguh terharu akan pertolongan yang Kak Shu sudi untuk berikan. Petang itu aku pulang ke rumah dengan hati yang girang sekali...
(bersambung)

1 comment:
x sbr nak tahu lg kisah selanjutnya....
Post a Comment