Wednesday 26 January 2011

Tunisia, damaimu di sana...

Sebelum ini, pasti kita semua dah maklum akan keadaan huru-hara yang berlaku di negara Tunisia. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perasaan ketidak puas hati oleh sebahagian besar rakyatnya yang terus dihimpit oleh masalah kemiskinan, kurangnya peluang perkerjaan yang semakin meruncing, tiada kebebasan untuk bersuara, kenaikan harga-harga barang yang berterusan dan juga rasuah yang semakin berleluasa di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi negara tersebut. Rusuhan dan keadaan huru-hara yang telah berlaku ini telah menyebabkan presidennya,  Zine El Abidine Ben Ali lari meninggalkan negara tersebut dan mendapatkan perlindungan di negara Arab Saudi setelah 23 tahun berkuasa di Tunisia. Tetapi tahukah anda apakah pencetus utama kepada kebangkitan ini? Mungkin ada yang tidak mengetahuinya...


Mohamed Bouazizi adalah seorang peniaga sayur dan buah-buahan secara kecil-kecilan di jalanan di bandar Sidi Bouzid. Dia menggunakan kereta sorong bagi menjual hasil barangannya itu. Walaupun berpendapatan sangat rendah melalui pekerjaan ini, dia masih lagi mampu untuk menyara keluarganya, termasuk ibunya dan seorang adik perempuannya yang tengah belajar di sebuah universiti ketika itu. Malangnya, pada 17 Disember 2010, pihak polis dan pembandaran tempatan telah cuba untuk merampas kereta sorongnya, dengan alasan dia tidak mempunyai lesen untuk menjual. Dia hanya mempunyai pekerjaan itu sahaja dan memandangkan dia telah banyak kali memohon untuk mendapatkan pekerjaan, termasuk untuk berkhidmat sebagai seorang askar, tetapi permohonannya telah ditolak, maka hanya itulah peluangnya yang ada untuk mendapatkan duit bagi menyara keluarganya. Dikatakan bahawa pihak polis tersebut telah meminta wang rasuah darinya agar kereta sorongnya tidak dirampas, tetapi Bouazizi tidak mempunyai duit untuk berbuat demikian. Berang dengan tindakannya ini, seorang pegawai perbandaran, Feyda Hamdi yang turut serta dalam cubaan rampasan itu telah menampar dan meludah kepada Bouazizi, sementara dua pembantunya telah memukul Bouazizi. Timbangan elektroniknya telah dirampas, sementara sayur dan buah-buahannya telah dicampak di atas jalan raya. Lebih malang lagi, Feyda Hamdi telah mencaci ayah Bouazizi yang telah meninggal dunia.


Bouazizi dengan perasaan yang begitu marah telah pergi ke pejabat pegawai daerah selepas peristiwa itu, tetapi, pegawai tersebut telah enggan untuk berjumpa dengannya. Kemudian dia telah bertekad untuk membakar dirinya setelah permintaan untuk berjumpa dengan pegawai tersebut tidak menjadi kenyataan dan dia telah membeli setin minyak gasolin. Dia telah membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan kerajaan di bandar Sidi Bouzid. Walaubagaimanapun, Bouazizi tidak meninggal ketika itu, tetapi dia telah cedera parah dengan kesan terbakar yang begitu teruk dan dikejarkan ke sebuah hospital. Dia telah meninggal dunia 18 hari kemudiannya. Berita mengenai tindakan beraninya ini telah mendapat liputan meluas di Tunisia, dan gerakan anti-kerajaan kemudiannya telah berjaya menyingkirkan presiden Tunisia yang disifatkan sebagai seorang yang penindas. Kejadian ini juga telah menjadi pemangkin kepada gerakan anti-kerajaan yang telah berlaku semalam di negara Mesir...


His brother, Salem Bouazizi, was quoted as saying: "Freedom is expensive and my brother paid the price of freedom" and "[he] has become a symbol of resistance in the Arab world."


 
Source: Wikipedia

2 comments:

fifahnazri said...

oh!! bersyukurnya kita tinggal di Malaysia yg berdemokrasi dan patuh kpd undang2..

fifahnazri said...

oh!! bersyukurnya kita tinggal di Malaysia yg berdemokrasi dan patuh kpd undang2..