Salam semua,
Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera...
Sorrylah agak lama x update entry terbaru. Sebab utama, my laptop dah kaput (maksud 'rosak' kalau ikut slang Jerman). Sebelum dia kaput, aku ada buat virus ngan malware screening guna free AVG 2011 antivirus software (yer, yg free punyer, nak beli yg full x mampu T_T). Lepas habis screening tu, dia ader keluar satu mesej yg kata boleh repair malfunction properties yg ada dalam komputer aku tu, tapi aku kena install satu lagi software. Siap kata boleh repair semua malfunctions tu untuk sekali sahaja, lepas tu kalau ader lagi, dia akan kenakan charge, saper yg x teruja biler baca kenyataan tu? Sama jer perasaan dia biler terlihat promosi beli satu percuma 2 O.o
So, aku dengan hati yg suci, pergilah install software tu. Lepas sambung surfing sekejap, aku offkan komputer dan terus masuk tido. Esok biler bangun awal2 pagi, dengan perasaan yg berbunga (belum gosok gigi lagi masa tu pun), aku onkan laptop aku tu... biler tgh loading tu, aku perasan yg interface dia ada jalur2 cam dalam filem Matrix tu. Oh noooooooo..... (ikut gaya Hanis Zalikha dalam video kat blog dia tu), hati aku dah rasa lain macam jer. Biler habis loading, dia kata Windows xleh nak access, so ader option untuk restart balik untuk dia check kalau ada apa2 error. Restart punyer restart punyer restart, dia punyer mesej sama jer. So, pastu aku bercadang untuk hantar laptop kat kawan aku yg ader kat sini yg mmg pakar IT, sebelum ni byk laptop2 yg hidup semula setelah berjumpa dengannya.
Lebih kurang macam nilah interface komputer aku biler nak start tu, canggih tak?
So, sebelum aku offkan laptop aku untuk kali terakhir, aku terdetik untuk klik pada 'Advanced Option' yg ader kat bawah sekali. Wah, macam best jer bunyi dia, dalam byk2 tu, ader satu yg buat aku tertarik, 'Windows Factory Recovery'. Aku pun apa lagi, why not give it a try, kalau berjaya, boleh jugak kira diri aku ni terer, untung2 leh bukak bisnes repair laptop nanti, ha ha ha (ketawa orang yg perasan bagus dan masih belum mandi pagi lagi)... Ok, dia keluarkan arahan untuk back up files sebelum dia restore ke factory setting (macam masa mula2 beli laptop tu dulu). Yahoo, file2 dah di back upkan, bangga seh... So dengan satu klik jer, dia tgh restore balik ke factory setting. Tunggu punyer tunggu punyer tunggu, dia punyer procsessing lembab yg amat. Dalam masa tu aku sempat untuk mandi pagi, buat sarapan, tgk TV sekejap, ke hulu & ke hilir dengan tiada tujuan yg jelas dan kembali semula ke dalam bilik untuk check perkembangan terkini. Ok, dah 90% installing! Yes, lepas ni bolehlah surf internet dengan lebih gumbira, hard disc storage pun dah makin byk capacity. Last sekali, dia keluar mesej untuk restart komputer, so aku pun tekanlah option 'restart' tu tanpa membaca Bismillah... Biler dia restart jer, screen terus blank dan keluar mesej 'Boot manager is missing, press Ctrl + Alt + Del to restart'. Oh nooooooooooooooooooooo..... (kali ni bunyi 'no' tu panjang sikit berbanding dengan yg first tadi). Biler byk kali restart pun, mesej yg sama jer tetap keluar. So, tulah detik2 terakhir aku bersama laptopku, hence, entry yg tidak diupdatekan untuk beberapa ketika.
p/s: Kalau jadi apa2 kat laptop korang dan korang rasa cam tak yakin jer nak repair sendiri, please leave it to the expert. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian lama lagi gaji nak masuk..... Cisss AVG, U've made me dropped my water face...
7 comments:
kekekeke...... best kan? Belajar benda baru. :p
Yer, saya budak baru belajar, harap2 xder lagi pembelajaran macam ni... T_T
Hai Yayako, lama x nampak? Hidung beku tak?
akan ku ingat pesan mu itu ngehngehngeh
Hidung kembali beku juaaaaa... huhu. :)
pening...
padan la diam jer blog..:D..
Post a Comment