Thursday, 22 October 2009

Sepetang bersamamu.....




Cam biasalah, ni entry yg terbaru setelah berabad lamanya tak menulis. Macam2 benda yg membuatkan ku sibuk dua tiga menjak nie, dari keje2 lab, sampailah ke aktiviti merempit kat tempat2 yg baru di UK nie. Biler dah dioccupied camni, hilanglah sikit rasa nafsu untuk berblog, kalau telan Viagra pun, belum tentu dapat membantu. Hujung minggu lepas ada melawat kawan sekelas masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu (Bro Farisan), skrg dia ngan wife dia dah dtg ke UK, wife dia sambung study PhD kat Preston. Dulu aku dan dia duduk serumah kat Seksyen 7, rumah tu dia yg carikan, sblm masuk rumah tu aku masih ulang alik dari Kajang ke Shah Alam tiap2 hari naik bas (4 kali bas pergi balik). Masa tgh mencari rumah untuk disewa, kebetulan rumah yg dia duduk tu ader beberapa buah bilik yg kosong, so dia tanya samada berminat ker tak, aku aper lagi, klepetslah salah satu bilik tu. Last2 sekali, semua student lelaki dalam sekelas tinggal sekali (lima org lelaki jer sekelas).

Masa awal2 pergi ke kelas dulu, kitaorg tumpang kereta Bro Farisan nie, sbb hanya dia sorang yg berkereta. Akhir sekali, kitaorg yg tak berkereta nie berbincang untuk potong pagar belakang UiTM yg menghadap rumah kitaorg, sbb kalau berjalan kaki cuma 2 minit jer nak ke kelas (masa tu kelas kat Pusat Innovasi, dekat ngan pintu belakang UiTM). So, pada satu pagi hujung minggu yg hening, kami bertiga melakukan keje yg memukau ini. Laluan mantap nie amat berguna kat kitaorg sehinggalah pada satu petang yg gelap lagi malang, salah sorang dari housemate aku tu kena tahan ngan Pak Guard, mujurlah dia kata pagar tu mmg dah kena potong, so tak diambil apa2 tindakan. So, lepas tu pagar berkenaan dibaik pulih seperti sediakala. Lepas kejadian tu masing2 dah berkenderaan, so xder masalah lagi nak ke kelas. 

Biler berjumpa kembali dgn dia baru2 nie, macam2 cerita yg kitaorg sembangkan (dah lebih 5 tahun aku tak jumpa dia), dari kisah2 cinta yg tragis dan menyayat hati sehinggalah ke kisah2 lecturer yg kitaorg tak suka, yg hampir2 membuatkan aku ngan dia untuk mendaftarkan diri kat Kem Al-Qaeda, Afghanistan. Anyway, dia byk berjasa kat aku dan kawan2 serumah masa kitaorg study dulu, bersyukur sgt dapat sorang kawan cam dia nie, kini kalau aku rasa tensi2, bolehlah berjumpa ngan dia dan berucaptama panjang lebar yg dapat mengalahkan Datin Seri Rosmah Mansur (ampun noks...)


p/s: hari tu masa pergi melawat rumah dia kebetulan dia buat birthday party untuk daughter dia, so cute... 



Bro Farisan cutting the birthday cake for her daughter, Khayra.





Friday, 18 September 2009

Kembali bersiaran.....

Salam semua, hari ni dah tepat 5 bulan aku tak update blog aku ni. Tatau nak kata apa, tapi punca utama sebab cam dah jadi bengong jer blog aku ni, biler dah sign in, dan nak post new entry, dia suruh sign in lagi sekali. Biler dah sign in, dan nak tulis entry yg baru, dia masih suruh sign in. Sign in punyer sign in, punyer sign in, punyer sign in, sampai aku jadi singa.....

Anyway, raya lagi 2 hari jer lagi. Aku confirm tak balik, tadi baru lepas check tiket bas ,dah habis dah semua destinasi London - Kuala Lumpur (ni kalau ader betul, kalau bertolak hari ni, mau lepas raya pun tak tentu lagi sampai kat Malaysia tu). Kalau hari raya akan jatuh pada hari Ahad ni, nanti kebetulan sama ngan harijadi aku lak, Alhamdullilah, susah2 ajer. Cakap bab persiapan raya, aku tak buat apa2 pun, baju tahun lepas pun ader lagi. Baju raya tahun ni tak beli pun lagi, ingat nak beli jersi bola jer, pastu pakai ngan seluar slack. Kalau pakai baju Melayu dan pergi city centre tu, mau jadi duta kebudayaan lak kat sana, he he he... Apa2 pun, raya kat sini meriah gak (amek hati sendiri), nanti hari raya pertama ni akan kitaorg buat sembahyang raya untuk semua masyarakat Melayu kat sini, aderlah lebih kurang dalam 200 orang. Biasanya aku akan duduk kat belakang, dulu pernah sekali, duduk saf paling depan, pastu diaorg takbir raya bergilir2, last2 giliran aku lak, mujur ada bawak kertas panduan takbir raya, selamat beb...

