Friday, 7 January 2011

Menambah ilmu yang amat berguna di masa lapang...

Salam semua,

Kali ini aku ingin berkongsi dengan anda mengenai dua tokoh dakwah Islam yang terkenal, iaitu Sheikh Ahmed Deedat dan juga Dr. Zakir Naik. Sheikh Ahmed Deedat dilahirkan di Gujarat, India pada 1 Julai 1918, dan dibesarkan di KwaZulu-Natal, Afrika Selatan. Kerja-kerja dakwah Ahmed Deedat adalah untuk menangkis aktivis 'missionaries' Kristian yang bergerak aktif di Afrika Selatan ketika itu. Setelah mendalami ilmu agama secara mendalam selama 6 tahun, akhirnya Ahmed Deedat mula menyampaikan dakwahnya bermula di Afrika Selatan dan akhirnya ke serata dunia. Apa yang menarik mengenai kerja dakwahnya, Ahmed Deedat akan berdialog dengan pemimpin-pemimpin besar Kristian  berlandaskan kepada Kitab Injil (Bible) mereka bagi menangkis idea yang mereka ingin sampaikan kepada orang bukan Kristian. Ahmed Deedat yang tidak menerima pendidikan formal, bukan sahaja seorang yang hafiz Al-Quran tetapi juga menghafal Kitab Injil, yang mana kebanyakkan pemimpin-pemimpin besar Kristian tersebut tidak menghafalnya.


Dunia dakwah Islam telah dikejutkan dengan berita kematian Ahmed Deedat pada 8 Ogos 2005, setelah beliau terlantar begitu lama akibat serangan strok. Alhamdullilah, sebelum beliau diserang strok, beliau telah memimpin seorang pelapis untuk menyambung kerja-kerja dakwahnya. Pelapis yang dimaksudkan adalah Dr. Zakir Naik, seorang doktor perubatan dari Mumbai, India. Di dalam dakwahnya, Dr. Zakir Naik bukan sahaja berdepan dengan golongan Kristian, tetapi juga golongan Hindu yang ingin berdebat dengannya. Seperti Ahmed Deedat, Dr. Zakir Naik akan menggunakan kitab-kitab suci golongan terbabit bagi menangkis segala hujah mereka. Beliau juga amat mengetahui mengenai kitab-kitab Veda, iaitu kitab suci bagi golongan Hindu. Banyak video-video kedua tokoh tersebut boleh ditonton di laman Youtube. Ada ketikanya, ketika aku mempunyai masa lapang, akan ku tonton beberapa video tersebut. Aku rasa kita perlu juga mempunyai sedikit, jika tidak banyak, mengenai ilmu-ilmu agama untuk dijadikan panduan dan pedoman, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di sesebuah negara yang bukan Islam. Semoga ilmu yang diperolehi bermanfaat bagi semua, Insya-Allah...


Dalam banyak-banyak video mereka di Youtube, aku paling kerap menonton video tersebut: Ahmed Deedat & Dr. Zakir Naik.


2 comments:

Fina Roslan said...

Keep it up!

Dart Hyda Osman said...

Yer..tanpa ilmu pengetahuan dah iman yang kukuh di dada kita mudah terpesong dan dipesongkan oleh kafir laknatullah..beringatlah selalu dan sentiasa berpegang pada ajaran Al Quran..Sembahyang adalah tiang agama..kalau tak sembahyang..tiang tak kukuh..maka hancur la iman..ada ilmu banyak mana pon memang tak guna..