25 hb. September ni, genaplah aku berada 4 tahun kat Tanah Permaisuri ni. Dulu masih ingat lagi biler first time datang untuk buat Masters kat sini, rasa gembira yg tak boleh blah. Tapi sekarang ni rasa Malaysia gak yg best, ada famili aku, kawan2, kucing yg dulu aku bela dari kecik lagi, 1 Malaysia, F1 1 Malaysia dan yer, Laksa Asam Penang yg menjadi pojaan perutku pun ada di sana. Insya-Allah, dalam pertengahan tahun depan aku akan balik for good, harap dipermudahkan segala urusan olehNya, Amin.

Oklah, ni nak keluar untuk beli barang2 untuk buat jamuan open house hari raya pertama nanti. Kawan2 blog semua dipersilakan untuk datang, rumah kat 31 Findon Road, Ward End, Birmingham, B8 2BN. Kalau dari city centre tu kena naik bas no. 46, kalau sesat calling2lah..... Akhir kata, sy nak ucapkan:

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"

Pada semua komuniti bloggers Kampung Sri 360, pembaca2 blog sy ini, Cikgu Murni yg tgh sidai kain kat belakang tu, Pak Akop yg ader gigi emas baru tu, Encik Din yg dah selamat sampai kat kelantan pukul 2.30 pagi tadi, dan sesiapa sahaja yg mengenali sy.....

Mohon maaf jika sy ader tersalah kata, maklumlah sy hanyalah insan lemah yg tak pernah terlepas dari membuat kesalahan dan kesilapan.

p/s: Nilah budak yg aku tak sabar nak makan biler jumpa ngan dia nanti.....


Saturday, 18 April 2009

Simply amazing!!! Clap, clap, clap!!!





This is Susan Boyle singing 'I Dreamed A Dream' during Britain's Got Talent 2009 audition.



Thursday, 16 April 2009

Wednesday, 15 April 2009

Sunday, 12 April 2009

Easter break.....

Skrg nie tgh bercuti Easter Break selama seminggu kat sini. Apa significant pasal cuti nie pun aku tak tahu, tapi org sibuk kasi telur ayam yg dah didecorate sesama kawan, trend terkini kasi Easter Eggs chocholate version, semua brand pun ader, dari Cadbury sampailah ke Mars. So, far aku tak dapat apa2 lagi, mungkin diaorg tahu aku tak sambut perayaan nie kot, macamlah aku pedulik pasal easter eggs tu, makan telur ayam mata kerbau ngan nasik putih lagi sedap.....

Nak pergi jejalan skrg ni pun, cuaca masih lagi sejuk, belum lagi kalau hujan, lagilah bertambah sejuk. So, byk habiskan masa lepak kat rumah jer, main game, suatu keje yg aku begitu aktif sejak bangku dan meja sekolah lagi. Skrg nie tgh layan Street Fighter IV kat PS3, boleh main berjam2.....

Oh yer, hari Jumaat lepas, 12 org kena tangkap ngan polis UK kat Manchester sbb suspected of plotting terrorist acts. 11 of them adalah Pakistani, dan sesetengah dari diaorg belajar Chemical Engineering, sama cam aku. Ntah apa ntah2, rasa cam racist pun ader. Bukannyer ada bukti kukuh pun, bitch.....

Emm, lastly, kadang2 tu terperasan yg masa cepat berlalu. Kalau kat lab tu, lambat jer rasanya masa berlalu, tapi kalau waktu cuti, cepat jer masa berlalu. Apa2 pun, benarlah Firman Allah, “Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”..... Insaf2.....


Monday, 6 April 2009

2, 3 langkah.....


Lately nie, aku sgt busy dgn mcm2 perkara. Mostly dgn lab aku tu. Equipment yg aku tgh guna tu kadang2 ok, kadang2 tak. Biler dia tak ok, ada gak rasa2 nak sepak jer, tapi karang sepak2 terus dia jadi tak ok, aku lak yg lagi tak ok. Skrg nie pun selalu sgt balik lewat, kadang2 tu dah tak sedar dah tgh mlm. Apa2pun, memandangkan yg aku nie dah final year, so kena make sure yg semua tasks dapat disiapkan pada datelinenyer, kalau tak nanti review akan dapat remark yg tak berapa ok. Kena berusaha dgn kuat lagi, Yosh!!!

Skrg nie jugak rambut aku dah panjang giler, nie kalau mak aku tahu, silap2 dia boleh dtg sini dan belasah aku ngan penyapu kat dapur dia tu. Kalau bgn pagi jer, rambut aku tu dah sebijik cam rambut hantu kat dalam hutan tu, tiap2 hari guna syampu pun, macam tu jugak. Selalu jer angan2 nak potong rambut, pastu siap pasang niat lagi nak potong rambut next week, biler dah sampai next week, postponed lagi ke week berikutnyer sampailah skrg nie, tak lagi menjejakkan kaki kat kedai gunting rambut tu.

Skrg nie, biler ada meeting ngan supervisor PhD aku, makin byk lak keje yg dia kasi. Ingatkan keje2 sebelum nie yg aku buat dah ok dah, tapi rupa2nya ada lagi yg kena buat untuk mengisi masa lapang aku yg tak berapa nak lapang nie. Baru jer ingat nak berhoyeh2 kat tmpt2 yg chill, so kena put on hold dulu, ceh. Oh lupa lak, hari tu aku pernah hantar e-mail ke supervisor aku, nama dia Dr. Gary, punyerlah confident masa aku composing e-mail tu, biler dah hantar kat dia, baru perasan yg aku tertulis nama dia sebagai Dr. Gay, WTF??? Nasib baiklah dia tak kata apa2 pun masa meeting baru2 nie. Lagi satu, untuk meeting baru2 nie, aku nak cepat siapkan diri, pastu perasan yg misaiku dah terkeluar sikit dari landasan, so cadang nak trimkan balik, biler dah capai shaver tu terus shave tanpa tgk cermin. Biler tgk balik kat cermin baru perasan yg misaiku tu dah tak balance lagi. Yg sebelah kanan lagi nipis dari yg sebelah kiri. Biler cuba balancekan balik, terus jadi tak balance2, last2 cukur terus (nasib baik tak buat misai style Hitler, kalau tak silap2 kena baling ngan batu biler berjalan kat tgh bandar). Lepas tue terasa macam org asing, lain macam jer rasa biler takder misai nie, nak jer rasa guna misai palsu ataupun guna marker untuk buatkan balik misaiku itu.

2 minggu lepas aku ada pergi melawat kawan kat Ireland, kat sanalah first time aku tertgk Wonderpets (dia bukak tv masa kitaorg tgh bersarapan pagi). Sebelum nie terperasan gak yg ada member2 mentioning about Wonderpets, ingatkan apa bendalah tu. Lepas tue ada check kat Youtube, carik lagu Wonderpets dalam versi Bahasa Malaysia, biler dgr lagu tue asyik terngiang2 jer, bahaya betul pengaruh kartun nie. Nasib baik tido malam tak terfikir pasal lagu tue, kalau tak, dah kira kes kritikal nie. Giler kentang!

Oklah, nak sambung balik buat keje. Kalau ada masa, akanku updatekan blog aku yg serba buruk nie dari masa ke semasa. Till then, all the best & good luck!

p/s: Nanti kalau misai baruku dah tumbuh, nak siram ngan baja hidrofonik tiap2 hari, biar lawa sikit.....




Thursday, 2 April 2009

Hoh???


Apa nak jadi ngan adik aku ni, tak tahulah... Camnerlah Dato' Mukhriz Mahathir boleh kalah nie?


Tuesday, 3 March 2009

Kucing yang terlampau.....


Semenjak ketiadaan aku kat rumah, kucing aku yg seekor ni semakin menjadi2. Skrg ni famili aku informkan yg dia ni minat lak nak pakai baju, mungin nak tarik perhatian since kat rumah dah ada penyeri baru, Iddeen (anak buah aku). So, dia pun cuba untuk bersaing, tetapi bukan ajer membuatkannya lebih tidak popular, tetapi berjaya membadutkan dirinya sendiri pada masa yg sama.

Anyway, dialah satu2nya kucing yg aku ader. Bela dia pun sejak dia kecik lagi, time tu dia baru nak mengenal dunia yg fana nie. Pertengahan jalan dalam mengajar skill2 kehidupan, aku merantau pulak kat sini. Tu yg membuatkan dia hilang arah, campur lak biler dia berkawan ngan kawan2 yg tak senonoh, mcm tulah jadinya. Papan, akanku kembali semula ke sisimu dan membawa mu ke jalan yg lurus seperti sediakala, sementara itu berusahalah!


Sunday, 1 March 2009

Fina & Kina's House Warming Lunch.


What can be more exciting than eating while watching the telly?


Fina entertaining the guests.


Some of the guests who attended the lunch.


I and my mates went to their house by my car (Toyota RAV4). Did I fall asleep in this picture? Yes, I did.....


One for the album. From left, Sahana, Faaz, Kina, Fina, Zahran, me & Azwan.

Fina and Kina are new PhD students who just arrived in Birmingham, continuing their studies at the Department of Geological Sciences and Department of Computer Science, University of Birmingham respectively. As they just moved to their new house, they had organised a house warming lunch for their friends there. We were treated with nasi lemak, pecal, lamb rendang, chocolate cake and bread pudding, just to name a few dishes. It was a wonderful event, especially when it had been ages since the last time I had eaten nasi lemak. So, to Fina & Kina, I wish u guys will have a wonderful time along with your studies here. All the best & good luck too!


Wednesday, 25 February 2009